script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Muhyiddin: Kerajaan Tak Perlu Wujudkan Badan Lain Kendali Pilihanraya Kononnya SPR Itu Telus

KANGAR 14 Jan - Kerajaan tidak perlu mewujudkan sebuah badan lain untuk mengendalikan pilihan raya memandangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah terbukti mampu mengendalikan pilihan raya dengan baik, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin (foto). Timbalan Perdana Menteri berkata, SPR adalah sebuah badan bebas yang ditubuhkan di bawah Parlimen dan sebuah jawatankuasa pilihan khas parlimen telah pun ditubuhkan bagi menambah baik sistem pilihan raya sedia ada. Beliau berkata demikian sebagai mengulas saranan bekas pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman supaya kerajaan memberi kebebasan sepenuhnya kepada suruhanjaya itu untuk melaksanakan tanggungjawabnya tanpa berkongsi kuasa dengan mana-mana agensi. Akhbar tempatan memetik Abdul Rashid sebagai berkata kerajaan juga disarankan mewujudkan sebuah badan bebas bagi memastikan pilihan raya dapat memuaskan hati semua pihak. Muhyiddin berkata, beliau tidak pasti maksud sebenar Abdul Rashid itu tetapi kerajaan bersedia untuk menerima sebarang cadangan dan mempertimbangkanny. Kerajaan tidak nampak adanya keperluan untuk tubuhkan sebuah badan khas yang dimaksudkan itu kerana semuanya telah berjalan dengan betul dan cadangan penubuhan jawatankuasa pilihan khas parlimen itu telah pun diteliti Suruhanjaya Pilihan Raya.

[Kenyataan Muhyiddin ini sebenarnya tidak berpijak di bumi yang nyata. Mengatakan SPR itu adil dan telus menggambarkan betapa rosaknya pemikiran Timbalan Perdana Menteri Malaysia dari negeri Johor itu sebenarnya. Ini kerana, bukan sahaja rakyat yang menyokong pembangkang melihat pilihanraya di negara ini dijalankan secara "berat sebelah", malahan ramai juga para penyokong UMNO BN yang bersetuju dengan realiti itu. Tindakan jahat pemerintah mengawal SPR untuk memastikan mereka terus berkuasa adalah satu jenayah pilihanraya yang cukup dahsyat dalam sejarah peradaban amalan demokrasi di dunia ini. Kerajaan UMNO BN yang sudah tidak lagi menjadi "kerajaan" ketika parlimen dibubarkan masih terus menjaja dan menggunakan segala jentera awam untuk kegunaan mereka sahaja. Malah, penggunaan media elektronik juga dikuasai oleh mereka untuk berkempen habis-habisan bagi memastikan rakyat menyokong UMNO BN. Menteri-menteri yang sepatutnya sudah tidak ada kuasa, masih lagi menawarkan berbagai janji pembangunan dan menjalankan tugas seperti sediada tanpa rasa malu dan segan. Jika ini keadaannya, apa guna SPR membubarkan parlimen untuk membolehkan pilihanraya diadakan. Inilah yang berlaku sejak dulu kini dan selamanya. Oleh itu badan bebas diperlukan untuk memantau semua ini. Muhyiddin tidak perlu takut jika mereka berada di pihak yang benar].

Share:

14 ulasan:

  1. Dalam rangking antara bangsa, SPR Malaysia berada dalam kumpulan teratas dari segi ketelusan (kebebasan dan kebolehpercayaan). SPR menjadi 'tidak telus' apabila ada pihak yang tidak mengakui hakikat dan fakta akan kelemahan sendiri atau dalam ertikata lain, SPR hanya dilihat telus apabila keputusan sesuatu pilihanraya itu memihak kepadanya. Munbgkin pihak ini berpendapat bahawa SPR seharusnya dan sepatutnya bertindak atau melakukan sesuatu biar semuanya berjalan sesuai dengan 'selera' mereka. Kehendak da sensitiviti majoriti rakyat (pengundi) itu bukan persoalan utama.

