script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: 'Bekas Pengerusi' Dedah Ada Pihak Halang SPR Laksanakan Sistem Dakwat Kekal Pada PRU12

KOTA BHARU, 13 Jan - "Saya dah nak buat pada pilihan raya umum lalu, namun ada pihak yang halang,” kata bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman (foto) mengulas cadangan menggunakan dakwat pada pilihan raya umum akan datang. Kata beliau kalau kerajaan hendak buat sekarang elok benarlah kerana cadangan itu sudah cuba dilakukan SPR pada pilihan raya umum lepas namun ada halangan tertentu. Isu penggunaan dakwat menghangatkan Wacana Perdana anjuran kerajaan negeri di Kelantan Trade Centre (KTC) malam tadi apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nazri Abdul Aziz cuba berdalih setelah pekungnya didedah Abdul Rashid. Menteri yang menjaga Hal Ehwal parlimen itu bersama anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa juga bertindak sebagai ahli panel pada wacana siri ke-9 terbabit. Prof Madya Datuk Dr Muhamad Agus Yusof dari UKM bertindak sebagai moderator. Dewan konvensyen penuh sesak dengan kehadiran orang ramai termasuk dari luar Kelantan. Pihak penganjur, Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri terpaksa memasang layar di luar dewan, menyebabkan orang ramai melimpah ke jalan raya. Hadir sama anggota Exco Kerajaan Negeri, Dr Muhammad Fadzli Hassan dan anggota Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah. Nazri menyebut ketika itu kerajaan tidak dapat melaksanakan penggunaan dakwat pada hari mengundi kerana ada percanggahan dengan perlembagaan dan ada pihak yang menganggap sebagai meragukan. Sebaliknya, Abdul Rashid mempertahankan hujah penggunaan dakwat pada jari pengundi tidak perlu kepada pindaan perlembagaan, dan ia sekadar melibatkan peraturan di peringkat SPR sahaja. “Sama seperti arahan setiap pengundi perlu menunjukkan kad pengenalan sebelum diberi kertas undi. Syarat itu hanya peraturan di peringkat SPR sahaja dan tidak perlulah kepada pindaan perlembagaan,” tambah beliau lagi.


Pendedahan Tan Sri Rashid ini membuktikan penipuan dan penyelewengan
kononnya ada pihak tertentu yang cuba memanipulasi isu dakwat kekal

Malah Husam mengambil peluang mencelah dengan menjelaskan JAKIM sudah mengeluarkan kenyataan dakwat boleh digunakan pada hari mengundi sejak 2007 lagi. Abdul Rashid juga seakan-akan meluah rasa kecewa memandangkan SPR tidak diberi kuasa penuh bagi mengendalikan pilihan raya secara lebih berkesan, sambil menyifatkan apa yang cuba dilakukan kerajaan sekarang sekadar merubah di bahagian ekor dan bukannya kepala. “Kepala tidak disentuh hanya ekor sahaja disentuh melalui Jawatankuasa Penambahbaikan Pilihan Raya. Sepatutnya perubahan perlu dibuat secara lebih menyeluruh. Perubahan perlu kepada political will. “Apa yang perlu diubah macam tidak disentuh. Sepatutnya kita perdalamkan perbincangan mengenai demokrasi itu sendiri. SPR sejak 1959 hanya berkongsi kuasa dengan pihak lain dan tidak mempunyai kuasa penuh. “SPR berkongsi kuasa dengan pihak polis, Jabatan Penerangan dan jabatan lain lagi. Kuasa yang ada pada SPR tidak kuat,” ujarnya mendapat sokongan hadirin.

Share:

5 ulasan:

  1. MEMANG DAH PERANGAI PELAKNAT2 MALAYSIA NI..
    BILA DAH DAH BERHENTI KERJA BARU NAK BERKOKOK.. SBB TEMBOLOK DAH PENUH MAKAN SAMPAH DAN TAHIK.
    MASA DOK KERJA ,MULUT PENUH NAJIS PERASUAH, PENGAMPU, UNTUK MENGISI TEMBOLOK...
    DAH BERHENTI.. TAMPIL AMBIL SIMPATI, TERTEKAN,TERPAKSA KONONYA.. PORAHH.!!
    DASAR PENIPU DAN PEMBELIT... KALU KAT INDON KE, FILIPINE KE, THAI KE, LAMA DAH DISUMBAT KAT PENJARA... DEPA LAGI DEMOKRASI DAN TELUS.. PORAHHH!!!
    KALAU JIRAN SEBELAH RUMAH AKU, LAMA DAH AKU TENDANG BONTOTNYA... PORAHHHH!!! DASAR MELAYU ISRAEL..

    BalasPadam
  2. Apakah dengan menggunakan dakwat kekal tidak boleh tipu........????tak ada ke bahan kimia yang boleh menghilangkan dakwat tersebut????lepas mengundi celup bahan kimia tangan jadi bersih balek....kemudian undi tempat lain?????tak mustahilllllll....orang kalu nak menipu apa cara dia buat........

    BalasPadam
  3. mangkok hayun betul si Rashid ni.....buang tebiat ke !!! Masa jdi Pengerusi SPR dulu cakap bergegar gegar.....saolah olah SPR tu betul dan benar demokratik dlm menjalankan urusan P/raya.Rupanye.........SPR ni barua dan budak suruhan.Buat malu kat dunia luar aje......SPR MALAYSIA rupa nya penjilat.Rashid kena minta maaf pada PAKATAN dan mohon keamponan dari ALLAH atas kerja kerja jahat tu

    BalasPadam
  4. Macam polis pencen...baru nak terhegeh hegeh tunjuk baik... tunjukan perihatin pada isu masyarakat, masa berkuasa sombong, perasuah, kaki pukul... bukan semua tapi hampir kesemua...boleh faham ler ayat ni kan.

    BalasPadam
  5. WOI RASHID,TOLONG DEDAH NAMA ORANG YANG HALANG TU-MU NI MMG JENIS MELAYU HAPRAK,TUIIII....

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Ambil Keterangan Rakan Serumah Bagi Membantu Siasatan Kes Seorang Penuntut Wanita Maut Dibunuh Teman Lelaki Di Kuantan

KUANTAN: Polis mengambil keterangan tiga individu bagi membantu siasatan kes seorang penuntut wanita maut dipercayai dibunuh teman lelakinya...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.