script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

MB Pahang Nasihat Rakyat Tidak Termakan Janji PAS Beri Lot Rumah Jika Menang Dalam PRU-13 !!

KUANTAN, 26 Jan - Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) menasihatkan rakyat supaya tidak termakan dengan janji PAS untuk memberikan mereka tanah lot rumah sekiranya parti itu menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti. Katanya, ia hanya berupa janji kosong yang agak musathil untuk ditunaikan kerana Pahang kini hanya mempunyai kira-kira 100,000 hektar atau tiga peratus tanah sahaja yang boleh digunakan daripada 3.6 juta hektar tanah di seluruh negeri. "Yang lain adalah tanah rezab seperti rezab hutan, lombong dan tasik yang tidak boleh digunakan. Rakyat negeri ini pun kini berjumlah 1.5 juta orang dan dengan keluasan tanah hanya 100,000 hektar yang boleh digunakan, adakah PAS boleh berbuat demikian?. "Jadi, orang jahil ini hanya boleh tipu orang jahil sahaja, kalau mereka yang tidak jahil, dia tidak boleh tipu," katanya kepada pemberita semasa menghadiri majlis Perayaan Tahun Baru Cina 2012 anjuran Gabungan Persatuan-Persatuan Tionghua Kuantan di sini hari ini. Hadir sama ialah Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong) Tan Sri Pheng Yin Huah. Baru-baru ini Pesuruhjaya PAS Pahang Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata setiap rakyat di negeri ini akan mendapat tanah untuk lot rumah sekiranya pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran negeri pada PRU-13 nanti. Adnan berkata walau apa pun isu yang dimainkan pembangkang di Pahang, ia tidak gugat keyakinan BN untuk terus mentadbir negeri ini pada pilihan raya umum akan datang.

[Masing-masing sebenarnya boleh berjanji apa saja untuk menagih undi rakyat dikala bahang pilihanraya umum ke-13 yang kian hampir. Namun, harus diingat, rakyat berhak menilai segala apa yang dijanjikan. Merekalah yang akan menentukan siapakah yang akan disokong dan mana yang akan ditolak. Apapun, penganalis politik meramalkan BN masih akan tetap menang dan berkuasa di Pahang. Cuma, senarionya agak berbeza dimana kerusi pembangkang akan bertambah dan mungkin mengurangkan majoriti 2/3 di Dewan Undangan Negeri (DUN). Ia berlandaskan faktor pengundi Cina yang pasti "swing" menyokong pembangkang, akibat kekecewaan mereka dengan isu Lynas. Semua ini pasti akan menggugatkan pengaruh UMNO BN jika kerajaan negeri masih tidak "prihatin" dan "cakna" kepada rakyat. Justeru, langkah terbaik ialah MB dan barisan exconya perlu mencari jalan untuk mendekati rakyat mulai sekarang terutamanya bagi menarik seberapa ramai pengundi muda kembali menyokong mereka. Jika gagal, sudah pasti "media baru" akan berperanan untuk meyakinkan mereka tentang mengapakah perlunya melakukan agenda perubahan itu].
Share:

10 ulasan:

  1. apa datok nan merasa takut akan janji PAKATAN RAKYAT membuat tawaran kapada rakyat negeri Pahang tanah lot rumah?selama ni ,jadi MB pahang ,banyak mana lot rumah di agih kepada rakyat.Ada rakyat pahang dah 40 tahun mohon lot rumah kat kuantan tiba tiba yang di pohan berpindah tangan.NAN kena faham rakyat kini sedar dan INSHA ALLAH kemenangan sudah hampir.AYUH WARGA, PAHANG ,kita jatuhkan pemerintahan UMNO dan BN pada PRU 13.

    BalasPadam
  2. TOK NAN NI MEMANG BODOH... MAKLUMLAH LATARBELAKANGNYA CUMA SEORANG GURU... BUKAN GOLONGAN INTELEKTUAL TINGGI...

    KALAU TANAH TAK CUKUP, BUATLAH BANGUNAN KEDIAMAN TINGGI BERSTATUS CONDO, ATAU PANGSAPURI, MAKA TANAH YANG KONONNYA SEDIKIT TU CUKUPLAH...

    MALANG BETUL MURID2 YANG PERNAH BELAJAR DI BAWAH CIKGU NAN YANG BODOH NI....

    UMNO MEMANG LAHIRKAN PEMIMPIN SUKA MEMBODOHKAN RAKYAT....

    BalasPadam
  3. buat dato adnan.
    belum cuba belum tahu. insya allah PR akan tunaikan kepada yang layak.
    tak kan sendiri tak tau BR1M hanya untuk bergaji kurang dari rm3,000. bukan semua rakyat dapat kan?
    baik dato adnan pergi jengok ja;lan mana yang berlubang sebab satu faktor utama pelabor adalah jalan raya yang selamat.

