Waktu Solat Di Kuantan : Imsak: 5:51 AM Subuh: 6:01 AM Syuruk: 7:17 AM Zohor: 1:22 PM Asar: 4:34 PM Maghrib: 7:23 PM Isyak: 8:32 PM
061114 Sertai Bisnes100.com, Cepat..Projek Buat Duit Terhebat !! DISINI
Lazada Philippines
PAHANG DAILY ONLINE (PDO) MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN KEPADA PARA PEMBACA YANG BERAGAMA ISLAM SEANTERO DUNIA


July 27, 2012

Tragedi Pembunuhan 'Etnik Muslim Rohingya' Di Myanmar, Umat Islam Perlu Bangkit Membantu !!

Selama beberapa dekad, orang-orang Rohingya telah menjadi mangsa pelanggaran hak asasi manusia yang sistematik dan meluas di tangan junta tentera Myanmar (Burma). Dalam satu laporan terbaru yang dikeluarkan oleh Pusat Hak Asasi Manusia Ireland (ICHR), seorang pakar undang-undang hak asasi manusia antarabangsa mendakwa bahawa kekejaman massa yang dilakukan oleh kerajaan junta tentera terhadap minoriti Rohingya yang tinggal di daerah Barat Myammar mungkin merupakan antara jenayah terhebat terhadap kemanusiaan di abad ini. Permasalahan mereka telah telah diabaikan selama bertahun-tahun dan tiada sebarang tindakan yang sistematik telah dilakukan untuk membantu mereka meneruskan kehidupan sebagai masyarakat manusia yang normal. Umat Islam Rohingya kebanyakannya tinggal di sebelah barat Burma (kini Myanmar) di Negeri Arakan yang bersempadan dengan Bangladesh. Mereka adalah keturunan daripada para pedagang Arab, Parsi, Turki dan lain-lain yang berkahwin dengan penduduk setempat seperti Mughals, Pathan, dan Bengali. Penyebaran Islam di Arakan (dan di sepanjang kawasan pantai selatan Bangladesh) dilakukan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ini. Mereka terus menetap di kawasan ini untuk tempoh yang panjang, berkahwin dengan penduduk setempat dan hidup sebati dengan budaya tempatan. Kini, umat Islam Rohingya merupakan 1/3 daripada jumlah penduduk wilayah Arakan dan selebihnya adalah penganut Buddha Arakanese.




Umat Islam Rohingya telah dinafikan daripada hak-hak asasi kemanusiaan dan sentiasa terdedah kepada pencabulan hak asasi manusia secara konsisten oleh pihak juta tentera Myanmar. Di antara kekejaman yang dilakukan ke atas mereka, antaranya; Tidak mengiktiraf kerakyatan mereka, dinafikan sijil kelahiran mahupun sijil perkahwinan mereka; Perampasan tanah-tanah milik mereka bagi meneruskan projek pembinaan saluran paip gas dan minyak yang merentasi wilayan Arakan; Menjadi mangsa perhambaan moden sebagai buruh paksa seperti bekerja tanpa gaji di tapak pembinaan jalan raya, kereta api, dan bangunan berek tentera; Sekatan makanan sehingga mereka hidup di dalam keadaan kebuluran; Sekatan ekonomi, kemudahan kesihatan dan kemudahan asas pendidikan; Wanita-wanita dan remaja perempuan mereka dirogol secara beramai-ramai oleh tentera Myanmar; Penyembelihan secara beramai-ramai seumpama tragedi 1942 apabila lebih 100,000 orang di kalangan mereka telah dibunuh dan Pada tahun 1978, seramai 300,000 di kalangan mereka telah dihalau keluar secara massa ke Bangladesh. Kerajaan Bangladesh enggan untuk sediakan bekalan makanan dan keperluan lain sehingga ramai di kalangan mereka mati kebuluran dan akibat pelbagai penyakit.


