KUANTAN 4 Jan - Pemuda UMNO Bahagian Kuantan dan Paya Besar di sini hari ini membuat laporan polis bagi membantah perhimpunan “Bebaskan Anwar 901” yang dirancang diadakan di ibu negara pada 9 Januari ini. Naib Ketua Pemuda Bahagian Kuantan, Hazrin Basri berkata, perhimpunan seumpama itu tidak perlu diadakan kerana ia akan merugikan semua pihak. Ketua Pemuda UMNO Pahang, Abu Jimi Samat (foto) pula berkata, perhimpunan itu menyalahi undang-undang dan menjejaskan nama baik negara. Perhimpunan itu dirancang oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada hari ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetahui keputusan mahkamah berhubung kes liwat yang dihadapi beliau. Sementara itu, di Kuala Lumpur pula Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan hasutan Timbalan Presiden Parti Keadilan Takyat (PKR), Azmin Ali yang mengajak masyarakat berhimpun tersebut. Laporan polis dibuat oleh Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada pukul 12 tengah hari. Kenyataan hasutan Ahli Parlimen Gombak itu disiar di portal The Malaysian Insider semalam.
KKM cadang wajibkan insurans untuk pelarian, pemohon suaka
-
Langkah ini bagi menampung kos rawatan, bendung tunggakan bil perubatan
pesakit bukan warganegara, kata timbalan menteri.
34 minit yang lalu






Hanya lalat dan langau yang sanggup datang mengkhinzir buta menyertai demo 'bebaskan anwar'. Biasalah kalau dah namanya daging busuk berulat pastilah akan ada lalat dan langau yang datang menghurung.
BalasPadamHarap UMNO/BN jangan anggap pemikiran rakyat masih di tahun 50-an/60-an yang tidak tahu HAK2 RAKYAT mengikut amalan antarabangsa dan PERLEMBAGAAN NEGARA.
BalasPadamJANGAN anggap rakyat masih ditakuk lama tidak sedar dengan permainan politik ala Maxsiville yang dianuti UMNO khususnya dan BN amnya.
TEORI POLITIK membunuh kerektor pesaing politik sudah dimaklumi dan UMNO memang penganut setia yang tidak takut dengan ancaman api neraka ALLAH.
SUDAH-SUDAHLAH MEMPERLEMBUKAN RAKYAT...kami para peneroka yang dulunya percayakan UMNO, kini hilang keyakinan kepada kepimpinan negara khususnya UMNO yang memuja KEKAYAAN dan menjatuhkan musuk politik dengan cara yang ZALIM.... FIRAUN pun tidak pernah menggunakan teknik UMNO ini. Anak2 kami yang menerima didikan sehingga ke menara gading,meninsafkan kami dan menyedarkan kami dari lamunan selama ini yang konon2nya UMNO ikhlas terhadap perjuangannya...
MAAF ...KAMI sahut seruan ASAL BUKAN UMNO.....
apahal kau umno nak sibuk pasal perhimpunan ne..elok kau orang ambil upah jaga lembu shahrizat....
BalasPadamPetang ini saya akan buat satu laporan polis tentang satu perhimpunan haram yang telah berlaku di Dataran merdeka pada malam 31/12/2011...Jam 12.00 pagi. Dalam perhimpunan tersebut mereka menganggu ketenteraman awam dengan membuat bising, menganggu lalulintas dan membuat maksiat dikhalayak ramai.
BalasPadamMereka juga telah melanggar dan menafikan akta bahan api dengan membakar mercun dan ini menganggu tidur saya. Agak-agaknya polis terima tak laporan saya ini yeekkk!!!!
Hampas....Dia buat demo bolih....hari2 depan Balai Polis....orang lain tak bolih.....ini undang undang DAJJAL.....namanya....!
BalasPadamHari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kita perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu
BalasPadam