    BalasPadam
  2. MANA ADA PILIHANRAYA DI ASEAN NI TELUS..POOOORAH!!!
    FILIFINA, THAI,INDON, MYNMAR SEMUA PM NYA KENA DAKWA..!! POOORAH...!!! CAKAP TAK SERUPA BIKIN.
    TENGOK DAN KAJI POLITIK ASEAN SIKIT, WAHAI RAKYAT MALAYSIA. JANGAN SERUPA RAKYAT ASLI JE..
    POLITIK DEPA LAGI TELUS...PM/PRESIDEN MEREKA PUN KENA JEL/PENJARA/DAKWA DIMAHKAMAH JIKA ADA ORDER...
    MACAM KES LEMBU..
    KES SCORPION...KERETA KEBAL, BINOCULARS,KOMPUTER..
    MACAM2 LAGI KES LA.. SONYAP JE JANG..!!!
    ALTANTUYA..

    BalasPadam
  3. Susahlah bila rakyat boleh terima rasuah, penyelewengan sebagai perkara biasa. SPR INI KENA PANTAU PENGARAH DAN PEGAWAI2 DIA. LAPURAN TENTANG PRESTASI MEREKA INI KENA ADA PIHAK YANG PANTAU. INI UMPAMA PENGADIL PETANDINGAN BOLASEPAK DUNIA YANG KAWAL TINGKAHLAKU PENGADIL ADALAH FIFA. YANG KAWAL TINGKAH TINGKAHLAKU SPR DI MALAYSIA SIAPA? KALAU BN YG KAWAL JADI Macam wrestling WWE lah jawabnya.

    BalasPadam
  4. Teluskah SPR kalau bersekongkol dgn UMNO untuk membuat persempadanan semula pilihanraya demi memastikan Najib menang di Parlimen Pekan? Sampai kem batu 10 Kuantan pun masuk Parlimen Pekan...
    Telus ke? Telus taik lembu UMNO!

    BalasPadam
  5. Anon Sunday, January 15, 2012 12:10:00 PM ini agaknya terlupa makan ubat atau terlebih dos? Atau terlalu banyak minum susu sapi yang tercemar virus DAPIG? Orang tak hairan, diulang TAK HAIRAN kalau sekiranya Nik Aziz atau Anwar Ibrahim disambar atau dipanah petir murka Allah, Pakatan akan bingkas menuduh OH BN TELAH BERSEKONGKOL DENGAN PETIR!

    BalasPadam
  6. anon Saturday, January 14, 2012 10:35:00 PM
    Kerajaan UMNO BN yang sudah tidak lagi menjadi "kerajaan" ketika parlimen dibubarkan masih terus menjaja dan menggunakan segala jentera awam untuk kegunaan mereka sahaja. Malah, penggunaan media elektronik juga dikuasai oleh mereka untuk berkempen habis-habisan bagi memastikan rakyat menyokong UMNO BN. Menteri-menteri yang sepatutnya sudah tidak ada kuasa, masih lagi menawarkan berbagai janji pembangunan dan menjalankan tugas seperti sediada tanpa rasa malu dan segan.INIKAH YANG DKATAKAN TELUS?

    BalasPadam
  7. Anwar tidak boleh dipercayai


    KUALA LUMPUR 15 Jan. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baru dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya dianggap sebagai pemimpin yang tidak boleh dipercayai walaupun beliau terselamat daripada hukuman penjara.

    Menariknya, label itu diberikan majalah antarabangsa, The Economist dan bukan datang daripada pemimpin UMNO mahu pun Barisan Nasional (BN) yang selama ini sering dituduh sebagai pihak yang berkonspirasi ke atas pertuduhan liwat tersebut.

    Menurut The Economist, walaupun Anwar seorang pemimpin yang berkarisma dan memiliki kehebatan sebagai pemidato, tetapi imej serta reputasinya sebagai ketua pembangkang tercemar khususnya dalam kalangan generasi muda di negara ini.

    "Bagaimana keputusan (mahkamah) itu akan memberi kesan kepada politik Malaysia? Dalam jangka pendek, kemenangan (pembebasan) Anwar sudah tentu memberi rangsangan sangat diperlukan kepada pakatan pembangkang yang diketuainya.

    "Namun, untuk jangka masa panjang belum jelas. Reputasinya tercemar dan beliau seorang pemimpin yang tidak boleh dipercayai khususnya bagi generasi muda Malaysia," kata majalah tersebut sebagaimana dipetik dari laman webnya, http://www.economist.com hari ini.

