script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

MB Selangor: ADUN PAS Yang Akan Menggantikan Dr.Hasan Ali Bakal Di Putuskan Pada Rabu Depan

SHAH ALAM, 13 Jan - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS yang bakal menggantikan Datuk Dr Hasan Ali bakal mengangkat sumpah pada Rabu depan selepas beliau diputuskan di dalam perbincangan antara Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid dan pemimpin PAS pusat dalam sehari dua ini. Abdul Khalid berkata Sultan Selangor telah bersetuju untuk menulis surat pembatalan perlantikan Hasan sebagai ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri. "Saya telah mempersembahkan kepada Tuanku Sultan bahawa saya telah menerima surat rasmi dari PAS yang memaklumkan bahawa Jawatankuasa Perja PAS Pusat yang bersidang pada 8 Januari 2012 telah membuat keputusan memecat Dr Hasan Ali dari menjadi ahli PAS berkuatkuasa serta merta. "Memandangkan Datuk Dr Hasan bukan lagi ahli PAS, saya telah membuat keputusan bahawa Datuk Hasan Ali tidak boleh menjadi ahli MMKN dan telah menasihati Tuanku Sultan untuk membatalkan perlantikan beliau," katanya. "Pada masa yang sama, DYMM Tuanku Sultan telah menurunkan kuasanya pada saya untuk melantik ahli baharu MMKN. Baginda Sultan juga menasihatkan saya agar menjalankan tanggungjawab ini dengan bijaksana tanpa dipengaruhi dari mana-mana pihak," kata Abdul Khalid. Sebelum ini, PAS di dalam mesyuarat yang diadakan pada 8 Januari lepas telah memecat keahlian Hasan sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta. Keputusan itu dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan Hasan yang menyalahi dan merugikan kepentingan PAS sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS. Hasan telah menimbulkan pelbagai kontroversi di dalam PAS dan Pakatan Rakyat apabila mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan pendirian parti serta gagasan itu. tvsnews

Share:

6 ulasan:

  1. Pas pecat HA sebab nak jaga hati DAP ngan Keadilan.

    BalasPadam
  2. Bagilah jawatan tu kat adun PKR

    BalasPadam
  3. HASSAN ALI KENAPA SEMAKIN MEROYAN DENGAN MENUDUH ANWAR PELOPOR HOMOSEKS DAN ANWAR PENGGALAK HOMOSEKS NEGARA. HASSAN GUNA FATWA APA YG MEMBOLEHKAN KAMU MENUDUH 100% ANWAR MEMANG HOMOSEKS. APAKAH AGAMA ANUTAN HASSAN TERNYATA TERLALU MENGIKUT KATA HATI EMOSI TENANG BERSAMA PAS NAMUN MENCARI LEMBAYUNG PANAS RANTING RAPUH TEMPAT BERTEDUH DIMANA ASAS PEGANGAN KAMU JIKA HABUAN DUNIA YG DICARI TERNYATA KAMU HARUS MEMILIH KAUM YG SESUAI IAITU UMNO YANG AKAN MEREALISASIKANN IMPIAN KAMU BG MENGUMPUL HARTA DUNIA NAMUN TERNYATA KAMU MASIH PUNYA BYK HUTANG YG MASIH BELUM TERLUNAS...

    JIKA TERLAJAK JAUH KEMBALI KE PANGKAL JALAN JGN TERUS MENUJU GAUNG MAUT YG KELAK TIDAK MEMBERI APA APA BARAKAH SEBUAH KEHIDUPAN

    BalasPadam
  4. PAKAR ROTI-BASI NI DAH NYANYOK KOT..
    KENA BUANG DR PAS DAH MELENTING, DIRI SENDIRI SAPE NAK MOTIVATE ??
    ..TAK CAYA LA KALU, ANWAR BARU LEPAS SIKSA LIWAT, TIBA2 SOKONG GAY...?? LU CAYA KE..??
    MANUSIA KADANG2 SUKA BUAT CERITA2 YG DIAMBIL DR KUNCO2 JAHAT.. INI MASALAHNYA. ADA MASA NANTI, AKU PASTI HASSAN JUMPA AKU, UNTUK MOTI-VASI DIRINYA DRP. ROTI-BASI.. INSYAALLAH...!!!

    BalasPadam
  5. Mari kita sama-sama pangkah PR. Hanya PR je boleh settle masalah kita. Pasni pasti kita tak payah fikir nak bayar cukai tanah, cukai pintu dan segala macam jenis cukai. Parking tak payah bayar, boleh taruk mana suka. Sampah boleh buang mana suka sebab takdak orang berani saman. Api, air, road tax, ptpn, tol, sekolah anak semuanya free belaka. Mana-mana yang ada saman dan waran mahkamah masa BN perintah, automatik terbatal. Kilang-kilang haram atau tak haram yang berbahaya sama-sama kita tutup. Semua kerajaan PR boleh tanggung semuanya. Barulah negara kebajikan namanya. Fuyoh...seronoknya!!!! Dah tok sabor nok tunggu PRU13 ni.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Ambil Keterangan Rakan Serumah Bagi Membantu Siasatan Kes Seorang Penuntut Wanita Maut Dibunuh Teman Lelaki Di Kuantan

KUANTAN: Polis mengambil keterangan tiga individu bagi membantu siasatan kes seorang penuntut wanita maut dipercayai dibunuh teman lelakinya...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.