Sungguh mengejutkan apabila ada pihak yang cuba menyerang Pahang Daily Online (PDO) gara-gara menyiarkan maklumat panas berhubung tindakan Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) untuk membeli Hotel MS Garden dekat sini. Malah ada diantara mereka yang tergamak mengatakan PDO cuba menfitnah Tengku Mahkota Pahang (pemikirpolitikjerantut). Manakala blogger (wanzamzuriwanhasenan) pula dengan beraninya menuduh PDO telah menyerang raja sendiri dan menghasut rakyat Pahang supaya membenci institusi raja. Tuduhan ini dilemparkan selepas isu ini didedahkan pula oleh media arus perdana beberapa hari selepas PDO membongkarkannya. Itu pun, selepas Tengku Mahkota Pahang mengeluarkan titah baginda terhadap isu panas ini. Persoalannya yang timbul, apakah benar PDO cuba menghasut rakyat dengan isu sebegini?. Benarkah PDO cuba untuk mengajak rakyat agar membenci raja?. Nampaknya, para blogger UMNO terbabit tidak faham dengan isu yang dibongkarkan dan menuduh kami tidak profesional dalam memaparkan artikel berkenaan. Bagi kami, tuduhan yang dilemparkan itu tidak berasas sama sekali. Ini kerana, isu yang PDO dedahkan bukanlah semudah itu maklumatnya boleh dipungut ditepi jalan begitu saja. Sebelum ini sudah banyak isu rakyat termasuk penyelewengan yang berlaku di beberapa buah agensi kerajaan seperti JBA, JAIP, UMP, KIPSAS, MPK dan sebagainya telah kami dedahkan. Apakah semua pendedahan itu bertujuan untuk menghasut rakyat supaya membenci agensi terbabit?. Sebelum ini PDO juga pernah mendedahkan beberapa isu agama berkaitan dengan JAIP dan MUIP. Malah, pendedahan kami tentang kes khalwat bekas Setiausaha MUIP sendiri telah berjaya membuka mata pihak-pihak tertentu untuk mengambil tindakan terhadap individu terbabit. Di fahamkan, Tengku Mahkota Pahang sendiri selaku Yang DiPertua MUIP telah mengarahkan pegawai berkenaan dipecat dan difahamkan beliau kini berpindah ke Jerantut. Bukankah, tindakan Tengku Mahkota Pahang itu berasaskan kepada maklumat dan pendedahan yang dibuat oleh PDO. Tambahan pula, ketika itu tidak ada satu pun media arus perdana yang berani mainkan isu berkenaan demi menjaga nama baik kerajaan.
[Makanya, apakah pendedahan PDO tentang isu MUIP beli hotel MS Garden ini dianggap fitnah semata-mata kerana Tengku Mahkota Pahang tiba-tiba keluarkan kenyataan baginda kepada media. Para blogger UMNO perlu ingat bahawa Tengku Mahkota Pahang tidak pernah menyebut PDO menfitnah "raja" atas isu ini dan baginda sendiri sebenarnya akan menyiasat dan mengambil tindakan tegas atas perkara ini. Oleh itu, usahlah para blogger UMNO melatah dan begitu cepat menuduh PDO cuba menfitnah dan menghasut rakyat supaya membenci raja. PDO sebenarnya mendedahkan ada pegawai dalam MUIP yang telah membelakangkan kepentingan agama sedangkan mereka berada dan dipertanggungjawab untuk urusan terbabit. Malah, PDO juga ucapkan tahniah kepada Tengku Mahkota Pahang yang mengambil berat isu ini. Para blogger UMNO diminta menyiasat dulu kesahihan cerita berkenaan dengan mana-mana sahabat mereka di JAIP dan MUIP sebelum berani menuduh PDO membuat fitnah isu ini. Bagi PDO, kepentingan agama perlulah dipertahankan dan jangan jadi bacul semata-mata mahu jadi pengampu].






betul ke cakap nan tu.!!......kot ..kot nak sedap mulut aje....Kalau berani tetap satu tarikh ,tempat yg sesuai agar rakyat pahang dapat mendengar dan menilai watak dan kredibiliti pemimpin pahang.Terus kan YB FAUZIAH ....nyah LYNAS dari bumi pahang.LAWAN tetap LAWAN
BalasPadamfitnah lah weh pdo...ada berani buatlah report polis/sprm...betul ke ada bukti @ fitnah??? setakat cakap buang masa..x-su lagi power duk jerantut atas usaha pdo...goyang kaki duit masyuuuukkk!
BalasPadamkwn nak mencatat tentang video TMP.
BalasPadamkawan amat kagum dengan jawapan TMP kepada pemberita2...
Dengan jelas dan nyata TMP menjawap bahawa baginda akan menyelesaikan perkara tersebut tanpa melibatkan wang/peruntukan zakat dan cuba mendapatkan pinjaman dsbnya...itula seorang pemimpin yg sebenar yg bagi kawan keseluruhan rakyat pahang amat menyayangi TMP. Terbuktila baginda seorang yg raja berjiwa rakyat...
walaupun ada pemberita hamprak seperti puak umno/bn cuba melagakan baginda dengan bloggers2 dgn bertanya samada nak ambil tindakan pada bloggers2. Sgt tidak bermaruah soalan seperti itu..tapi kwn amat kagum dengan jawapan baginda...'tidak la sampai mcm tu..dan tak ada'..pastu pemberita hamprak tu siap ulang2 soalan tu...
itula pemberita upahan umno/bn...tak de keje lain, tak habis2 nak melagakan org...
Baginda tidak ada sedikitpun dendam pada bloggers2 sememangnya bloggers2 pahang itu adalah rakyat baginda sendiri...dan baginda sentiasa mendalami kehendak rakyat.
cuma aku tengah terpikir apa jawapan jika pemimpin umno/bn yg menjawap soalan2 pemberita2 tersebut...yg nyata:
1) Akan buruk kan bloggers dan anggap bloggers upahan, tuduhan tanpa asas..
2) Memaki hamun bloggers mcm keling mabuk (teringat aku pada kak jat bini tokey lembu kondo dlm perhimpung Umno baru2 ni..jari tertunding2..sinsing lengan baju...nasib baik tak selak kain)
rentikan la nak melagakan bloggers dgn TMP...
BLOGGERS UMNO/BN NI, KALU TAK SOKONG GOMEN, TAK DAPAT LA MAKAN NASI FREE, NAK LUAR NEGARA FREE,HOTEL FREE.. SO MELELEH LA AIR LIOR NYE...
BalasPadamSO, HABISAN LAH NYOKONG WEHH.. KALU TAK, JADI ANJING KURAP JE, DOK TEPI TONG SAMPAH..
TAKDE ORANG NAK OFFER....!!!
PUIIIII....
MELAYU DA....
Pecat SU MUIP?? Siasat lebih lanjut betul ke di pecat? Awk semua tak tau MUIP masigh membayar gaji beliau..walaupun bekerja di PDT Jerantut...
BalasPadamMEMANG BETUL ADA UNSUR FITNAH DAN MENGHASUT...KLU DAH SIASAT OLEH SPRM DAN TERBUKTI ADA KES, BARU BETUL...LAGI PN KDYTM DAH TITAH, TAK GUNA WANG ZAKAT..
BalasPadam