script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Gara-Gara Tidak Selari Dengan Aspirasi Kerajaan, UIAM "Tarik Gelaran Profesor" Dari Dr.Aziz Bari !

KUALA LUMPUR, 31 Jan - Apa sudah jadi dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) agaknya?. Nampak benar UIAM kini sudah menjadi alat "UMNO Barisan Nasional" dalam menentukan sebarang tindakan kepada mana-mana pihak terutamanya kakitangan mereka yang dilihat tidak selari dengan aspirasi kerajaan. Lantaran itulah kita dapat melihat mereka ini akhirnya terpaksa akur dengan arahan pihak penguasa yang cuba untuk menggunakan pengaruh mereka. Selepas beberapa tindakan dilakukan terhadap universiti terbabit, Dr.Abdul Aziz Bari (foto) pula ditarik gelaran "profesor" oleh UIAM. Beliau tidak boleh lagi menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik setelah beliau menamatkan perkhidmatan dengan institusi pengajian tinggi itu. Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat UIAM, Abdul Rahim Ahmad berkata, sebarang aktiviti Abdul Aziz selepas ini juga tiada kaitan dengan universiti itu, lapor Utusan Malaysia. Namun katanya, Abdul Aziz masih boleh menggunakan status profesor jika ada universiti lain melantiknya ke jawatan itu. ''Pensyarah yang tamat perkhidmatan dari mana-mana institusi pengajian tinggi awam, tidak boleh menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik. ''Dengan penjelasan ini, saya harap, semua pihak dapat mengetahui gambaran sebenar tentang Abdul Aziz dan berharap sebarang aktiviti beliau selepas ini tiada kaitan dengan UIAM," kata beliau. Abdul Rahim berkata demikian dalam kenyataan akhbar bagi mengulas pertanyaan pembaca Jumaat lalu yang ingin tahu bidang pengkhususan dan siapakah yang beri pengikhtirafan kepada Dr.Aziz Bari sebagai pakar undang-undang serta perlembagaan.

[Apa yang menarik dalam isu ini ialah betapa rendahnya standard Utusan Malaysia bilamana terpaksa menjawab soalan bodoh yang dikemukakan oleh entah sesiapa tentang hal Dr.Aziz Bari itu pakar undang-undang dan perlembagaan. Sebenarnya yang menulis soalan itu adalah wartawan akhbar terbabit sendiri, bagi menimbulkan isu. Maka itu, sepatutnya mereka ini perlu faham bahawa Dr.Aziz Bari diiktiraf oleh rakyat sebagai pakar kerana dia sudah lebih 22 tahun mengajar bab itu di UIAM. Malah, sudah ribuan pengamal undang-undang yang dilahirkan oleh beliau selama ini. Kerajaan juga banyak merujuk hak undang-undang dan perlembagaan darinya. Cuma, apa yang menjadi masalah ialah bila dia mengeluarkan pendapat dan kenyataan yang tidak selari dengan aspirasi kerajaan akhirnya dia akan dituduh dengan bermacam-macam tuduhan. Inilah yang berlaku, namun majoriti rakyat tetap menganggap beliau adalah pakar].
Share:

3 ulasan:

  1. Jawatan profesof macam guru besar atau GPK. Klu dah berhenti tertanggal lah. Ia tak sama dgn gelaran DR PHD.

    BalasPadam
  2. Tak betul...ada prof yang berhijrah ke luar negara tetapi dengan izin..maka terpakailah title tersebut. Beliau masih dipanggil sebagai Prof. Yg Guru Besar...dah pencen org panggil cikgu je..takkan nak suruh org panggil Cikgu Besar jugak kot.

    BalasPadam
  3. Salam, berdasarkan penerbitan dan aktiviti akademik beliau masih di tahap professor. Cuma secara rasmi sahaja tiada. Kalau dia jadi pensyarah di tempat lain, gelaran Prof itu diberi semula. Jawatan guru tak sama dengan jawatan pensyarah serta tiada contoh. Ia tidak boleh disamakan.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Ambil Keterangan Rakan Serumah Bagi Membantu Siasatan Kes Seorang Penuntut Wanita Maut Dibunuh Teman Lelaki Di Kuantan

KUANTAN: Polis mengambil keterangan tiga individu bagi membantu siasatan kes seorang penuntut wanita maut dipercayai dibunuh teman lelakinya...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.