KUANTAN 26 Jan - Umat Islam di negeri ini boleh menarik nafas lega atas titah ucapan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia (KDYTM) Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (foto) berhubung dengan kekalutan yang berlaku atas isu pembelian sebuah hotel mewah (MS Garden) oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) seperti yang didedahkan oleh pihak kami sebelum ini. Titah, Tengku Mahkota Pahang selaku Yang Dipertua MUIP itu amatlah ditunggu-tunggu selepas beberapa hari isu ini diperkatakan. Dalam satu kenyataan kepada media semalam, Tengku Abdullan bertitah MUIP sememangnya ditawarkan untuk membeli hotel berkenaan tetapi soal menggunakan duit Baitulmal atau zakat masih belum diputuskan. "Saya harap kita tidak perlu menggunakan wang zakat tetapi lihat kepada kemampuan sendiri dahulu. "Dan sekiranya memerlukan kita membuat sedikit pinjaman bagi mendapatkan peruntukan untuk memiliki bangunan berkenaan, kita akan lakukan,". Baginda dipercayai bertitah demikian bagi menjawab dakwaan beberapa blog (PDO) sebelum ini yang mendakwa MUIP menggunakan wang zakat untuk membeli hotel berkenaan. Baginda juga bertitah, akan segera menyelesaikan isu berkenaan dengan baik kerana proses pembelian tersebut masih dalam proses perbincangan. "Bagi saya sedikit masa untuk selesai hal ini dan insya-Allah saya cuba selesai dengan baik. "Kita akan selesaikan masalah kewangan dulu dan masih perkara ini dalam peringkat perbincangan. Kita akan berunding semula dalam masa terdekat," titah baginda. Titah baginda ini telah disiarkan akhbar arus perdana Utusan Malaysia hari ini.
[Titah Tengku Mahkota Pahang ini amatlah dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat terutamanya umat Islam. Ramai yang melihat, tidak wajar MUIP sebuah agensi yang ditugaskan untuk menjaga kepentingan dan syiar Islam di negeri ini tiba-tiba memilih bidang perniagaan (pelaburan) sebagai fokus utama mereka. Ramai lagi asnaf yang memerlukan bantuan dan patut dibantu dengan menggunakan wang zakat. Maka, kenapa perlu meletakkan keutamaan atas pelaburan komersial sedemikian. Mereka tidak kisah MUIP mahu membeli hotel sekali pun, namun persoalannya kenapa perlu gunakan wang zakat?. Inilah yang dipertikaikan oleh rakyat. Justeru itu, titah baginda Tengku Mahkota Pahang diharap dapat meredakan sedikit kekalutan berhubung dengan persoalan ini. Jangan gunakan wang zakat sewenang-wenangnya untuk tujuan yang bukan menjadi matlamat utama. Keberkatan dan keredhaan Allah haruslah dicari demi menjaga kepentingan serta juga maruah agama Islam itu secara keseluruhannya].






MENURUT KATA "USTAZ AZHAR IDRUS" SEMASA SESSI SOAL-JAWAP SEMALAM - TAK SALAH DIGUNAKAN SEKIRANYA ADA LEBIHAN HASIL ZAKAT, YG PENTING "ASNAF" DIDAHULUKAN.
BalasPadamKEUNTUNGAN NANTI "PERLU DIKEMBALIKAN" SEMULA KEPADA GOLONGAN "ASNAF" TADI.
OK- BEREH KE?
bereh ke?...emmmmmmm
BalasPadamsetakat chk...duit lebihan zahat (yg x di agih kan)...dah melebihi RM70J...ni blm kira hbs lagi ni... mungkin tu lah deme tu nak buat investment kot
rasanya lebih baik lah buat micro economic project utk fakir miskin, anak yatim yf miskin, dsb
lebih baik muip/jaip/pkz phg beli lot2 perniagaan di ecmall, ktn parade & setup perniagaan micro utk fakir miskin berniaga...kalau setakat bagi duit 300 sebln, kejap aje habis...kita hentilah bagi ikan, kita bagi mata kail lah pulak...nikmatnya berpanjangan, insyaallah
tak pyh lah beli hotel...bak kata ustz azhar, memanglah harus, tapi bimbang keuntungan akan dinikmati oleh org2 lain, sedangkan hak keatas duit itu hanyalah kpd asnaf2
lebih baik habiskan lebihan2 yg dah berpuluh juta tu utk projek2 ekonomi bagi membantu secara lansung asnaf2 tersebut
aku tak fikir duit zakat tak ada lebih... simiskin masih ramai, si fakir masih same je...muallaf masih trcari2 klas ugama...tak reti2 solat walau sudah islam lebih spuluh tahun.. apsal muip xbelanje utk bantu mereka secara berterusan dan bersistematik...ni simpan duit beli hotey, bangunan, tanah...xcari untung sendiri kot?
