script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: GPMS Pahang Bacul, Sanggup Tolak Debat Isu Lynas Antara Menteri Besar Dan Fuziah Salleh

KUANTAN, 22 Jan - Ramai pihak yang terkejut dengan kenyataan Yang DiPertua, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Pahang iaitu Wan Emril Nizam Wan Embong (foto) yang mahu debat isu Lynas antara Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob dengan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dibatalkan. Beliau berkata bagi membantah hasrat MB Pahang untuk berdebat secara terbuka dengan Fuziah dalam isu tersebut. Persoalan yang timbul, kenapakah debat itu harus dibatalkan sedangkan ia adalah ruang terbuka untuk kedua-dua pihak mengeluarkan dan mempertahankan hujjah masing-masing agar dinilai oleh rakyat. Kenyataan Wan Emril kononnya perjumpaan "Town Hall" itu akan dijadikan landasan untuk menghentam dan memburukkan kerajaan seperti yang berlaku sebelum ini. Malah, katanya yang dipetik dari akhbar Sinar Harian hari ini (22 Jan) dengan jelas mengatakan perjumpaan bersama sebelum ini telah dijadikan platform untuk pembangkang menyelar rancangan kerajaan. Kononnya, berbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan untuk meyakinkan rakyat bahawa projek Lynas tidak berbahaya seperti yang digembar-gemburkan selama ini. Maka itu, beliau takut kerajaan dimalukan sekali lagi oleh pembangkang andai debat itu dilakukan. Persoalan yang perlu ditanya kepada Wan Emril ialah jika benar kerajaan telah menyakinkan rakyat kenapa perlu takut untuk berhadapan secara "anak jantan" di pentas terbuka (debat). Malah, rakyat juga ada hak untuk mempertikaikan "projek berisiko" yang dibawa masuk oleh kerajaan melalui "pintu belakang". Tidak timbul soal tidak percaya atau tidak, kerana memang sudah menjadi tradisi pemimpin kerajaan UMNO BN akan mengambil komisyen "under table" sebelum meluluskan apa jua projek sekali pun. Malah, dalam permohonan kawasan balak, lombong, tanah dan sebagainya ternyata memang ramai yang mengetahui terpaksa memberi habuan tertentu kepada pihak yang berkenaan jika mahu permohonan diangkat dan diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) yang dipimpin oleh Menteri Besar Pahang. Itu belum lagi termasuk habuan lumayan untuk ahli majlis itu sendiri sebelum projek disokong.


Bukti, kenyataan Wan Emril di Sinar Harian tentang isu ini

Wan Emril sepatutnya tahu semua ini dan ia memang menjadi amalan "dulu, kini dan selamanya" oleh kerajaan UMNO BN. Maka itulah, rakyat berhak mempertikaikan projek Lynas kerana kemasukannya mencurigakan dan penuh dengan kontroversi. Tidak timbul soal pembankang atau sebaliknya, kerana ramai juga penyokong BN terutamanya dari parti MCA yang turut membantah projek Lynas. Maka beliau harus sedar, isu Lynas bukanlah politik tetapi isu rakyat Kuantan secara umumnya. Tidak perlu takut dengan "debat" yang bakal diadakan kerana ia dianjurkan oleh pihak yang profesional dan telah banyak menganjurkan debat seperti itu selama ini iaitu Sinar Harian. Tidak timbul juga soal kecoh atau tidak kerana, penganjur berhak membatalkan debat itu jika berlaku kekecohan. Malah, Sinar Harian dilihat lebih telus dan terbuka dalam bidang ini. Maka, tidak perlulah Wan Emril membuat kajian sendiri dek kerana mahu mempertahankan pemimpin mereka yang mula ketakutan untuk berhadapan dengan rakyat. Siapa yang mahu percaya dengan kerajaan?. Jika kerajaan membuat taklimat Lynas di Komplek Penyiaran Pahang anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) itu baru-baru ini pun diadakan secara tertutup?. Semua ini menimbulkan keraguan dan ternyata satu usaha bagi menutup kelemahan.