    Isnin lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar selepas Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah mendapati tiada bukti kukuh bagi menyokong keterangan Mohd. Saiful Bukhari Azlan selain tidak selamat untuk bergantung kepada bukti asid deoksiribonukleik (DNA).

    Pembebasan itu disambut baik oleh beberapa pihak yang cenderung menyokong kebebasan hak kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) termasuk sebuah pertubuhan homoseksual dari Filipina, Organisasi Progresif Gay Filipina (ProGay).

    Malah, Anwar sendiri tidak terkecuali bercakap mengenai homoseksual apabila mempertikai undang-undang berkaitan perkara itu di Malaysia yang disifatkannya sebagai sudah lapuk dan tidak relevan ketika menjawab soalan wartawan agensi berita antarabangsa, BBC.

    Dalam pada itu, The Economist menambah, ketua pembangkang itu juga gagal membawa pemodenan dalam politik apabila PKR yang diterajuinya dipenuhi ahli keluarga sendiri selain pelbagai masalah dalaman meskipun beliau sering kali melaungkan reformasi.

    "Pembangkang di Malaysia kini terperangkap dengan (moral) Anwar sebagai pemimpin (selepas dibebaskan mahkamah). Anwar mungkin masih popular bagi sesetengah pihak, tetapi dia juga kini terlalu lemah untuk menumbangkan BN," dakwa majalah itu lagi.

    BalasPadam
  8. 4 TAHUN SEKALI KITA PILIH PEMERINTAH... APA SUSAH SANGAT KE..
    TAK ELOK BUANG SAJA...
    AMERIKA PUN ADA 2 PARTI.. PILIHN JE SALAH SATU...SENANG JE..
    JANGAN SUSAH2KAN DIRI ANDA...

    BalasPadam
  9. Bravo Anon Monday, January 16, 2012 10:57:00...
    JANGAN SUSAH2KAN DIRI ANDA dengan membuang masa menyokong mengkhinzir buta PKR(Parti Kelentong Rakyat) dan Selebriti Murahan Anwar Bin Ibrahim.

    BalasPadam
  10. JANGAN LIBATKAN PKR (PR)DGN. ANWAR IBRAHIM. BUKAN ANWAR SAJA BOLEH PERINTAH MALAYSIA INI.
    SILA TUAN2 PILIH.
    1. HAJI HADI
    2. NIK AZIZ
    3. NIZAR JAMALUDDIN
    4. HUSAM MUSA.
    ...TAK SENARAI PUN ANWAR IBRAHIM...

    BalasPadam
  11. Siapa pun layak jadi PM asalkan bininya tak macam Rosmah.

    Rosmah ternyata dibenci jutaan rakyat Malaysia sampai kat Stadium Putra Bukit Jalil semalam pun kena boo oleh ribuan penonton badminton. Huhu... pucat muka.

    BalasPadam
  12. Anwar bukan saja dibenci oleh majoriti rakyat Malaysia (pengundi), tetapi juga dilaknat oleh Allah Swt.

    BalasPadam
  13. ....dari petaling jaya utaraRabu, Januari 18, 2012 10:10:00 PG

    hakkkk tuih.....

    BalasPadam
  14. Mari kita sama-sama pangkah PR. Hanya PR je boleh settle masalah kita. Pasni pasti kita tak payah bayar cukai tanah, cukai pintu dan segala macam jenis cukai. Parking tak payah bayar, boleh taruk mana suka. Sampah boleh buang mana suka sebab takdak orang berani saman. Api, air, road tax, ptpn, tol, sekolah anak semuanya free. Mana-mana yang ada saman masa BN perintah, automatik terbatal. Semua kerajaan PR tanggung. Fuyoh...seronoknya!!!! Dah tok sabor nok tunggu PRU13 ni.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Ambil Keterangan Rakan Serumah Bagi Membantu Siasatan Kes Seorang Penuntut Wanita Maut Dibunuh Teman Lelaki Di Kuantan

KUANTAN: Polis mengambil keterangan tiga individu bagi membantu siasatan kes seorang penuntut wanita maut dipercayai dibunuh teman lelakinya...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.