Waktu Solat Di Kuantan : Imsak: 5:51 AM Subuh: 6:01 AM Syuruk: 7:17 AM Zohor: 1:22 PM Asar: 4:34 PM Maghrib: 7:23 PM Isyak: 8:32 PM

December 2, 2012

Panas: Poliklinik Penawar Tipu Pelanggan, Kerajaan Di Gesa Pantau Dan Ambil Tindakan Segera Kes Ini !!

Apa sudah jadi dengan Poliklinik Penawar? Lain dipaparkan lain pula perkhidmatan yang diberikan. Inilah yang terjadi di cawangan klinik itu di bandar Pontian Johor. Kejadian melibatkan seorang kakitangan kerajaan yang pergi ke klinik tersebut untuk mendapatkan rawatan kesihatan anaknya yang mengidap "demam panas". Papan tanda bercahaya tertera klinik dibuka 24 jam, namun apa yang berlaku sebaliknya. Menurut pengadu, sekitar jam 10.12 malam beliau telah membawa dua orang anaknya yang mengidap demam panas ke klinik terbabit. "Saya ke situ (Poliklinik Penawar) kerana diwar-warkan ia buka 24 jam. Hanya klinik itu sahaja yang paling hampir dengan rumah saya.... Ketika itu dua-dua anak saya mengalami demam panas yang agak kritika. Saya memecut kenderaan dari rumah dan mendapati lampu pada klinik berkenaan masih di pasang. Malah, papan tanda 24 jam juga tertera di premis itu. Sampai di klinik saya bergegas ke pintu hadapan untuk masuk... namun amat mengecewakan apabila dihalang oleh kakitangan klinik yang bertugas .. mereka mengatakan klinik sudah ditutup sambil menuding jadi kepada papan tanda closed (tutup) pada pintu kaca klinik terbabit", katanya. Tidak berpuas hati dengan tindakan kakitangan terbabit, saya menegur dengan mengatakan kenapa perlu tutup sedangkan papan tanda menunjukkan  klinik 24 Jam. "Teguran tersebut dijawab oleh kakitangan terbabit... katanya Encik tak nampak ke papan tanda pada pintu yang berwarna merah nii !!", katanya lagi. "Saya kemudian menjawab, habis tu kenapa papan tanda 24 jam dibuka tertera .. malah berlampu lagi", katanya. Jawapannya itu menyebabkan kakitangan kinik terbabit mengatakan memang dibuka 24 jam, tapi doktor bertukar-tukar. Sebab itu katanya mereka tidak buka 24 jam. "Tidak mahu berlaku kekecohan akhirnya saya dengan perasaan hiba dan kecewa meninggalkan klinik berkenaan.. ketika itu anak saya muntah-muntah dan keadaan mereka agak kritikal", tambah beliau lagi. Difahamkan beliau kemudian terpaksa mencari klinik lain yang terletak agak jauh dari lokasi terbabit. Kejadian ini benar-benar telah menghancurkan kepercayaan orang ramai terhadap Poliklinik Penawar antara klinik swasta yang begutu gah namanya sebelum ini. Persoalannya, kenapa harus menipu dalam perkhidmatan?.


[Apa yang berlaku ini hanyalah satu isu terpencil  yang tidak pernah disuarakan oleh mana-mana pihak sebenarnya. Namun, ia harus diberi perhatian serius oleh pihak kerajaan demi menjaga nama baik perkhidmatan kesihatan. Mana-mana klinik yang kekurangan doktor atau sebagainya, maka adalah lebih elok tidak dibuka 24 jam. Papan tanda yang tertera kepada klinik terbabit jelas sekali mengelirukan orang awam. Bayangkan jika ia berlaku pada kawasan terpencil yang jauh daripada perkhidmatan hospital kerajaan dan sebagainya. Semua ini harus difikirkan bagi tidak menyusahkan pelanggan. Kementerian Kesihatan harus bertegas dalam hal ini kerana ia memang berlaku di seluruh negara. Tindakan tegas wajar diambil demi kemudahan orang awam. Jika tidak mampu sediakan doktor yang secukupnya maka adalah lebih elok pihak berkenaan (Poliklinik Penawar) tidak membuka terlalu banyak cawangan hingga menyusahkan orang ramai. Kenapa harus menipu sedangkan mereka gagal sedia perkhidmatan terbaik].

5 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

lekiu said...

Kepada Pengadu, sila buat laporan kepada Unit Kawalan Amalan Perubatan Swasta di Jabatan Kesihatan Negeri berkenaan.

Anak2 Terengganu Bangkit Runtuhkan UMNO said...



UMNO dan BN sudah memerintah Terengganu hampir 50 tahun..... Tapi Kenapa Pemuda UMNO, Puteri UMNO, Wanita UMNO dan Pemimpin2 UMNO Terengganu tetap BODOH?

2013 - Tahun Paling Malang Rakyat Terengganu........ Lihat sendiri bukti kalau tak percaya...


~ BUKTI 1 ~

~ BUKTI 2 ~

~ BUKTI 3 ~

~ BUKTI 4 ~

Anonymous said...

kami sekeluarga sudah lama boikot klinik ini disebabkan doktor yg tak terlatih( kkdg cara pun bukan mcm doktor) selain bayaran yg tak munasabah. tentang dibuka 24 jam tu penipuan yg sudah lama berjalan, alasan selalu diberi doktor tiada, doktor lokem tk dtg laa... tapi dpt lesen bukan hospital, mmg ramai la mati sbab lambat dpt rawatan..

Anonymous said...

tak perlu tuding salah kerajaan. Hal-hal macam ni mmg susah nak pantau. Kalau diambil tindakan, depa buat lagu lain plak. Diambil tindakan, ada cara lain plak. Orang kalau nak buat jahat mcm-mcm depa boleh buat.

Hangpa dok kondem kerajaan dan sokong pembangkang, tp bila jd kerajaan depa dok buat lagu sama jugak. Politikus ttp politikus, depa manis mulut kata mcam-mcam, 2x5 yg sedia ada. Podacit.

Masyarakat la harus jadi mata dan telinga kerajaan. Kalau kita bekerjasama, kurang la sikit masalah. Yg dapat nikmat kita juga. Mana ada negara 100% perfect aman atau berkesan? Tp kita boleh sentiasa improve yg sedia ada. (yg bagus maintain, yg kurang perbaiki).

Saya simpati pd pengadu. Mungkin dugaan Allah. Kenalah sabar. Buat aduan supaya hal begini dapat dibanteras.


Anonymous said...

Saudara anonymous Tuesday, December 04, 2012 1:36:00 PM, saya setuju pandangan anda. Kita ni kadang2 mengulas tak pandang isu. Main tembak je. Seme salahkan politik. Orang eksiden pun salah politik dan kerajaan. Itu bab amanah. Ia berlaku kat mana-mana negeri pun sama ada kerajaan atau pembangkang. Merujuk kepada sikap. Kalau dah jenis pemalas dan tak bertanggungjawab, tukar pemerintah pun kakitangan klinik tu tetap orang sama. Sama la macam staff kt jabatan2 kerajaan yg pemalas tu. Tukar parti pemerintah pun mereka bukan dipecat. Maka prestasi kerja pun sama la..: Anti Provokasi (Wisdom For Wind of Change.)

[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]