KUANTAN, 26 Jan - Ribuan umat Islam hadir ke Masjid Al-Falah Perkampungan Sg.Isap Dua dekat sini malam tadi bagi mendengar tazkirah yang disampaikan oleh pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus. Ternyata aura Ustaz Azhar telah berjaya mengajak umat Islam pelbagai usia dan fahaman politik untuk hadir beramai-ramai bagi mengikuti kuliah beliau. Seperti biasa Ustaz Azhar menyampaikan kuliahnya dengan bersahaja dan penuh dengan unsur humor yang menyebabkan orang ramai tidak kering gusi mendengarnya. Dalam kuliahnya malam tadi, beliau menghuraikan tajuk-tajuk berkaitan zakat dan puasa bagi menyambut kuliah terdahulu. Tinjaun kami ke lokasi terbabit malam tadi mendapati orang ramai sudah membanjir sekitar kawasan masjid sejak awal petang lagi. Khemah besar disediakan oleh pihak penganjur untuk memboleh orang ramai menunaikan solat Masjid dan Isyak secara berjemaah di situ. Tiga skrin besar disediakan bagi membolehkan kuliahnya didengari dengan jelas oleh mereka yang hadir. Apa yang menarik dalam program malam tadi, ternyata ramai hadirin adalah terdiri dari berbagai fahaman politik termasuk dari kalangan rakan-rakan dalam UMNO sendiri, walau pun Ustaz Azhar dipercayai lebih cenderung kepada parti pembangkang terutamanya PAS sebelum ini. Ustaz Azhar dilihat bijak menggunakan platform kuliahnya dengan tidak langsung menyentuh hal-hal yang berkaitan dengan politik kepartian melainkan sinis biasa beliau selama ini.
[Kawalan keselamatan telah diuruskan oleh Unit Amal PAS dan juga anggota RELA kawasan terbabit. Mereka dilihat bersama-sama bergotong-royong mengawal keselamatan dan lalu lintas. Syabas diucapakan kepada pihak terbabit atas kerajasama yang diberikan itu. Seperti biasa, kuliah Ustaz Azhar akan diserikan lagi dengan sesi soal jawab hingga ke pukul 10.00 malam. Walau bagaimana pun orang ramai tidak berganjak dan terus mengikutinya hingga ke penghujung program. Bagi memudahkan orang ramai mengerjakan solat berjemaah, pihak penganjur juga telah menyediakan satu tangki sementara Jabatan Bekalan Air (JBA). Kami ucapkan tahniah kepada pihak penganjur terutamanya Ahli Jawatan Kuasa dan Kariah Masjid Al-Falah, KRT Perkampungan Sg.Isap Dua serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayaka program itu semalam. Ternyata, sambutan luar biasa terus diberikan kepada Ustaz Azhar dan beliau wajar diiktiraf sebagai pendakwah nombor satu di negara kita sekarang ini. Dijangkakan, lebih lima ribu umat Islam yang hadir ke kuliah beliau malam tadi. Satu sejarah tercipta di Masjid Al-Falah. Semoga syiar Islam akan terus berkembang dan disuburkan dengan aktiviti sebegini pada masa akan datang. Martabatkan Islam di muka bumi].

JIKA TIDAK MENGGUNAKAN "DUIT ZAKAT" -ADALAH LEBIH BAIK, MENGELAKKAN KONTROVESI YG BERPANJANGAN/SEPANJANG ZAMAN.
BalasPadamGUNAKAN WANG ZAKAT SEPENUHNYA UNTUK "GOLONGAN ASNAF' INI/ BANTUAN UNTUK PERSEKOLAHAN ANAK2 PAHANG PERINGKAT MENENGAH/UNIVERSITI.
BETAPA RAMAI LAGI "RAKYAT PAHANG" YG MASIH BERTUNGKUS LUMUS MENCARI SESUAP NASI/UNTUK MENGSEKOLAHKAN ANAK2 MASING2.
DICADANGKAN GUNALAH HASIL PAHANG DARI LOMBONG "BIJIH TERBESAR DIASIA TENGGARA, HASIL BALAK" -RASANYA ITU PUN SUDAH LEBIH DARI MENCUKUPI UNTUK DOWN PAYMENT "MS GARDEN" INI.
-insyaaalah, jika benar/baik akan tertunai harapan untuk Pelaburan MAIP juga untuk "Asnaf" tersebut.
TAHNIAH KPD. KREW MASJID SG.ISAP 2, MENGANJURKAN MAJLIS INI DENGAN BAIK,SEMPURNA DAN JAYANYA.
BalasPadamAGIHAN NASI (BUNGKUS) UNTUK HAMPIR 2000 ORANG- YG DIBUAT SECARA GOTONG ROYONG UNTUK MUSLIMIN/MUSLIMAT YG DTG DARI JAUH SEBELUM MAJLIS BERMULA JUGA AMAT DISANJUNGI.
TERIMA KASIH.
Tahniah kepada penganjur, memang efficient...dari parking hinggalah ke star artiste & ikat hati semua sampai 10pm...cuma x sempat nak shopping2 kopiah sebab ramai benor org....
BalasPadamMoga Allah membalas jasa anda..
BalasPadamterima kasih kepada semua jemaah yg hadir pada program ceramah perdana ustaz azhar di sg. isap. kami amat berbesar hati menerima kunjungan tetamu dan juga mngucapkan ribuaan terima kasih kpda semua pnyumbang2 derma dan sumbangan san insya ALLAH wang2 ni akan dimanfaatkan kmbali kpda semua ahli jemaah masjid ini. segala kekurangan dan kelemahan, pengerusi dan ajk serta pgawai masjid mohon maaf. wassalam.
BalasPadamtahniah juga buat jaip..ini bukti jaip bukan anti agama...penting ikut prosedur...
BalasPadamwooo...best pahang...pas pun boleh guna masjid buat ceramah siap dgn unit amal...kalau umno buat jangan lah mara.....
BalasPadamINILAH SEBENARNYA MASALAH "POLITIK" ORANG MELAYU (GENG2 UMNO- SORRY YE),
BalasPadamCERAMAH MALAM TU, TAK ADE SEBUT SATU PUN PERKATAAN BN,PAS,PKR,DAP ATAU PARTI2 LAIN..
CERAMAH UGAMA 100% BAB AKIDAH, PEKAH,SEMBAHYANG,PUASA,HAJI,ZAKAT ,KEBAHGIAN RUMAH TANGGA...
SBB TU, DISARANKAN PEMUDA/PEMUDI/ AHLI UMNO SEMUA TAK USAH LAH BURUK SANGKA DGN CERAMAH UST. AZHAR IDRUS NI..DATANG LA...
CUMA KALAU PERANGAI KOU YG. TAK ELOK TU.. KENE LAH BATANG HIDONG KOU.. TQ-MAAF BANYAK2.
TENTU GENG2 KOU SEMUA TAK DATANG NIE...!!!
BEST LA USTAZ.........
BalasPadamalah geng kau tu ada datang ke pogram agama anjuran umno.cakap banyak pulak.
BalasPadam