BalasPadamIni semua angkara orang atasan yang nak gunakan wang zakat untuk tujuan komersial mereka. Memang tidak bijak MUIS beli bangunan hotel. Kalau MS Garden untung berjuta-juta, wajar kah tuanpunya nak jual harta itu. Kalau MUIS beli hotel, boleh ke ia untung atas sewa bilik tanpa ada restoran2 dan lain2 bentuk kegiatan sosial. Sanggup ker MUIS benarkan bangunan ni dijadikan tempat maksiat.
BalasPadamPerasan tak dalam Islam, wang zakat itu perlu disalurkan kepada "fakir miskin" dan bukan "fakir miskin Islam"? Sebenarnya Allah SWT turunkan wahyu sebegitu agar kita juga memberi zakat bukan setakat kepada Muslim yang miskin tetapi juga kepada golongan fakir bukan-Muslim supaya mereka juga tertarik dgn keprihatinan Islam. Allah SWT dah ajar kita satu teknik dakwah yg free2 & cukup senang pun kita tak reti2 nak ikut, ni pulak nak guna duit zakat beli hotel?
BalasPadamOh, Malaysiaku...
RAMAI PULAK " anon" YG SALAH RUMAH NIE.. BUKAN KIH LIWAT KAT SINI WEii..
BalasPadamNI KIH "HOTEL MS GARDEN" VS ASNAF..
ABE NUAR TAK MELIWAT KAT HOTEL NI, MAAF LA!!..HOTEL LAIN,FAHE LA SIKIT.
BASO BAIK SUNGGOH..
Alhamdulillah, saya sangat lega dengan ketegasan Tengku Mahkota Pahang.
BalasPadamDibelakang Tengku Mahkota ada Mufti dan Majlis Fatwa Pahang yang pastinya arif.
Maaf saya berpandangan jawapan Ustaz Azhar adalah berbentuk umum sekiranya dana zakat sudah tak tau lagi kemana harus dituju (keperluan semua asnaf sudah dipenuhi).
Perkara berbentuk ijtihad yg perlu kepada kajian komprehensif bukan terlalu mudah untuk diputuskan.
KEPADA ANDA YG RAJIN BUAT KERTAS KERJA.. HANTAR LA CADANGAN ANDA KE "MUIP " UNTUK DI BINCANGKAN.
BalasPadamCONTOH:
BUAT SATU PASAR "ONE STOP CENTRE" UNTUK SEMUA BARANGAN KELUARAN PAHANG, TAK KIRA LA APE2, SPT.BARANGAN CENDERAMATA/ HASIL TANGAN..
contoh: REPLIKA gasing pahang, keropok pahang, perahu pahang, selipar pahang, t'shirt/kain baju cop pahang, akar2 kayu pahang, segala2 identiti pahang.
Buat la 100lot dalam tu, UNTUK ASNAF...LENGKAP DGN.BANNER2 LG..
PASTU..CADANGKAN "STAF" MUIP TU PEGI MELAWAT PASAR2 DI VIETNAM, KEMBOJA, MYNMAR, THAILAND- ADA MACAM2 BENDA BOLEH KITA TIRU/CONTOH.
OK.....PASSSSSSSSSSSSS.....
Kalau diteliti titah KDYTM "Saya harap kita tidak perlu menggunakan wang zakat tetapi lihat kepada kemampuan sendiri dahulu. "Dan sekiranya memerlukan kita membuat sedikit pinjaman bagi mendapatkan peruntukan untuk memiliki bangunan berkenaan, kita akan lakukan,". Maknanya, bangunan MS GARDEN mesti dibeli walau apa cara pun. Kalau buat pinjaman pun MUIS kena adakan cagaran. Jadi berapa banyak kah wang zakat akan dibelanjakan dalam pembelian ini.
