script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Isu Israel, Anwar Jawab Putar Belit Media Arus Perdana Tentang Kenyataan Beliau Tersebut

PETALING JAYA 29 Jan - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto) telah mengeluarkan kenyataan media berhubung putar belit fakta dan kenyataan beliau yang di siarkan melalui media arus perdana. Berikut adalah kenyataan penuh menerusi kenyataan media beliau. Saya diwawancara oleh Wall Street Journal pada hari Khamis, 26 Januari 2011. Antara soalan yang ditanya kepada saya adalah berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin. Saya pantas menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi. Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati. Berikut adalah jawapan yang saya berikan: "I support all efforts to protect the security of the state of Israel," said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians." Pendirian saya ini ternyata sejajar dengan prinsip perjuangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menjunjung tinggi prinsip Keadilan Sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi. Selain itu pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution. Malahan dasar luar negara juga menekankan prinsip Penyelesaian Dua Negara sebagaimana yang diungkapkan YB Menteri Luar ketika Perbahasan Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-66 pada 27 September 2011 di New York (GENERAL DEBATE OF THE 66TH SESSION OF THE UNITED NATIONS GENERAL ASSEMBLY). Beliau menyebut: "..Malaysia fully supports the legitimate rights of the Palestinian people for an independent State of Palestine, based on the two-state solution, taking into account the security concerns of both parties (Israel and Palestine)." Ternyata dari kenyataan Menteri Luar Negara, dasar Malaysia adalah bersedia menghormati hak rakyat Palestin dan Israel untuk menikmati keamanan dan kedamaian. Akan tetapi kesediaan kita pastinya bergantung kepada syarat selagi mana hak rakyat Palestin tidak dicerobohi. Justeru saya memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba memutar belit kenyataan saya semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin. Pendirian Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah tuntas membela hak sesiapa sahaja yang dirampas dan dizalimi. Iltizam untuk memastikan keadilan buat semua tidak pernah surut malah pastinya digilap dan diperkukuh. sumber


[Mutakhir ini, media arus perdana terus dijadikan alat untuk memburuk-burukkan pemimpin pembangkang. Tambahan pula disaat, pilihanraya umum ke-13 yang kian hampir menjelang tiba sekarang ini. Justeru, semua pihak haruslah berhati-hati terutamanya bila mengelkuarkan kenyataan yang boleh mencetuskan kontroversi. Namun anehnya, masih ramai juga penyokong pembangkang yang terpedaya dengan laporan yang dibuat oleh media arus perdana itu. Inilah yang perlu diberi peringatan oleh semua pihak. Mereka yang masih tidak dapat berfikir dengan akal yang waras terhadap laporan "sampah" itu wajar didekati. Jika tidak undi mereka sudah pasti akan berubah pada PRU nanti. Penyokong pembangkang wajar menanamkan ilmu kepada ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai mereka agar menerima kenyataan bahawa media arus perdana tidak layak dijhadikan bahan rujukan oleh semua kerana ia adalah saluran fitnah dashyat oleh kerajaan UMNO Barisan Nasional itu sejak sekian lamanya].
Share:

10 ulasan:

  1. Umno dengan APCO apa ke hai..nya...!lagi teruk.....!

    BalasPadam
  2. Hoi Badut Anwar Bin Ibrahim, kelentong engko dah tak laku lagi dah. Rakyat Malaysia tak sebacul yang engko fikirkan. Kalau ulama lidah bercabang talauhan.m dua muka dan bini engko wan zizah tu boleh la engko goreng rangup. Sebab tu engko yang dah sah insan laknat terkutuk anugerah iblis, tak fasal2 dapat pula title 'insan istimewa anugerah tuhan.

    BalasPadam
  3. BEGITULAH SEBENAR CERMIN MUKA PEMERINTAH "MALAYSIA" INI. MEMUTAR BELITKAN "FAKTA2" SEBENAR.
    SEMUA ISU BERKAITAN " RASUAH, PENYALAH GUNA KUASA" MELIBATKAN "KRONI"- AKAN DITUTUP/DIEKPLOTASI/ AGAR NAMPAK TIDAK BERSALAH.
    SAMPAI BILA "NEGARA" - JADI BEGINI ??
    TAKPE..RAKYAT AKAN SEDAR, TAPI MEMERLUKAN SEDIKIT MASA, SEDIKIT PERJUANGAN.. INSYAALLAH.!!
    JADIKAN NEGARA INI ' NEGARA BERMARUAH DAN NEGARA BERINTEGRITI"...MUGA BERJAYA!!!!!

    BalasPadam
  4. Di mata majoriti rakyat Malaysia, Badut Anwar Bin Ibrahim tak sebih daripada seorang SELEBRITI MURAHAN yang hanya sedikit lebih berhak menerima puji dan hormat bebanding seorang pengemis tua di kaki lima. Hanya manusia buta maha hati dan tumpul akal saya yang masih menyembah dan mendewakan makhluk yang bernama Anwar Bin Ibrahim ini sebagai 'pemimpin pujaan hati' GO TO HELL Anwar Bin Ibrahim!

    BalasPadam
  5. Itulah kenyataan Mafia Umno....adik beradik Pol Pot...!Najib budak Pekan tu apa kurangnya....tukar bini....bunuh putri Mongol yang jelita.....beri Kak Ijat 250J buat projek LEMBU.....supaya kaya raya....kak Ijat contoh....yang terbaik....dia kalah....pilihan raya bolih jadi Menteri penuh....kita harap Geng Geng...umno tak payah rebut rebut jadi calun.....menang pun tak jadi apa apa....jadi tukang angguk...lebih baik tak payah....buat habis duit Bangang Negara.....!

    BalasPadam
  6. Anwar lebih terpuji dari pengemis kaki lima? Kenyataannya Jabatan Kebajikan Masyarakat dah buat kerja demi membasmi KL dari himpunan pengemis wanita, tua dan kanak-kanak. Tetapi mereka terlampau ramai w/p tak masuk paper macam Mr Anwar.
    Sampai nak makan kt warung pun kena standby 2 kupang nk bagi sedekah.

    BalasPadam
  7. ITU TERNYATA SUARA "ANWAR" LEBIH POWER DARI "NAJIB"..SYABAS!!
    KALAU PEGANG "MALAYSIA" NI, SURE MACAM SINGAPORE.."MAJU" DAN TIADA RASUAH... BAGUH ABE NUAR!!! WE LIKE U.
    POWER,POWER,POWER.........

    BalasPadam
  8. hmmm pelik bile dgr pendpt umno n utusan pasal hal ni..m'sia dpt no15 dlm rengking negare yg byk berurus niage dgn israel,....menteri melayu bg pas vip pd 2 org israel msk m'sia kerana tkt dicemoh oleh negara barat,...pelajar warge israel dpt msk m'sia atas tiket pertukaran pelajar di uia,...cina india melayu bank ade kaitan dgn negare israel,...hmmm ssh jgk 2....

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  10. Salam, orang awam tidak biasa dengan ayat-ayat panjang apatah lagi dalam bahasa asing, terutamanya kaum kita Melayu. Ditambah lagi sesuatu kenyataan diutarakan dalam konteks yang tertentu, seperti perundangan. Jadi kemelut ini telah dieksploitasi oleh UMNO.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Ambil Keterangan Rakan Serumah Bagi Membantu Siasatan Kes Seorang Penuntut Wanita Maut Dibunuh Teman Lelaki Di Kuantan

KUANTAN: Polis mengambil keterangan tiga individu bagi membantu siasatan kes seorang penuntut wanita maut dipercayai dibunuh teman lelakinya...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.