script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Isu Rakyat: 'MB Pahang' Di Desak Campur Tangan Atasi Masalah Ganguan Bekalan Air Di UMP Pekan

PEKAN, 18 Jan - Mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) menggesa Menteri Besar, Dato' Seri Adnan Yaakob campurtangan isu air yang semakin kritikal di kampus induk IPT terbabit di Kuala Pahang dekat sini. Yang DiPertua, Majlis Perwakilan Pelajar UMP Muhamad Fazli Abdul Halim (foto) berkata, perhatian MB diharap dapat menyelesaikan kemelut dan masalah itu dengan segera. Isu air di UMP ini telah kami siarkan di blog ini bulan lalu. Rupa-rupanya kemelut yang melanda masih gagal diatasi hingga menyebabkan para mahasiwa IPT itu kini hidup dalam "trauma" akibat masalah yang melanda. Menurut Fazli, maklumbalas yang diterima daripada pihak Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang rentetan isu krisis ganguan air ini antara lain menyatakan masalah bekalan air yang tidak stabil di UMP, Pekan akan berpanjangan sehinggalah suatu sistem bekalan air yang sempurna disiapkan untuk kampus berkenaan. “Bagi mengatasi masalah tekanan air rendah adalah dengan menyalurkan bekalan air secara terus ke kampus dari Loji Air Peramu. JBA Pahang menjangkakan kerja-kerja pemasangan paip ini siap diakhir tahun 2012", katanya. Menurut Fazli lagi, berdasarkan maklumbalas yang diterima krisis gangguan ini akan berterusan dalam satu tempoh jangka masa yang panjang. "Pihak kami mendesak dan mengesa agar projek pembinaan bekalan air secara terus dari Loji Air Peramu ke Kampus UMP Pekan tersebut dipercepatkan bagi menyelesaikan kemelut yang dialami. Usaha yang dijalankan oleh pihak pengurusan universiti dalam menangani krisis ini sewajarnya diberikan pujian seperti menggunakan khidmat lori tangki air bagi penghantaran air ke kampus sebagai satu langkah sementara dalam meredakan permasalahan ini. Namun sewajarnya hal tersebut dimainkan secara serius oleh pihak JBA Pahang yang berfungsi dan dipertanggungjawabkan dalam menyediakan kemudahan dan perkhidmatan tersebut. Pihak kami bimbang krisis ini akan bertambah serius apabila beberapa bangunan baru seperti Perpustakaan, Pusat Aktiviti Pelajar dan Bangunan Fakulti Pembuatan yang dijangka beroperasi secara penuh pada awal semesta hadapan yang secara umumnya akan menyebabkan tekanan air menjadi lebih rendah", tambah kenyataan beliau lagi.

[Melihat kepada keadaan semasa yang mana kebanyakan kelewatan projek berlaku dalam proses pembangunan kampus Pekan, pihak kami kurang berkeyakinan projek tersebut akan disiapkan dalam tempoh jangka masa yang ditetapkan. Oleh hal sedemikian pelbagai pihak yang akan terjejas akibat permasalahan tersebut seperti mahasiswa, pensyarah, pengusaha kafeteria dan pengurusan universiti sendiri. Krisis gangguan air ini bukan hanya menjejaskan warga UMP Pekan sahaja tetapi turut menjejaskan masyarakat sekitar kampus. Untuk makluman UMP Pekan serta masyarakat sekitar berkongsi sumber air yang sama iaitu sumber air daripada Loji Air Kuala Pahang. Apabila terdapat banyak aduan yang diterima akibat gangguan air di UMP maka air akan disalurkan lebih ke UMP yang dalam masa yang sama masyarakat sekitar pula akan mengalami gangguan. Begitulah yang berlaku seterusnya. Oleh hal sedemikian pihak yang bertanggungjawab dalam menangani krisis ini mengambil tindakan yang sewajarnya agar kemelut ini akan dapat diselesaikan dengan segera].
Share:

11 ulasan:

  1. MACAMMANA TARAF "JBA PAHANG" KALAU NAK DI KORPORATKAN..JIKA ISU REMEH MACAM NI TAK BOLEH DISELESAIKAN ??
    DENGAR KABO BULAN 2(FEBRUARI 2012) INI.
    KALAO KORPORAT PATUT DAPAT **** STAR,TAPI PERKHIDMATAN **STAR SAJE?? MACAMANA??
    MENGARUT LA "STATE OF PAHANG" NI..

    BalasPadam
  2. ALL U NEED TO DO IS CHANGE

    BalasPadam
  3. kita tukar aje, BN ke PR. Mudah cerita.

