KUANTAN, 4 Jan - Peneroka Felda akhirnya berjaya menghalang Mesyuarat Agung Khas (AGM), Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) yang dijadualkan esok (5 Januari). Sejak awal lagi kira-kira 500 orang peneroka Felda telah berhimpun di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuantan pagi tadi. Dalam keputusan penghakiman hari ini, Peguam (plantif), Mohd Harris Abdullah (foto) memaklumkan saman pemula memohon injunksi mahkamah bagi menghalang mesyuarat tersebut ditarik balik. Keputusan tersebut dibuat oleh Rosdi Ismail, Alias Ibrahim, Abdullah Mohamad dan Rakiah Sulong yang kesemuanya dari Felda Jengka 15, Maran setelah mereka dimaklumkan bahawa mesyuarat itu telah dibatalkan. setelah peguam bagi pihak Felda iaitu J. Doshi mengemukakan pengakuan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan Datuk Mariana Yahya bahawa mesyuarat tersebut (AGM KPF) dibatalkan. Bagaimana pun, Harris menjelaskan mereka akan menfailkan semula injuksi jika pihak Felda meneruskan Mesyuarat Agung Khas (AGM) itu. Beliau turut memaklumkan, pihaknya gagal untuk memohon kos mahkamah ditanggung oleh pihak Felda. Rabu lalu, beliau telah mengemukakan “interim injunction” di mahkamah berkenaan bagi menghalang Meyuarat Agung KPF pada 5 Januari ini (esok). Sebelum itu, empat orang peneroka Rosdi Ismail, Alias Ibrahim, Abdullah Mohamad dan Rakiah Sulong yang kesemuanya ahli KPF dari Felda Jengka 15, telah memfailkan saman pemula terhadap KPF dan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Mahkamah Tinggi Temerloh. Saman tersebut adalah bagi menghalang Mesyuarat Agung Perwakilan Khas KPF pada 5 Januari, penyenaraian saham FGVH dan pelupusan ekuiti KPF dalam Felda Holding. Difahamkan, mesyuarat khas KPF itu adalah untuk mengesahkan status Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi KPF dan meminta sokongan ahli KPF bagi pelupusan ekuiti koperasi itu dalam Felda Holding untuk tujuan penyenaraian FGVH ke dalam Bursa Malaysia. Keputusan Mahkamah Tinggi Temerloh, memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Kuantan.

Sebahagian daripada para peneroka yang telah hadir di mahkamah pagi tadi


Ahli Lembaga Pengarah KPF, Dato' Zainal Hassan (juga bekas Exco Pahang)
serta Dato' Fauzi Abdul Rahman (Pengerusi PKR Pahang) turut hadir


Mazlan Aliman (Presiden ANAK) dan Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi
(Ketua Pemuda PAS) serta pimpinan PKR yang lain juga turut hadir


ADUN Beserah, YB Sy. Mohamad Sy.Loni, Cikgu Sulaiman Md Derus (PAS)
Kamarzaman M.Yunus, Hatta, Syed Talib dan Hj.Zahari (PKR) juga hadir


Bersemangat, Kamarul Hatta Ali (SAMM) pimpin laungan "Hidup Peneroka"


Antara muslimat, isteri peneroka yang turut hadir di mahkamah pagi tadi

Bergambar sambil pegang dokumen berkaitan selepas keputusan diumumkan

Sebahagian daripada para peneroka yang telah hadir di mahkamah pagi tadi
Ahli Lembaga Pengarah KPF, Dato' Zainal Hassan (juga bekas Exco Pahang)
serta Dato' Fauzi Abdul Rahman (Pengerusi PKR Pahang) turut hadir
Mazlan Aliman (Presiden ANAK) dan Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi
(Ketua Pemuda PAS) serta pimpinan PKR yang lain juga turut hadir
ADUN Beserah, YB Sy. Mohamad Sy.Loni, Cikgu Sulaiman Md Derus (PAS)
Kamarzaman M.Yunus, Hatta, Syed Talib dan Hj.Zahari (PKR) juga hadir
Bersemangat, Kamarul Hatta Ali (SAMM) pimpin laungan "Hidup Peneroka"
Antara muslimat, isteri peneroka yang turut hadir di mahkamah pagi tadi

Bergambar sambil pegang dokumen berkaitan selepas keputusan diumumkan
[Turut hadir di Mahkamah Tinggi Kuantan pagi tadi ialah Mazlan Aliman (Presiden ANAK), Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi PKR Pahang), Ustaz Nasaruddin Hassan At-Tantawi (Ketua Pemuda PAS Pusat), Ustaz Yusof Embong (Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang), Ustaz Suhaimi Md Saad (Ketua Penerangan PAS Pahang), Ustaz Nasrun Amir, Ustaz Fadhli Ibrahim, Ustaz Fadzil Nor, Cikgu Sulaiman Md Derus serta lain-lain kepimpinan PAS negeri dan kawasan. Manakala wakil PKR yang turut dilihat hadir ialah Kamarzaman Md Yunus (Setiausaha PKR Pahang), Razali Alias (Ketua Penerangan PKR Pahang), Hj.Zahari Mamat (Ketua PKR Cabang Paya Besar), Wak Rabidin (Ketua PKR Cabang Rompin) serta lain-lain. Kamarul Hatta Ali (Ketua SAMM Pahang) memimpin laungan "hidup peneroka" semasa mereka berhimpun di pintu masuk mahkamah selepas keputusan diumumkan oleh hakim. Apapun, syabas dan tahniah kepada warga Felda atas keputusan ini. Mazlan Aliman juga memaklumkan, mereka akan membongkar lebih banyak fail berkenaan Isa Samad dan Felda dalam masa terdekat. Semoga peneroka Felda di seluruh negara membuka mata atas segala isu yang berlaku. Ayuh! Berubahlah sekarang!].






ALHAMDULILLAH.... MOGA SELAMAT TANAH FELDA DARI TOYOL PENDEK dari Port Dickson ni.....
BalasPadamAWAS TOYOL2 SEUMPAMA INI AKAN BERKELIARAN MENIPU PENEROKA....
Ada silap sikit. FELDA yang telah mohon agar kos di bayar oleh keempat-empat Plaintif kepada FELDA namum permohonan telah di tolak oleh YA hakim
BalasPadampeneroka di TIPU....sampai ke LUBANG KUBUR....olih UMNONGOK.....!kesian LKTP.....!
BalasPadamTanah 10 ekar apalah sangat. Kalu anak ramai bagi2 dapatlah sekangkang kera.
BalasPadamNilah menangguk di air keruh namanya. Kalu aku buat malu muka je.
BalasPadamApakata pasni FELDA bagi peneroka buat semua kerja-kerja pulak. Amacam ada berani.
BalasPadamApakata pasni FELDA bagi peneroka buat semua kerja-kerja pulak. Amacam ada berani.
BalasPadam