KUANTAN, 31 Jan - Pengkorporatan Jabatan Bekalan Air Pahang (JBAP) akan tetap dilakukan mengikut jadual kerana ia membawa banyak manfaat kepada warga kerja jabatan itu. Menteri Besar, Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) menjelaskan, pengkorporatan JBAP kepada Perbadanan Air Pahang (PAIP) telah dikaji secara teliti dan bukan diswastakan seperti diwar-warkan oleh sesetengah pihak. Beliau berkata, kalangan pegawai dan kakitangan terbabit salah faham tentang perkara itu kerana menganggap jabatan berkenaan telah diswastakan. “Justeru, saya bersama dengan JBAP akan mengadakan penerangan dalam tempoh terdekat tentang relevannya pengkorporatan jabatan itu. “Ia tidak membawa kerugian kepada mereka malah perkhidmatan yang ditawarkan lebih baik berbanding sebelum ini,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Penyampaian Beg dan Pakaian Sekolah oleh Yayasan Pahang di sini semalam. Adnan berkata demikian sebagai mengulas gesaan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Omar Osman yag mahukan kerajaan negeri menangguhkan pengkorporatan jabatan tersebut. Menurut Omar, warga kerja jabatan terbabit tidak memperoleh maklumat berkaitan terma dan syarat pengkorporatan tersebut sama ada ia menambah baik perkhidmatan mereka atau sebaliknya. Adnan memberitahu, kerajaan tidak akan membuat sesuatu perkara yang boleh menyusahkan rakyat kerana ia memberi kesan tertentu kepada mereka. Katanya, langkah itu adalah melepaskan hutang yang ditanggung kerajaan supaya perkhidmatan PAIP akan bertambah baik pada masa akan datang. “Kita juga memperuntukkan sebanyak RM50 juta kepada Paip bagi tempoh lima tahun untuk memperbaiki perkhidmatan mereka,” jelasnya. Justeru, beliau meminta pegawai dan kakitangan terbabit tidak termakan hasutan pihak tertentu khususnya pembangkang yang sering mencari kelemahan sehingga menangguhkan pelaksanaan sesuatu dasar demi kebaikan mereka.
[Tindakan Kerajaan Negeri Pahang untuk meneruskan juga pengkorpratan JBA ini jelas sekali sesuatu yang amat mengecewakan rakyat sebenarnya. Tambahan pula dikala isu air dan berbagai masalah yang masih membebankan rakyat yang masih belum diselesaikan lagi. Adalah lebih baik duit RM50 juta yang diperuntukkan untuk tujuan tersebut digunakan bagi membaik pulih masalah air yang masih menghantui sebahagian besar rakyat Pahang ini. Makanya, tidak perlu pengswastaan, sedangkan masalah pokok masih belum selesai. Tiba-tiba mahu dibebankan rakyat dengan isu ini. Bukti jelas menunjukkan bila mana kerajaan mengswastakan kemudahan awam maka harganya akan melambung-lambung naik. Tidak perlulah berjanji itu ini dan sebagainya, sedangkan rakyat lebih tahu hakikat yang akan terjadi nanti. Usahlah cuba mengaburi mata rakyat lagi].






KENAPA BERIA2 SANGAT TOK NAN NAK KORPORAT NI..?? DAH FIKIR HABIS KE..?? ATAU TEKANAN PIHAK2 TERTENTU YG ADA UDANG SEBALIK BATU..??
BalasPadamKENAPA PERLU NYA BAGI RM50JUTA KPD. PAIP (FREE KE?).. KENAPA RM50JUTA TAK DINAIK TARAF PAIP AIR SEBELUM INI??
RAKYAT LAGI SENANG, XDE MASALAH AIR -
SENANG BANYAK LA "CEO PAIP" NANTI, DAH LA GAJI MAHAL, MASALAH AIR XSELESAI?? KAMPUS "UMP" PEKAN, APE CITE?? XDE AIR MEMANJANG...
JANGAN IKUT CARA "NFC LEMBU" DAH BAGI rm250JUTA,KONON SUPPLY DAGING UTK RAKYAT, LEMBU ENTAH KEMANA, DUIT JOLY SAKAN?? KAT KUANTAN NI PUN BELI DAGING INDIA BANYAK, TAKDE DAGING JOHORE....hehehe
Jangan jadi saudara kamu TELEKOM....dengar serba serbi besar....terus sain...bila pencen dapat RM100.00 nak makan apa..../mana ada naik...mana ada peduli hingga hari ini....terpaksa cari kerja lain...merompak,mencuri,menipu....!sebab tak cukup....tanyalah mana yang dah pencen....mula swasta bonus...ada...sekarang mana ada....kerajaan pulak ada Bonus....biar dalam kerajaan....!
BalasPadam