KUALA LUMPUR [14 Mac] - Sekalung tahniah kita ucapkan kepada jaguh perseorang badminton negara, Datuk Lee Chong Wei (foto) yang telah berjaya melakar kejayaan kedua untuk mempertahankan kejuaran badminton All England di Birmingham awal pagi tadi. Pemain nombor satu dunia itu berjaya menewaskan musuh tradisinya dari China iaitu Lin Dan dengan keputusan 21-17, 21-17. Kemenangan bergaya beliau itu membuktikan dia sebenarnya mempunyai tahap keupayaan yang tersendiri untuk membuktikan bahawa pemain China tersebut bukanlah terlalu sukar untuk ditewaskan. Umum masih ingat kekalahan muda Chong Wei yang bermain sebagai persoaranga pertama Badminton Piala Thomas di Kuala Lumpur dulu. Kekalahan tersebut menyebabkan pasukan negara terkeluar dari persaingan merebut kejuaran itu digelanggang sendiri. Ia sedikit mengecewakan dan ramai menyangka prestasi Chong Wei sudah merudum akibat badi kekalahan kepada pemain China terbabit yang sukar untuk diatasi. Kini laungan "Malaysia Boleh" menyemarakkan semangat Datuk Lee Chong Wei yang akhirnya berjaya menjinakkan Lin Dan untuk merangkul kejuaran All England. Syabas buat anak muda kelahiran Pulau Pinang itu, yang berjaya buktikan yang dia memang layak untuk berada pada ranking pertama dunia.[Difahamkan selepas kemenangan beliau pagi tadi, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak juga turut menghubunginya bagi mengucapkan tahniah atas kejayaan tersebut. Kini nama Datuk Lee Chong Wei kembali bertakhta di persada badminton dunia sebagai pemain terulung di zaman ini. Apapun, sebagai rakyat Malaysia kita rasa bangga atas kejayaan ini dan sudah semestinya kepada anak Pulau Pinang itu. Nampaknya, kini Pulau Punang berjaya melahirkan dua "Tokoh Sukan Nombor Satu Dunia" iaitu Datuk Lee Chong Wei bagi acara badminton dan Nicol Ann David bagi sukan Skuash. Sesuatu yang amat menakjubkan sebenarnya. Semoga kejayaan ini memberi semangat kepada generasi muda untuk lebih gigih dan aktif lagi dalam dua acara sukan itu].






Tahniah Lee Chong Wei. Cuma kita tertanya-tanya, mana pelapis Chong Wei? Umurnya dah 29.
BalasPadamSatu lagi persoalan, mana perginya pemain badminton Melayu yg bertaraf dunia?
tunggu kemunculan hafiz bersama kelab barunya..mngkin selepas ini hafiz lebih berjaya ..kalau tak berjaya terus lingkup je
BalasPadamMelayu Cina India Kadazan Iban atau apa-apa la..
BalasPadamyang penting dia Warga Malaysia
1 malaysia
Kejayaan Datul LCW hanya untuk orang Cina saja ka?
Tidak! Kejayaan LCW adalah kebangaan kita semua
Jangan sukan pun dipolitikkan
Itu pandangan dangkal dan sempit namanya!
lee chong wei tetap anak malaysia..beliau sendiri mengiktiraf misbun(anak melayu) sebagai jurulatihnya..tiada masalh perkauman pape pun...:-)
BalasPadamKita mahu melihat anak Melayu juga menjadi pemain badminton bertaraf dunia. Kita juga mahu melihat ada pemain berbangsa cina dalam pasukan bola sepak negara dan tak salah untuk kita melihat bangsa india atau cina mewakili negara dalam sukan sepak takraw. Di Singapura, ramai anak cina dah pandai main takraw sekarang ni dan banyak tournament diadakan sesama mereka.
BalasPadammaaf saya bertanya....Apa sumbangan DAP/PKR/PAS dalam membangunkan belia dan sukan? jawabnya HAMPASS......ZERO!
BalasPadamMaaf saya nak jawab... sumbangan DAP/PKR/PAS jangan cuba dinafikan. Mereka 'berjasa' besar dalam usaha untuk 'MELEMBUKAN' dan meracuni pemikiran rakyat Malaysia agar menjadi jumud dan terus menjadi peminat setia pembohongan.
BalasPadamPKR di Selangor pula amat berjasa dalam merendah martabatkan orang melayu dan sangat berjaya menyakitkan hati dan perasaan majoriti pengundi2 mereka yang terdiri dari orang2 melayu.
BalasPadamtahniah buat parti PAS yg berjaya menghasut dan memecah belahkan kaumnya sendiri...tahniah buat PKR kerana berjaya terus mempertahankan kaki bontot sebagai pemimpin....tahniah, tahniah !
BalasPadamKelakar tengok lembu-lembu UMNO bagi komen kat atas ni. Mula2 dia marah org lain spy jgn politikkan bab sukan. Alih2 dia yg politikkan. Itulah contoh jelas munafiqnya UMNO daripada pemimpin sampailah ke penyokong. Hipokrit n stupid.
BalasPadamKita cukup kesal dan terkilan sekiranya makhluk2 pencacai tegar anwar ini sebenarnya dilahirkan dan diasuh oleh seorang ibu yang bai akal budinya dan jernih hatinya. Biar sejuk perut ibu yang mengandung mereka.
BalasPadamAkan tetapi kita tidak heran sekiranya mereka ini menjadi bacul, bangsat, biadap, buta matahati bahana 'ditarbiahkan' oleh aliran pemikiran dalam PAKATAN HARAM yang sesat dan menyesatkan.