script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Sensasi: TPM Muhyiddin Bersedih Pembangkang Culik Program BN Atau Risau Dengan Penolakan Rakyat Terhadap Kerajaan 1Malaysia Di Selangor

Lucu benar bila melihat Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin (foto), dengan lantang menggesa pemimpin Barisan Nasional (BN) di Selangor melibatkan diri secara langsung dalam setiap inisiatif yang dijalankan oleh kerajaan supaya program itu tidak ”diculik” oleh pembangkang. "Rakyat tidak rasa program ini program kita tetapi seperti program rasmi. Oleh kerana kita tidak ada ownership menyebabkan ia seolah-olah bukan dijalankan oleh kerajaan BN. "Ada ketika program yang dijalankan oleh kerajaan pusat ”diculik” oleh kerajaan pakatan pembangkang walaupun peruntukan mereka tidak sebesar peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan pusat. Ia kelihatan seolah-olah seperti peruntukan yang banyak disalurkan oleh mereka,” katanya ketika berucap pada perjumpaan dengan jentera BN Selangor di Bangunan UMNO Selangor dekat Shah Alam baru-baru ini. Mendengar kata-kata Muhyiddin itu, terkadang membuatkan kita merasa simpati kepada kerajaan UMNO BN. Inilah yang dikatakan takdir, jika dulu mungkin mereka boleh buat apa saja atas nama BN dan akan diterima bulat-bulat oleh rakyat. Kini zaman sudah berubah dan Muhyiddin perlu belajar memahami suara hati rakyat. Menuduh pembangkang menculik projek anjuran BN, mungkin itu tidak masuk dek akal langsung. Sebenarnya rakyat sendiri yang sudah muak dengan program-program anjuran BN itu. Makanya, apa saja yang dibuat oleh BN mereka akan hadir dan mengambil untungnya. Namun, dalam hati mereka kini sememangnya suda tawar hati untuk terus bersama BN. Mereka sedang bahawa selama lebih 50 tahun ditipu oleh kerajaan UMNO BN dan kini mereka cukup selesa berada di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat. Inilah yang menggusarkan Muhyiddin agaknya. Beliau melihat, sokongan rakyat terhadap BN di Selangor semakin hari semakin pudar. Ditambah lagi dengan isu bekas Menteri Besar Khir Toyo yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Maknanya, zaman kegemilangan UMNO BN di negeri itu bahkan di Malaysia amnya pasti akan merudum jua akhirnya. Maka, Muhyiddin perlulah menerima hakikat dan akur dengan perubahan.

[Muhyiddin dan beberapa kerat pemimpin UMNO BN boleh buat dan bercakap apa saja di Selangor sekarang ini. Namun, dek kesilapan mereka membenarkan Syabas cuba menaikkan tarif air hingga menyebabkan rakyat terpaksa turun dijalanan untuk berdemo baru-baru ini, jelas sekali telah memerangkap diri mereka sebenarnya. Akhirnya bagi meredakan keadaan maka kerajaan terpaksa membongkarkan kes penyelewengan bekas MB Selangor Khir Toyo itu sebenarnya. Mungkin isu itu boleh menarik balik simpati rakyat terhadap kerajaan UMNO BN. Namun, semuanya itu mungkin sudah terlambat kerana rakyat Selangor semakin selesa menikmati air percuma di negeri itu. Mereka gusar jika BN berkuasa semula, pasti semua itu akan ditarik balik kelak. Oleh itu, mereka pasti tetap akan memberi sokongan kepada kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim dalam Pilihanraya Umum nanti].
Share:

26 ulasan:

  1. TPM ada asas dan sebab untuk bersedih.
    Kesedihan TPM bermakna dia prihatin dengan rakyat.
    Kesedihan TPM adalah adalah kesedihan yang dikongsi sama oleh semua rakyat Malaysia.
    TPM bersedih, tahu bversedih, mampu bersedih.
    TPM bersedih kerana TPM insan biasa, bukan 'INSAN ISTIMEWA ANUGERAH TUHAN'.

    BalasPadam
  2. ari ni aku xmau komen. aku nak jd pengadil. ok sikalang 1-0. puak2 umno mendahului puak pas dan pkr.

    BalasPadam
  3. Hehehe tau tak pe... Anda memang adil dan memang layakpun jadi pengadil. Tapi mengapa 'puak' untuk sebelah dan 'puak2' untuk yang sebelah lagi? Tapi oklah tak mengapa, jawapan anda tentu saja 'lu fikirlah sendiri...