[Justeru, sebagai sebuah pemimpin NGO yang berpaksikan pendidikan Wan Emril harus bersikap terbuka dan lebih profesional dalam membuat keputusan. Kenapa perlu pertahankan sesuatu isu jika rakyat menolaknya. Jalan terbaik dan lebih demokrasi iani berdebat secara terbuka. Jika MB Pahang berjaya mematahkan hujjah Fuziah Salleh, maka rakyat pasti akan terima kenyataan dan apa yang diperkatakan. Begitulah sebaliknya. Debat adalah satu platform sihat yang perlu disuburkan dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini. Jika kerajaan berada di pihak yang benar, maka rakyat akan mempercayai hujjah yang diberikan. Namun, jika majoriti rakyat menolaknya, wajarlah kerajaan membatalkan projek Lynas walau pun ada beberapa kerat pemimpin tertentu yang akan dapat untung besar. Semua ini perlu dipastikan demi masa depan rakyat tercinta. Oleh itu, kami mengesyorkan agar debat terbuka ini diteruskan bagi menjamin keadilan untuk semua pihak. Berani kerana benar dan takut kerana salah].

Share:

10 ulasan:

  1. Wan Emril totok umno kt kipsas

    BalasPadam
  2. APA PERLUNYA TAKUT UNTUK BERDEBAT?
    KAT SEKOLAH/UNIVERSITI DIBUAT MAJLIS2 DEBAT MELAYU/ENGLISH.
    APA BACUL SANGAT KE YDP GPMS PAHANG NIE ?? ATAU DIA TAK TAHU/TAK PERNAH AKTIF BERDEBAT ?? APA KELAYAKAN BELIAU..?? SILA AHLI2 SEMAK SEMULA. MACAM NIE DILANTIK YDP-GPMS..SALAH LANTIK KE??
    BAGI YDP-GPMS NIE FAHAM-- DLM PERDEBATAN INI NANTI, KITA AKAN DAPAT LE, FAKTA2 SEBENAR YG DICARI2.. MUDAH KAN??
    BUKAN NAK PERANG, NAK ANGKAT SENJATA..!!
    NAK CARI FAKTA..WE'R PROFESINAL LAH..!!
    POOOOORAH - YDP-GPMS MEMALUKAN SAJE..!!

    BalasPadam
  3. jika PDO xbacul sama, sila nyatakan NAMA individu/pemimin UMNO yang dapat LABA yg besar hasil dr kilang LYNAS ni... DEDAHKAN KALAU ADA KEBERANIAN>>

    BalasPadam
  4. tatak untung debat sama chef wani maaaaa... pakar sudah kata ok maaa..apa lagi mauuu debat..... haiyaaaa... olang mau laya apamau debatt2 maaaa.. makan limau lagi baik ooooooo..... wan emril bkn pakar, mb bukan pakar.. chef wani pun sama maaaa.. buang masa saje... bukan buat kilang nuklear maaaa....

    BalasPadam
  5. si 'tatak untung', sila pindah dan tinggal di Gebeng. Saya sedang mencari pembeli untuk rumah saya yang tak laku2. Oleh itu saya mengalukan-alukan Wan Emril ( GPMS) dan orang yang menjadi 'anonymous' untuk beli rumah saya. Nak tengok kecut perut ke kecut p****

    BalasPadam
  6. -Kalau dah takut itulah jadinya.

    -Perut pula dah kekenyangan..

    BalasPadam
  7. guane gaya wan emril..nk backup tok nan..kabo nk perjuangkn pndidikan melayu,tp aku tngok GPMS ni mmg kuat Umno..hahaha...

    BalasPadam
  8. ni la petandanya wan emril bakal jd calon umno pru 13...selalu ngan tok nan..dpt ngejas sikit..alang2 dpt masuk poket ckit duit komisyen lynas..

    BalasPadam
  9. sape tak kenal wan emril si penjilat punggung sejak zaman universiti. semua tulisan beliau pasti terselit nama perdana menteri malaysia, tapi sayang jilatan punggungnya tak diendah menteri terbabit. tak percaya cari balik akhbar2 lama dan check sendiri

    -bekas studen uia.

    BalasPadam
  10. amboi ramai betul jeles dengan wan emril ni yer.tak pala biarkan la dia dengan usha2 nya..untuk bro wan sibuk2 juga urusan luar tapi kerja hakiki jgn diabaikan begitu.gua respek lu bro gua nak lu mcm dulu..gua akan support lu sentiasa.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Ambil Keterangan Rakan Serumah Bagi Membantu Siasatan Kes Seorang Penuntut Wanita Maut Dibunuh Teman Lelaki Di Kuantan

KUANTAN: Polis mengambil keterangan tiga individu bagi membantu siasatan kes seorang penuntut wanita maut dipercayai dibunuh teman lelakinya...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.