BalasPadamSepatutnya pembelian ini WAJIB dibatalkan sebab lebih banyak MUIS akan rugi dari untung dalam projek hotel ini. Lagi pun kajian juga menunjukkan hotel ini tidak lah mendatangkan keuntungan kepada tuanpunya sekarang dan itu adalah sebab utama hotel ini nak dijual. Jadi KAJI DULU KEUNTUNGAN SELEPAS DIBAYAR GAJI DAN KOS OPERASI. JANGAN2 ESOK WANG ZAKAT DIJADIKAN UNTUK MENYELAMATKAN SEBUAH LAGI PROJEK GAJAH PUTIH UMNO/BN. DIKATAKAN UMNO/BN SEBAB IA DILAKUKAN DIBAWAH PEMERINTAHAN UMNO/BN. ADA KAITAN DENGAN HYATT DAN SHAHJAN VILLA KER????
ape MUIS? MUIP lah..takut ke?
BalasPadamKepala hotak sape lah yang trpikir nak beli hotel ni....Abih duit umat islam Pahang... Klu nak beli, pakai lah duit sendiri....Kot dah ada yang berangan nak jadi lembaga pengarah Hotel kot....
BalasPadamBerbaloi ke beli? Klu setakat bawa pulangan bersih RM 1.5j setahun baik wat fd je... dah tentu dapat 3-4% setahun..pokok tak hilang. projek giler ni...
BalasPadamMINTAK AHLI MUIP MEMBAWA USUL KEPADA YDP MUIP MENCADANGKAN SUPAYA PENTADBIRAN MUIP MENGEMUKAKAN LAPORAN PERBELANJAAN DAN PENDAPATAN KEUNTUNGAN DAN KEUNTUNGAN BERSIH SETIAP BULAN BAGI SETIAP PELABURAN YANG DI BUAT OLEH MUIP.. KHABARNYE BANYAK MELABOR DI AR-RAHNU, HOTEL JERANTUT, LADANG, HOTEL MS GARDEN..DENGAN CARA INI KITA BOLEH LIHAT BETUL KE PROJEK MUIP ITU UNTUNG ATAU UNTUNG DI ATAS KERTAS SAHAJA.. ATAU UNTUNG DIKAUT OLEH ALP ATAU UNTUNG DI SERAP OLEH PIHAK PENGURUSAN DENGAN PERBELANJAAN YANG TAK PERLU. T KASIH
BalasPadamSELAIN DARIPADA ITU JUGA MOHON KDYTM TG. MAHKOTA PAHANG SELAKU YG. DIPERTUA MUIP MINTA LAPORAN BERAPA BANYAK ANAK SYARIKAT YANG TELAH DITUBUHKAN OLEH MUIP DAN MOHON SENARAI NAMA ALP..ADA MAKLUMAT MENGATAKAN MUIP TELAH MENUBUHKAN ANAK SYARIKAT MUIP URUS SDN BHD BAGI MENGURUSKAN HOTEL MUIP DI JERANTUT...DAN SYARIKAT TERSEBUT DITUBUHKAN SECARA AD HOC DAN ALPNYA TERDIRI DARI ....??????????????... MOHON PIHAK PDO DAPATKAN MAKLUMAT...TIME KASEEEH...
BalasPadamAmpun Tuanku....ini cadangan Patek sahaja.. Patek cadangkan bangunan hotel tu tidak dijadikan hotel....jadikan bangunan lain dari hotel...kerana hotel terlalu banyak di Kuantan....jarak 500Meter satu hotel...apa jadi Hotel Samudera....tinggal begitu saja...sebab tidak laku....!ampun tuanku....!
BalasPadamPerasan tak dalam Islam, wang zakat itu perlu disalurkan kepada "fakir miskin" dan bukan "fakir miskin Islam"? Sebenarnya Allah SWT turunkan wahyu sebegitu agar kita juga memberi zakat bukan setakat kepada Muslim yang miskin tetapi juga kepada golongan fakir bukan-Muslim supaya mereka juga tertarik dgn keprihatinan Islam. Allah SWT dah ajar kita satu teknik dakwah yg free2 & cukup senang pun kita tak reti2 nak ikut, ni pulak nak guna duit zakat beli hotel?
BalasPadamOh, Malaysiaku...
JAHILBYA ORANG BAGI KOMEN NI...ADOI BELAJAR DULU SEBELUM KELUAR FATWA WEH......kalau yang dekat dengan Islam tu Muallaf... kata yakin Us.azhar...dia kata ok...ok lah,ada ke asnaf mati x dapat duit zakat? jkm ada,yb ada...seme ada tangungjawab ma....