    Pendek kata panjang cerita, banyak cakap pendek cerita jadinya... heheheh...

    BalasPadam
  4. Hehehe tau tak pe... Anda memang adil dan memang layakpun jadi pengadil. Tapi mengapa 'puak' untuk sebelah dan 'puak2' untuk yang sebelah lagi? Tapi oklah tak mengapa, jawapan anda tentu saja 'lu fikirlah sendiri...

    Pendek kata panjang cerita, banyak cakap pendek cerita jadinya... heheheh...

    BalasPadam
  5. sedih le pasal terbayang nasib akan menimpa seperti liong sik, toyo dan seangkatannya bila kalah PRU13 nanti... ahhh..semua mereka dah sedih sangat dah...lu fikirlah sendiri..hehehehe

    BalasPadam
  6. anom 2.19 .anda membangkitkan isu yg sedang dibicarakan dimahkamah.BATAL. kad merah - buang padang. padan muka hang. xpayah pikir2 lg dah. potong satu markah. 2 - 0.

    BalasPadam
  7. orang selangor cerdik dan mereka tahu sapa pembelit dan pembohong besar.mau x risau.dulu pru 2004 kalau x lanjut tempoh mengundi sampai pukul 5 je,ramai yang cakap BN tumbang dah.mujurlah dilanjutkan masa mengundi tahun tu

    BalasPadam
  8. yb fakta tak betoi.BN menang PRU 2004. 0 markah cuma dapat 0.5 markah simpati bab guna nama blog dan xguna anom. 2 - 0.5 .aik yb ari xada dewan bersidang ke? ooooo jumaat'

    BalasPadam
  9. Kalah menang adat la... nak pasti siapa menang singgahlah kat kedai2 kopi kat kangar sampai kota kinabalu dengar sembang sebelah bn ka pkr ka yang banyak kena kritik.Keputusan akan lebih jelas.Lepas tu jumpa orang tanya pendapat kalau bn atau pkr menang apa pendapat mereka. Itu lah cara bancian professional.Kalau rasa nak kalah cepat2 angkut rm lobby kuat2...

    BalasPadam
  10. RELEVEN. satu markah + 0.5 bab gona nama blog.keputusan terkini. 2 - o.5 - 1.5(atas pagar).

    BalasPadam
  11. sebab dah nak kalahlah nyibuk kat sini.tv ada,paper ada.blog ada.tak cukup lagi.kalau anak jantan bagilah pakatan rakyat paper sendiri.bukan takat semua negeri pakatan rakyat x dapat rampas.terengganu,ns,melaka,perakpun jatuh ke tangan pakatan rakyat.takat syok sendiri dan perasan bagus belum tentu boleh menang

    BalasPadam
  12. hehehe...tengkorak punya refree..mana leh pakai 0.5 markah..payah nak kira la..papan markah takde titik pepuluhan (dari penjaga scoreboard)

    BalasPadam
  13. Hah itu cara dia la nak guna perpuluhan apa.. atas padang kan refree tu 'sultan'... Zaman skrang ni banyak benda 'pelik bin ajaib'... orang buat sidang kat bawah pokok... orang baring kat jalanraya sanggah kereta sultan.. Alahai peliknya hidup ini...

    BalasPadam
  14. apaaaa? pengadil xpayah mentahkedarah.asyik nak gebala ke deme beramok tak tentuarah.ini parlimen cyberlah.sebelum parlimen ditangguhkan ke satu tarikh yg lain sy dgn ini mengantung keahlian yb kalid samad selama 99 th dan segala elaunnya di serahkan kepada rumah org cacat otak.notis pengangtungan akan dihantar kpd editor Pahang On Line.he he he wannya marah ajak xido ari dah mlm.

    BalasPadam
  15. jom kita pakat-pakat undi BN/UMNO supaya harga minyak naik , harga barang naik. bangunan 100 tingkat naik.gula naik. tahun depan tarif Letrik naik lagi.kicap naik harga,minyak masak naik harga, beras naik sampai sekarang tak turun-turun harga beras dulu RM19 untuk 10kilo sekarang RM26.satu malaysia gila babi. cemerlang gemilang tahik.. undilah BN untuk naikkan kos sara hidup.. nak hidup pun susah skrng.. gaji seribu lebih nak makan apa..makan tahik najib ke?? ketuanan melayu jubor lembu.. menyusahkan rakyat miskin je ...