Pada tahun 1991, tentera Burma sekali lagi telah melakukan operasi pembersihan apabila 268,000 ribu di kalangan mereka terpaksa melarikan diri kerana Myanmar ternyata tidak lagi selamat untuk mereka. Selepas bertahun-tahun melalui siri penderitaan yang panjang dan besar, mereka mula mengambil bot-bot kecil ke laut terbuka dengan harapan untuk mendarat di suatu tempat sebagai pelarian politik, ekonomi dan agama. Ada di kalangan mereka yang mendarat di Thailand, Malaysia, Indonesia dan sebahagiannya di Australia. Namun kebanyakan mereka telah ditolak mentah-mentah oleh semua negara ini. Bahkan ramai di kalangan ‘orang bot’ yang mendarat di Thailand telah dihalau semula ke laut dalam bersama sampan mereka yang telah dicabut enjinnya agar mereka terus hanyut terkapai-kapai tanpa hala tuju. Sebahagian daripada mereka terdampar di Malaysia, Indonesia dan Australia tetapi ribuan di kalangan mereka yang telah mati lemas atau kebuluran di tengah laut. Tiada siapa yang mahukan mereka! Bahkan negara-negara yang mendakwa mewakili umat Islam juga tidak mahu mereka, sekali gus membuktikan bahawa seolah-olah umat ini "tidak ada harga" kepada mereka. Umat Islam Rohingya telah memohon diberikan status "Pelarian Sementara" Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sehingga negara-negara lain bersetuju untuk mengambil mereka. Indonesia dikatakan akan mempertimbangkan permohonan mereka untuk tinggal di Acheh buat sementara.


[Isu Rohingya adalah isu umat Islam sejagat. Mereka telah ditindas buat sekian lamanya dan kini sebahagian daripada mereka telah pun mendarat di Malaysia bagi mendapatkan perlindungan dan bantuan kemanusiaan daripada saudara seaqidah mereka. Ingatlah, bahawa mengambil tahu dan mempunyai kepedulian terhadap orang lain terutamanya saudara seaqidah adalah sesuatu yang sangat dituntut oleh agama Islam yang luhur ini sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya”. Dari Nu’man bin Basyir r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling mencinta, saling mengasihi dan saling menyayang, bagaikan sebuah tubuh. Apabila salah satu anggota tubuh merasa sakit, maka seluruh tubuh merasa sakit, tidak dapat tidur dan terasa demam", Hadis riwayat Muslim].

5 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Sebelum ni PDO selalu sangat menyalahkan DS Najib kononnya beri tanah dan sebagainya kepada orang Myanmar diPekan.....bagi makluman PDO, Myanmar di Pekan tu ada lah sama baka keturunan dengan Ronghinya yang kini sedang di sembelih di myanmar......jadi tak salah rasanya DS Najib mendahului PDO memberi simpati kpd bangsa Rohinya yg tertidas tu???

Anonymous said...

terima kasih atas maklumat ni. sgt berguna utk saya yg sedang tercari2 cerita sebenar pasal muslim ronghinya.

Anonymous said...

Anon 1:16

1. Time2 nak solat jumaat sempat komen kat PDO?

2)Bak sini bukti tanah yg Najib bagi orang Myanmar tu kat saudara Rohingya?

Anonymous said...

Isu ni bukan baru..it's Muslim global issue..tapi semua buat tak paham..kiter mampu berdoa jerk..when the muslim control the economic and stable..kill them all,make them suffer..like these rohingya and patani..These is strategic movement by amerikaa Zionist.

Den terrain dgn tulisan seorang professor dare Arab,,pendapatan semua Arab 500 billion..Vatican city(kristian state) Lebih 500 billion..Zionist and isrel more 1 trillion..They used all the money to protect their ideologist and proksis seluruh dunia..kiter..

Mmm nak bersatu pun susah..ni lak nak tulon rohingya..amerikaa pun diam jerk..sebab ni memang dah plan,satu Myanmar Kaye minyak Dan gas Atas darat..Muslim must out..but democratic leader should be free..Change to demokasi,sebab demokrasi is mesra yahudi..

Malaysia pun diorang nak..semua technology ader..minyak,gas,tekstile.construction,taller building and etc..maner ader negara Islam yg ader semua technology mcm kiter..cumer nuclear jerk takde..but lynas lanthanides is there..It's a safer state than uranium..kalau mase depan buat plant nuke satu senang skit..source dah ader..

Tapi Kena tukar the government must pro Jews dulu..boleh kot...next election..pas mesti senyapnyer..DAP get the economic: direct nego..dSA dah tempat coat baru..:)

Korang rase Zionist group NED finance dia lagi tak..tengok ' Bersih' they still back up...

It's Time to ikhwanul muslimin,it's a political party..but they control the mind frame ,wasatiyyah(sederhane Dlm semua perkare),islam tak halang kite slagintak langgar syariat..like Egypt today..support the good people only regarless their party.."U control the politician ,u control the politics,the country"..

Same tactic jew.It's has been used 100 year ago till today by Zionist around the globe.the Zion used the money to control the politicion.

So....we decide to unite for good or goes down..

Anonymous said...

Thanks for the valuable info. Been searching for Ronghinya story in the web *thumbs up for the coverage* keep it up. May ALLAH reward your good intention. Ameen!!


[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]

web page counter