KUALA LUMPUR, 26 Jan - Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) hari ini mendedahkan isi perjanjian yang dibuat antara Felda Global Ventures Holdings (FGVH) bersama Felda Holdings untuk ditandatangani oleh Menteri Besar di setiap negeri yang antara lainnya bertujuan untuk pajakan tanah peneroka. Pengerusinya, Mazlan Aliman (foto) berkata, pendedahan dibuat berikutan suara mereka sebelum ini tidak diendahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak apabila Anak menyarankan supaya mempertimbangkan semula usaha penyenaraian FGHV di Bursa Malaysia. Tegasnya, penyenaraian tersebut tidak menguntungkan warga Felda sebaliknya akan memberi keuntungan kepada mereka yang berkepentingan. "Perbincangan seolah-olah ditutup oleh pihak kerajaan dan mereka seolah-olah bersungguh-sungguh nak membuat penyenaraian yang bagi kami ini sesuatu yang tak boleh diterima sama sekali. “Jadi memandangkan kami telah memberi masa secukupnya pada kerajaan untuk timbang pandangan kami, maka kami akan membuat pendedahan mengenai apakah sebenarnya agenda di sebalik penyenaraian ini," katanya pada satu sidang media hari ini. Pada 15 Januari lalu, Najib meminta peneroka Felda supaya tidak percaya dengan hasutan pihak pembangkang kononnya cadangan kerajaan menyenaraikan FGVH di Bursa Malaysia akan merugikan peneroka tanah rancangan itu. Perdana Menteri berkata, peneroka tidak perlu berasa bimbang dan jangan percaya dengan hasutan pihak pembangkang yang mengatakan bahawa penyenaraian itu akan merugikan mereka. "Jangan bimbang kerana ia tidak merugikan tapi memberi keuntungan besar kepada penduduk Felda. "Itu semua hasutan dan mainan politik... mereka (pembangkang) gusar kita mampu buat macam-macam sebab ia akan mendapat sambutan masyarakat Felda," tambahnya lagi.
[Pendedahan Mazlan Aliman ini cukup menggemparkan dan wajar diberi perhatian oleh semua masyarakat peneroka Felda. Mereka harus sedar, sampai bilakah mereka mahu menjadi "hamba di tanah sendiri". Geran sudah diperolehi tetapi "tuan tanah" masih tidak punyai kuasa untuk menguruskan tanah mereka sendiri. Inilah yang berlaku kepada peneroka Felda. Mereka harus ingat, bahawa Felda bukanlah "tuan tanah" dan mereka sudah diberi upah dan bayaran untuk membangunkan tanah-tanah terbabit. Majoriti peneroka sudah melunaskan hutang masing-masing dan mereka punyai hak untuk menguruskan tanah mereka sendiri. Tidak perlu akta atau syarat-syarat lain untuk menghalang mereka. Ini kerana, tanah yang diperolehi itu bukanlah percuma dan mereka telah membayar segala usaha Felda itu sejak sekian lama. Kenapa perlu dipajak semua kepada Felda, dimana untung akan diperolehi oleh agensi terbabit sedangkan mereka akan makan kulitnya sahaja. Oleh itu, sedarlah bahawa kini sudah tiba masa untuk berubah. Usahlah terus terpedaya dengan taktik Felda yang cuba mengaburi mata peneroka kononnya membawa agensi itu ke Bursa Malaysia akan menguntung mereka. Walhal, ada agenda tersembunyi pihak tertentu yang mengaut untung besar atas semua ini].

org felda dulu mungkin terkebelakang, mudah dipengaruhi pembesar2 kala itu, tapi hari ini anak2 mereka sudah jadi orang2 pintar, berpendidikan, berkerjaya dan ada pendirian masing2. mana mungkin anak2 peneroka ini mahu biarkan saja org tua mereka diperbodoh2kan.
BalasPadamvote for anything but barisan nasional!
BalasPadamanak2 felda skrg ada yg bodo,xknang jasa sbb trpengaruh ngan mazlan aliman...mazlan ni anak tiri peneroka je yg bnk hutang kt kg dia tp skrg dh kaya raya sbb mkn persen dr lowyer yg saman felda...emmmm benggong2 yg trikut mazlan anak gampang ni..
BalasPadamKEPADA "ANAK" PAHANG.. INGAT INI..!!
BalasPadamKOPERASI "KOSMA-PAHANG" MERUPAKAN TOP FIVE (5), KOPERASI TERBAIK/ TERUNTONG DI MALAYSIA. BOLEH BERI DIVIDEN HINGGA 30%. 80% PEGANGAN MELAYU,
HASIL KELAPA SAWIT JUGAK..
SEWAKTU "ARWAH DATO' HJ.NASIR" JADI PENGERUSI, "KOSMA" TELAH SIAP SEDIA UNTUK KE "BSKL"... DATO NAN/MB SENDIRI YG. BANGKANG... BACA SEJARAH!!
SEKARANG "KOSMA" DIURUS TADBIR DENGAN BAIK, AHLI MENDAPAT "FAEDAH"
-YG AMAT2 TERBAIK SEKALI..AMIN!!
..SOALNYA, JANGAN TIBA2 TOK NAN SOKONG PULAK FELDA INI DIKORPORATKAN.. MISTI ADA APA2..??
FIKIR-FIKIRKAN LAH....
SEBELUM MEREKA DIPENCENKAN..