script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Letupan Bom Dalam Himpunan Bebas Anwar 901, Tian Chua Desak Polis Segera Siasatan Terperinci

SHAH ALAM, 11 Jan - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menganggap isu letupan yang berlaku kelmarin semasa Himpunan 901 sebagai amat serius dan memerlukan siasatan terperinci dan segera dari pihak polis. Naib Presiden PKR, Tian Chua (foto) berkata kejadian ini mengejutkan memandangkan himpunan tersebut adalah antara himpunan pertama yang mendapat permit Polis. "Polis harus beri penjelasan sebab sepanjang malam polis sahaja yang dapat acces ke kawasan tersebut. Dari pada gambar-gambar dan saksi, didapati bahan letupan tersebut disimpan dibawah 'kon' polis dan ia diletupkan melalui remote control atau time bom. Ini bukan boleh dibuat oleh orang biasa," katanya. Dalam kejadian tersebut terdapat pihak-pihak lain juga turut berada dilokasi tempat letak kereta berhampiran Mahkamah Jalan Duta ketika kejadian. "Baik pun perkasa ke pekida pun saya tidak mahu membuat sebarang spekulasi kerana mereka juga berhak untuk berhimpun, saya harap pihak polis boleh menyiasat dan mencari orang yang bertanggungjawab," ujarnya. Menyentuh mengenai himpunan aman semalam, Tian berkata keputusan pembebasan Anwar semalam merupakan suatu kegembiraan kepada seluruh Pakatan Rakyat."Ini saya anggap orang yang tak puas hati dengan himpunan aman yang berlangsung atau orang tidak berpuas hati dengan kes ini. Ini boleh menjadi sedikit klu kepada pihak polis untuk mengadakan siasatan untuk mengetahui siapa yang bertanggung jawab," katanya. Sehubungan itu, PKR dan Pakatan Rakyat akan cuba menemui pihak polis dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi mendesak supaya siasatan segera dijalankan. Dalam kejadian itu tiga insiden letupan bom yang mencederakan lima orang awam berlaku selepas mahkamah melepaskan dan bebaskan Anwar dari tuduhan mengikut Seksyen 377 (B) Kanun Keseksaan.

Share:

9 ulasan:

  1. apa kejadahnya gambar2 ni ada di sini....

    BalasPadam
  2. Kalau letak bom tu dalam seluar kecik Anwar kan elok.

    BalasPadam
  3. ANON PAKNON January 11, 2012 11:35:00 AM..LETAK BOM CELAH PUNGKOK HANG LA LAGI BAGUIH..

    BalasPadam
  4. saiful dah termakan sumpah dah.. hakim pun takut juga..tgk apa jadi kat hakim2 kes fitnah liwat 1 dulu..

    BalasPadam
  5. Budak Cfool tu dah kena makan sumpah dah tu, tunggu sikit hari jer lagi dengarkan lah perkhabaran yang menggembirakan...lepas tu anak anak bini para pencacai plak, apa yang difitnahkan atas orang lain akan sampai tak lama lagi keatas dirinya.

    BalasPadam
  6. MASIH TAK SEDAR LAGI RUPANYA PENCACAI KAKI JUBOR NI, TUNGGULAH BALASAN ALLAH NANTI..

    BalasPadam
  7. Saipul kalau nak lelong buntut tu....ha gi kat Chow Kit....disana akan laris jualannya....!ha...ha...mampus....mampus...!

    BalasPadam
  8. hahahahaahha.........padan muka....tak keja lain ka nak berhimpun je.....mampus kan bagus kah kah kah

    BalasPadam
  9. entahlah apa nak jadi dgn politik Msia asyik bontot... bontot ..bontot.betullah politik tu kotor.semuanya kerje sapa ek

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Ambil Keterangan Rakan Serumah Bagi Membantu Siasatan Kes Seorang Penuntut Wanita Maut Dibunuh Teman Lelaki Di Kuantan

KUANTAN: Polis mengambil keterangan tiga individu bagi membantu siasatan kes seorang penuntut wanita maut dipercayai dibunuh teman lelakinya...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.