    BalasPadam
  4. Tu la umno/bn ni...hari2 surat kabar dok sibuk siarkan selangor akan ada krisis air jika projek air bentong ke selangor di tangguhkan..
    kelantan plak supply air keruh dan merbahaya.....
    sebab negeri tu negeri pembangkang...

    malula phg....negeri yg terlalu byk air sungai..sampai boleh 'bagi' ke singapura berkurun2...tak ada air subsidi...setiap titik rakyat perlu bayar....ke kerajaan pahang ni tak mampu nak merancang?..universiti siap dibina tapi bekalan air baru nak rancang...jawabnya bertahunla pelajar tak mandi...apa la lu abg long?.......itupun tak leh pikir ke?.

    BalasPadam
  5. Kecoh je lebih. Aku dulu-dulu mandi air sungai je, tak kecohpun.

    BalasPadam
  6. Mari kita sama-sama pangkah PR. Hanya PR je boleh settle masalah kita. Pasni pasti kita tak payah bayar cukai tanah, cukai pintu dan segala macam jenis cukai. Parking tak payah bayar, boleh taruk mana suka. Sampah boleh buang mana suka sebab takdak orang berani saman. Api, air, road tax, ptpn, tol, sekolah anak semuanya free. Mana-mana yang ada saman masa BN perintah, automatik terbatal. Semua kerajaan PR tanggung. Fuyoh...seronoknya!!!! Dah tok sabor nok tunggu PRU13 ni.

    BalasPadam
  7. Bravo anon Thursday, January 19, 2012 9:35:00 AM, lupunya kepala hotak memang kelas A1.

    Lepas PR menang dlmPRU13 nanti semua bpleh buat tanpa rasa takut dan bimbang. Kita bebas mencarut, merapu atau apa2 saja asal atas nama PR. Kita boleh dan bebas mengamalkan GAY, bersiput babi asal atas nama PKR

    Tak begitu...?

    BalasPadam
  8. KAT JOHOR..mamat jual air kat Singapore.
    KAT PAHANG..mamat jual air kat Selangor.
    KAT KEDAH/PERLIS..mamat bagi air masuk kat Hatnyai.
    KAT KELANTAN..mamat bagi air masuk kat Golok.
    Kahkahkah..TANYA TOK JIB, DIA BAGI AIR masuk KAT SAPE..??

    BalasPadam
  9. aku lagi haru DUN Inderapura punya cerita...aku adu psl lampu jln gan tiang talifon mamat tu jawab BUKAN KAWASAN AKU tak pe kalu dia TAKNAK dah jadi ADUN kat kws tu....tau le aku nak buat cam ne....

    BalasPadam
  10. Jangan dok fikirlah. Mari kita sama-sama pangkah PR dalam PRU13 nanti. Hanya PR sajalah harapan untuk settle masalah-masalah kita.
    -Cukai tanah & pintu dihapuskan
    -Road tax & tol free
    -Api & air free
    -Segala saman & waran mahkamah masa BN perintah automatik terbatal
    -Harga minyak, gas & barang keperluan harian diturunkan
    -Sekolah & PTPN tak payah bayar
    -Segala jenis bantuan kewangan kepada rakyat.
    -Tender, kontrak, pemilikan rumah dan tanah dibuka secara adil tanpa mengira kaum.
    -Kilang-kilang yang berbahaya akan ditutup.
    Pendek kata tak tertulislah kat sini. Apa yang penting kita perlukan perubahan. Memang seronoklah, dah tak sabar nak tunggu PRU13 ni.

    BalasPadam
  11. Mari kita sama-sama pangkah PR. Hanya PR je boleh settle masalah kita. Pasni pasti kita tak payah fikir nak bayar cukai tanah, cukai pintu dan segala macam jenis cukai. Parking tak payah bayar, boleh taruk mana suka. Sampah boleh buang mana suka sebab takdak orang berani saman. Api, air, road tax, ptpn, tol, sekolah anak semuanya free belaka. Mana-mana yang ada saman dan waran mahkamah masa BN perintah, automatik terbatal. Kilang-kilang haram atau tak haram yang berbahaya sama-sama kita tutup. Semua kerajaan PR boleh tanggung semuanya. Barulah negara kebajikan namanya. Fuyoh...seronoknya!!!! Dah tok sabor nok tunggu PRU13 ni.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Ambil Keterangan Rakan Serumah Bagi Membantu Siasatan Kes Seorang Penuntut Wanita Maut Dibunuh Teman Lelaki Di Kuantan

KUANTAN: Polis mengambil keterangan tiga individu bagi membantu siasatan kes seorang penuntut wanita maut dipercayai dibunuh teman lelakinya...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.