    BalasPadam
  16. gua manyak sinang sama itu ali said cakap.. itu manyak butot lo...

    BalasPadam
  17. Saudara ali...saudara ali..adakah tidur..adakah tidur...bunyi loceng kecil...dang dang dung...

    So what? Baik undi lagu 'hari ini memerintah besok turun harga minyak la' hahahahaha

    BalasPadam
  18. Saudara ali,
    Ketuanan melayu jubor lembu masih seribu kali lebih baik berbanding ketuanan mutlak 'insan istimewa anugerah tuhan' dalam PKR.

    BalasPadam
  19. kalau takat cakap macam tu je,buat malu bagi orang baca kat sini.cubalah bagi hujah ilmiah sikit.patutlah orang dah mula muak dan benci kat umno dan bn.kat sini pun perangai tak elok.

    BalasPadam
  20. jemaah bangkit,
    Yang ini tak buat malu ke?

    Blogger ali said...

    jom kita pakat-pakat undi BN/UMNO supaya harga minyak naik , harga barang naik. bangunan 100 tingkat naik.gula naik. tahun depan tarif Letrik naik lagi.kicap naik harga,minyak masak naik harga, beras naik sampai sekarang tak turun-turun harga beras dulu RM19 untuk 10kilo sekarang RM26.satu malaysia gila babi. cemerlang gemilang tahik.. undilah BN untuk naikkan kos sara hidup.. nak hidup pun susah skrng.. gaji seribu lebih nak makan apa..makan tahik najib ke?? ketuanan melayu jubor lembu.. menyusahkan rakyat miskin je ...

    Friday, December 10, 2010 10:01:00 PM

    Saya kata rakyat yang 'dimiskinkan' oleh kenaikan harga minyak masih seribu kali lebih kaya berbanding si empunya post itu. KIta tak heran kalau memang si empunya post itu memang akalnya 'tak genap sejangkal', akan tetapi amatlah malang kalau ini akibat 'diakidahkan' oleh 'fatwa songsang' yang telah meracuni urat sarafnya.

    BalasPadam
  21. Alo, vely2 good moling ebelly boly. waa bgn pg luu olang sutah manyak kuat hantam punya.blader!!!!!!!!!! apasal manyat lama balu mali.ketapi aleer kasi tinggal ka.ini olang semua tatak butuiok punya.refili pon lierr olang kasi hantam.itulah yb telengong.sutah ngantong pon mali lg.nak berhujah mcmmne yb.u sendiri mau ingatlah.luu org cakap pandir apa ingat kita org mau ckp serupa lu tulis punya.kirim salam byk2.klu u rasa u terror sgt jom kita lwn dlm mykmu.klu kita org berani mai sini awat hang takut pee sana.sesekali mai jengok blog kitaorg lak.u nak mai satu biji bas pon blh.

    BalasPadam
  22. ALO, ALO...ITU BRADER ANUGERAH BONTOT ADA SINI KAA.....

    BalasPadam
  23. Bukan ANUGERAH BONTOT tapi 'INSAN ISTIMEWA ANUGERAH TUHAN' pro bontot la....

    BalasPadam
  24. aku rasa TPM sebak ada 2 sebab.
    1) sebab mungkin Najib lambat bagi dia seat PM

    2) sebab dia takkan dapat seat PM

    hehe

    BalasPadam
  25. dan aku rasa DSAI ada 2 sebab untuk berasa megah dan menongkat langit.

    1) sebab mungkin dia masih terbuai dengan lirama merdu lagu 16 september ciptaannya

    2) sebab dia adalah INSAN ISTIMEWA ANUGERAH TUHAN

    hehe

    BalasPadam
  26. ok, keputusan dah tamat, nampaknya umno dan pkr kalah teruk, PAS akan memerintah Malaysia dalam pru13 nanti, Aku akan jadi PM yang ke7.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kerajaan Negeri Mahu Penyelesaian Jangka panjang Berasaskan Kajian Menyeluruh Tangani Isu Sungai Pahang Yang Semakin Cetek

MARAN: Kerajaan Negeri Pahang mahu masalah Sungai Pahang yang semakin cetek di beberapa lokasi termasuk Kampung Pesagi di sini terus ditanga...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.