script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Berita Baik: Orang Awam Boleh Melihat Serta Beri Ulasan Dokumen Lynas Mulai Esok Hingga 20 Jan

KUALA LUMPUR, 2 Jan - Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) telah menerima dokumen bagi permohonan lesen peringkat pengendalian sementara daripada Lynas (M) Sdn Bhd. Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Madinah Mohamad (foto) berkata, ia adalah dokumen baharu yang akan dikemukakan untuk pertimbangan LPTA dan ia akan dipamerkan bagi mendapatkan maklum balas awam bermula 8 hingga 17 Januari ini. Dalam satu kenyataan semalam, beliau berkata orang ramai boleh melihat dokumen itu di lokasi seperti berikut iaitu Ibu Pejabat LPTA di Dengkil dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang (SUK) di Kuantan pada Isnin hingga Jumaat ini. Pada hari Ahad hingga Khamis pula orang ramai boleh melihatnya di pejabat sementara LPTA di tapak syarikat Lynas (M) Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Gebeng dan di Pejabat LPTA Cawangan Timur di Kemaman, Trengganu. "Bagi orang ramai yang ingin memberi ulasan berhubung dengan dokumen ini, mereka perlu mengemukakan ulasan menggunakan borang yang disediakan di lokasi berkenaan sebelum jam 12 tengah hari pada 20 Januari 2012 ini", katanya.
Share:

16 ulasan:

  1. Jangan saja tengok nanti ada nama Fuziah atau Anwar terselit sama.

    BalasPadam
  2. MELIHAT DOKUMIN DAN ULASAN SAJE KE??
    BAGI YG TAK SUKE "LYNAS' BEROPERASI NI BAGAIMANA ??
    BILA KITA KATA BAHAYA, DIA KATA TIDAK MACAMMANA ?? KALO 1000 ORANG KATA BAHAYA, 600 ORANG KATA TDAK.. KENA "STOP" DAK LYNAS NIE..
    BIAR BUAT UNDANG2 YG BETUL2 SAHEH... NAK CARI MAJORITI KE?? ATAU SAJE2 NAK BUAT SUKE2..
    KENA TAHU APE SEBENAR KEHENDAK KSU NIE... KALO RAMAI TAK SUKE, KENA TUTUP TAK ??
    ITU YG PENTING... BUKAN SAJA2 LIHAT DOKUMIN, TAPI ORANG TAK MAHU, PROJEK JALAN JUGAK ?? YG MACAM NI, PATUT BUAT DEMO?? DAN KSU NIE YG AKAN BERTANGGUNG JAWAB...SETUJU??

    BalasPadam
  3. KSU ni memang nak cari UNDI majoriti, macam kat Parliment tu, tentulah.
    Kalau Majoriti tak setuju nanti, LYNAS akan di mansuhkanlah.
    Kalau Majoriti setuju, LYNAS beroperasi lah.
    Demokrasi... pilihan yg sesuai.
    Bagus jugak caranya tu.
    Tahniah lah KSU WANITA ni, selesaikan maslah LYNAS ni..tq,tq,tq

    BalasPadam
  4. aku rasa sebelum lynas buka kilang2 kat gebeng yang lain pun high risk juga.apasal takde orang nak kecoh..skang isu kat batu amang (monazite) kat pelabuhan takde plak yang sentuh..kilang buat stabilizer arak kat gebeng takde plak badar or save malaysia nak fight.
    ke ade something yang di perjuangkan.

    BalasPadam
  5. kALAU SETAKAT KILANG MINYAK KE, KIMIA KE,AMANG KE, SEMPAT LAGI NAK LARI BRO..!!
    RADIOAKTIF NAK LARI IKUT MANA BRO..!! KOYAK KULIT BELAKANG KAU BRO..!! KEPALA PUN BOTAK SEKELIP MATA BRO..!!
    MACAM DI CHENOBLY, RUSSIA BRO.. SAPE NAK HIDUP KAT SITU..TINGGAL JE APARTMENT BERPULOH2 BIJI KAT SITU, BG HANTU DUDUK...SBBB HANTU, MAYA BRO...!!!
    BACALA SEJARAH BRO....!!!!

    BalasPadam
  6. Hai Bro, kau tahu mana kilang Lynas sama macam di Chenobly, Tu lah orang suruh belajar tak mahu, Tak cerdik susah kan orang.

    Sapa kata kilang minyak sempat lari,
    Bawa sini minyak biar aku cucuh kat kau tengok sempat lari ke tak.

    Kalau yang dah betul haram dlm Al Quran seperti kilang Stabilizer arak tak pula tentang.

    Tak betul doh semua ni, Cari nama belaka. Mati nanti bawak nama ke bawak amal?