    BalasPadam
  4. Hai!PDO pula nak minta MB dekatkan diri dngn rakyat Pahangpula. PDO macam kempen untuk Umno pula dah. Itu orang politik bercakap tapi nampak seolah-olah PDO ni pancing maklumat dari rakyat untuk MB Pahang. Amcam ada bahagian dijanjikan oleh MB ker. Jngn sampai pembaca hilang mood baca PDO. Lagi pun ulasan PDO kurang berkesan pada pembaca. hehehe

    BalasPadam
  5. TAK DAPAT BAGI "TANAH", LOT "TAPAK RUMAH" PUN OK DAH.
    MASA PAHANG BANYAK TANAH DULU, NAPE TAK BAGI..??
    DOK BAGI KAT TOKEY2 GAMBANG, TOKEY SRI JAYA TU NAPE??
    NAK TAHU LAGI.. BERAPE RIBU PEGAWAI KERAJAAN "ORG PAHANG" KEJA LEBIH 25 TAHUN SAMPAI PENCEN TAK DAPAT TANAH??
    KEPALA h**** KAU,
    PAHANG HABIS TANAH SEBAB BANYAK JUAL KAT TOKEY2 CINA/ SINGAPORE !!
    ..PAS JANJI, OK LAH TU, SEKURANG2NYE NIAT ADE??. YOU BAGI APE?? BUKA TANAH HARAM YOU RAMPAS. CINA BUKAK TAK APE, BUKAK SELUAR YOU LAGI BAIK..!!

    BalasPadam
  6. TOK NAN bersaralah dari dunia politik.....

    Kami rakyat Pahang dah naik malu sebab orang luar Pahang kutuk MB PAHANG yang bermuka paling hodoh di banding dengan MB-MB yang lain.

    AKU MALU...OOOO...

    BalasPadam
  7. Biaseler...orang pahang...

    BalasPadam
  8. Janji PAS itu untuk yang layak. Kamu adnan walau mengundi dalam PAhang jelas tak layak dapat. Orang macam akunih layak memohon. Dah bercucu tapi selot tapak rumah pun tak ada. Mohon melalu pejabat yang dikuasai UMNO/BN jangan harap. Dua puluh tahun memohon dan dah bertimbun borang nak suruh bersabar apenye lagi. Berapa ramai giliran nak ditunggu.

    Pendatang asing (yang mungkin telah diwargakan) itu juga yang bernasib baik dan dilayan secukupnya oleh UMNO/BN. Lu tengok jelah apa yang pendatang kemboja, siam dan indon di Pahang tuh dapat...?

    Good by lah lu adnanBN. Sekurang-kurangnya PAS sudah buat janji yang akan kami tuntut nanti. Kamu janji apa..? Sudah lebih 50 tahun lah adnan. Kami dah tak bodoh lagi. Media rasmi kamu tuh hanya layak untuk pecacai umngok yang masih terbelenggu akal dek doktrin umngok yang kamu canangkan sepanjang masa. Goodby adnanBN.

    Undi Pakatan Rakyat pada PRU-13 nanti InsyaAllah.

    BalasPadam
  9. bodoh punye sipir MB pahang ni rupanya, dia ingat 1.5 penduduk pahang ini semua layak dapat lot rumah ke (baby dan orang tua tunggu masa pun nak bagi jugak ke)....kut semua dapat pun klu dicongak bodoh pun masih boleh bagi lagi...100000hec x 2.5 = 250000ac x43560 ft2 / 4000ft2(satu lot)= 2722500 lot...........kalau sipir bodoh macam ni pun 2.7 juta orang boleh dapat 4000ft2 lot tanah untuk buat rumah, tapi rakyat pahang yang dah ada tanah, rumah pun berlambak, yang masih belum ada lagi adalah orang macam aku ni terpaksa cari makan kat negeri orang lain,nak harapkan negeri sendiri hampeh jenuh pohon....dok kena hijack dek orang lain, nk plan pun kena jolok...sakit hati kawannn oi

    BalasPadam
  10. tok nan saya pun mau mohon bijih besi agak2 dapat tak kalau mohon?teringin jugak nak senang macam tok tok lain tu.monthly ratusan ribu/juta income.saya rasa kalau tok nan kawal quota khazanah bumi pahang ni saya yakin sebulan income gomen state kita ratusan juta/bilion setahun.saya dah buat calculation baru berkenaan bijih besi je belum dari bisness yang lain.dari masuk poket2 kroni baik masuk poket gomen boleh jugak majukan pahang ni bantu rakyat ramai yang susah.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Ambil Keterangan Rakan Serumah Bagi Membantu Siasatan Kes Seorang Penuntut Wanita Maut Dibunuh Teman Lelaki Di Kuantan

KUANTAN: Polis mengambil keterangan tiga individu bagi membantu siasatan kes seorang penuntut wanita maut dipercayai dibunuh teman lelakinya...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.