script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Isu Exco Agama Selangor, PAS Faham Serta Akur Kenapa Portfolio Itu Di Galas Oleh Tan Sri Khalid !

SHAH ALAM, 20 Jan - PAS Selangor faham dan akur mengapa portfolio Hal Ehwal Agama Islam digalas oleh Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim dan bukannya diberi kepada exco baru Dr Ahmad Yunus Hairi. Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad (foto) juga berkata portfolio itu tidak semestinya secara automatik disandang oleh pemimpin daripada parti Islam itu. Khalid, yang juga Ahli Parlimen Shah Alam, berkata keputusan yang diambil oleh Menteri Besar amat tepat dan relevan pada suasana menjelang pilihanraya umum. "Dengan mengambil kira lebih kurang tiga atau empat bulan untuk menghadapi pilihanraya seterusnya, maka keputusan Menteri Besar untuk beliau sendiri memegang portfolio Hal Ehwal Islam itu relevan kerana sebarang perlantikan baru dijangkakan sukar dan menjejaskan perlaksanaan program yang dirancang sebelum ini," ulas Khalid. Beliau turut memberitahu, exco Hal Ehwal Islam bukan sahaja menghadapai cabaran melaksanakan tugas berkaitan pentadbiran tetapi perlu berhadapan dengan mainan politik UMNO melalui Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). "Sedangkan mantan exco sebelum ini pun tidak mampu untuk menangani permainan UMNO melalui kedua-dua badan agama ini. "Jadi, Pas berpendapat lebih baik Tan Sri Khalid duduk di situ kerana percaya beliau lebih berpengalaman dan bijak menangani sebarang isu berkaitan," Khalid berkata. Menurut Khalid lagi, portfolio hal-ehwal Islam merangkumi berbagai aspek pentadbiran. "Jadi kepercayaan bahawa semestinya Pas menguasai kerangka jabatan agama Islam ini harus diperbetulkan kerana Islam itu wujud dan relevan dalam mana-mana cabang sekalipun sama ada pihak berkuasa tempatan, hal pendidikan, jabatan kerja raya atau lain-lain," ujar Khalid. Mengulas tentang tindakan segelintir ahli PAS yang menentang keputusan MB itu, Khalid dengan tenang mengatakan bahawa pandangan mereka itu tidak melambangkan pendirian pucuk pimpinan PAS keseluruhannya. Beliau berkata satu mesyuarat peringkat negeri akan diadakan pada hari Selasa ini untuk bincang perkara tersebut.

[Keputusan Tan Sri Khalid Ibrahim ambil alih jawatan Hal Ehwal Agama yang pernah disandang oleh Dr.Hassan Ali itu kini dijadikan isu oleh media arus perdana dalam usaha mereka untuk melaga-lagakan pula PAS dan PKR. Namun, dalam masa yang sama mereka harus ingat bahawa di negeri lain yang ditadbir oleh UMNO BN juga tidak memberikan portfolio itu kepada mereka yang sepatutnya. Misalnya di Pahang, Exco agama di pegang oleh MB sendiri biar pun beliau bukanlah arif sangat tentang hal ehwal agama. Maka itu, isu Mb Selangor galas jawatan Exco Hal Ehwal Agama tidak perlulah dijadikan isu panas yang boleh menggoncangkan kekuatan Pakatan Rakyat di negeri itu. Malahan, Exco agama bukanlah satu jawatan yang boleh mengeluarkan fatwa atau sebagainya. Oleh itu, semua pihak perlu terima ketetapan ini dengan hati terbuka demi perjuangan].
Share:

5 ulasan:

  1. Secara peribadi ia satu keputusan paling bijak oleh MB Khalid dr sudut politik dlm masa sama juga ia strategi dlm mhadapi tekanan2 yg bakal dihadapi dr Jais dan Mais utk mengekang pengaruh PR dlm PRU bbrp bulan lg.MB Khalid pastinya akn terlibat dlm byk mesyuarat bsama Jais dan Mais yg akn diwakili oleh Timbalan Mais iaitu Dato Hasan Ali yg pasti akn menggunakn pengaruh Jais dan Mais serta peranan Umno utk merosakkan kesepakatan PR dlm isu ini.dgn kuasa atau mileage politik yg ada pd MB Khalid mungkin strategi jahat oleh Umno melalui Jais dan Mais serta Hasan Ali tidak dpt dilaksanakan dgn sempurna. Syabas MB Khalid & juga Pas Selangor.

    BalasPadam
  2. Tak kisah siapa yang pegang jawatan exco agama, asalkan ianya orang beragama islam.

    BalasPadam
  3. BAGILAH APA PUN JUSTIFIKASI, YG TERSIRAT IALAH PAS YG ANGKUH KATA MEMPERJUANGKAN ISLAM DENGAN SELAMBA DIPERLEKEH OLEH PUAK PKR SENDIRI, PUN MASIH TAK SEDAR SEDAR LAGI PUAK SI LEBAI MALANG PAS, LEBIH MALANG LAGI UMAT ISLAM KESELURUHANNYA. JGN LUPA, APABILA MELETAKKAN SESEORANG BUKAN DITEMPAT YANG SEPATUTNYA, MAKA TUNGGULAH KEHANCURAN TIBA.....bodoh punya PAS!

    BalasPadam
  4. Cina Islam bolih....India Islam bolih...orang Asli Islam...pun bolih....Ia bukan Hak Mutlak Bani Melayu saja....he...he...tak faham...faham lagi....!

    BalasPadam
  5. Anon jan 21 10:09:00 am kat atas ni bg hujah bodoh mengalahkan bodoh mcm Zul Kulim dgn Jamil Khir Baharom.lu ada paham politik ke bro....dlm pakatan ada 3 parti utama yg ada 2 leader beragama Islam iaitu Pas dan Keadilan.so xde isu dan masalah pun kalau MB khalid nk handle Exco berkaitan Agama.yg masalah ialah apabila Umno melantik Jamil Khir Baharom menjaga Hal Ehwal Islam tp gunakan duit zakat utk kes guaman mhadapi isu qazaf Anwar Ibrahim.lu rasa bro Jamil ni bodoh ke jahil atau haprak????

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Ambil Keterangan Rakan Serumah Bagi Membantu Siasatan Kes Seorang Penuntut Wanita Maut Dibunuh Teman Lelaki Di Kuantan

KUANTAN: Polis mengambil keterangan tiga individu bagi membantu siasatan kes seorang penuntut wanita maut dipercayai dibunuh teman lelakinya...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.