    BalasPadam
  7. bro, nak buat kilang pun main undi gak ke? x pe lps ni kita pakat mengundi kalau ada mek siam nk bukak kedai makan kat jalan pelabuhan kuantan tu... x gitu bro?

    BalasPadam
  8. kenapa kilang dah 99.9% baru suruh rakyat komen....sepatutnya belum buat...jangan2 bag dah hantar kerumah tengah malam....!ho...ho...

    BalasPadam
  9. BRO PRICIPTATION..
    KAU NIE KALUT BETUL LAH.. KILANG "LYNAS" MANA BAHAYA ??.. SBB TAK BEROPERASI LAGI..
    "CHENOBYL" TU PUN TAK BAHAYA, BILA "MELETOP JE, BAHAYA".. LOL KAU NI..!!
    TUNGGU JE "LYNAS TU "MELETOP KE,kENA TSUNAMI KE".. PAS TU YOU PERGI LAH ,JENGOK,JENGOK.. TAK SEKOLAH KE BRO?? SBB AKAL U PENDEK SANGAT!!

    BalasPadam
  10. Kilang Lynas insya Allah tak meletup.. sb tak de sumber letupan / tekanan tinggi.

    BalasPadam
  11. Kalau dah nak meletop,
    Tayar basikal pun meletop,
    Tangki gas pun meletop,
    Kereta pun meletop,
    Perut pun meletop,
    Tak perlu sumber,takanan tinggi pun.
    Kecuaian... penyebab meletop,
    tangki2 meletop,
    Suis2 meletop,
    Lampu pun meletop.
    Top,top,top.

    BalasPadam
  12. Mentedarah harta haram perut meletup...!

    BalasPadam
  13. Kilang Lynas bukan kilang nukler..la...kilang process tanah je...kilang2 kat gebeng lagi bahaya kerana hydrocarbon...tengok tank yg dia org simpan gas atau cecair hydrocarbon lagi tinggi pressure ..kalau meletup satu pahang hancur....tapi dia org ada standard operation dan safety precuation........jangan la rakyat jadi bodoh kerana mendengar pandangan org yg tidak berilmu dlm bidang ni.........

    BalasPadam
  14. Lynas, kilang memproses bijih terpekat. Ia sama macam kes kilang Thioxide di Kemaman. Masalah utama ialah amalan industri di Malaysia dan kandungan bijih terpekat yg dibawa dr Australia. Ia memanglah tidak meletup, tapi ia menghasilkan bahan buangan beradiasi hasil produk sampingan yang tidak dikehendaki. Masalahnya ialah rare earth yg wujud secara penyepaian semula jadi Uranium bertahun2 lama juga menghasilkan logam2 lain yg tidak stabil & melibatkan radioaktiviti. Jadi dlm kes Lynas ia bukan soal keselamatan tetapi soal kesihatan yg mana kesannya hanya boleh didapati selepas beberapa lama masa pendedahan. Kesannya juga kekal. Saya rasa orang yg mengatakan bodoh kerana menyamakan Lynas dgn kilang kimia yg ada adalah tidak berasas.

    BalasPadam
  15. Ada juga Dr yang bodoh ye.(dalam sesuatu bidang. Ada juga Dr yang ta tahu mana satu ikan kerisi atau ikan "butir nangka".
    Skrg ni ramai yang Dr, (psiologi,psikologi,homeopathy,Dr gigi,Business study dan lain-lain... Dr yang pakar dalam Chemical & Radioativity ni amat jarang)
    Doktor boleh cerita apa saja tentang kesihatan.. tapi Dr pasti tak begitu pasti tentang source dan operations.K nya. Kalau ambil perbandingan dengan radioaktif , semua radioatif ni jahatlah bagi yang tak tahu. Tapi kalau ada DR yang pakar, dia guna radioaktif ni untuk tembak kita semua.Ada ke pecah tulang rusuk kita semua? aku sambung lagi lepas ni

    BalasPadam
  16. Nampaknya orang ini tidak dapat membezakan jenis2 radiasi antara yang bersumber aruhan radioaktif dan jenis aruhan buatan (X-Ray dsb). Juga gagal untuk memahami apakah bezanya kesan kronik (kesihatan) dan kesan akut (keselamatan). Lebih kepada emosi melulu. Beginilah orang yang hanya tahu mendapatkan wang banyak tapi tidak kisah akan peri bahayanya sesuatu pekerjaan.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Ambil Keterangan Rakan Serumah Bagi Membantu Siasatan Kes Seorang Penuntut Wanita Maut Dibunuh Teman Lelaki Di Kuantan

KUANTAN: Polis mengambil keterangan tiga individu bagi membantu siasatan kes seorang penuntut wanita maut dipercayai dibunuh teman lelakinya...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.