KUANTAN, 22 Jan - Parti Islam SeMalaysia (PAS) Negeri Pahang menggesa Kerajaan Negeri pimpinan Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) menjelaskan kepada rakyat bagaimana boleh berlaku pengeluaran balak di kawasan Hutan Simpan Kekal Kemasul di dalam Daerah Bentong. Berdasarkan lawatan kerja PAS Pahang ke kawasan tersebut pada 19 Januari 2012, didapati papan tanda pemberitahuan status Hutan Simpan Kekal oleh Jabatan Perhutanan masih gah terpacak di puncak bukit berkenaan. Kewujudan papan tanda rasmi ini mengundang tanda tanya rakyat mengenai status hutan tersebut adakah sudah dilupuskan untuk tujuan pembalakan dan pertanian berikutan terdapatnya tiga kawasan matau pembalakan di sekitarnya yang siap tertera nombor lesen dan maklumat pembalakan. Sehubungan itu, PAS Pahang mahu Kerajaan Pahang menjelaskan kepada rakyat persoalan-persoalan seperti benarkah kerajaan telah mengeluarkan lesen pembalakan yang sah untuk membolehkan pengeluaran balak di kawasan hutan simpan tersebut? Keduana, adakah status Hutan Simpan Kekal itu telah dilupuskan?; Jika dilupuskan adakah mengikut prosedur atau dibolehkan oleh undang-undang? Turut dipersoalkan ialah mengapa kawasan itu dilupuskan sedangkan kawasan tersebut amat penting sebagai khazanah perhutanan negara sekali gus sebagai kawasan tadahan untuk lembangan Sungai Triang dan Sungai Pertang. Tidakkah akan menjejaskan ekologi dan bekalan air bersih jangka panjang untuk negara? Justeru itu, PAS Pahang berpendapat jika aktiviti pembalakan tersebut adalah haram, maka adalah mustahil pihak berkuasa perhutanan tidak mengetahuinya berdasarkan aktiviti pembalakan dan matau yang terletak di tepi jalan raya sekali gus tertera lesen pembalakan. Malah, kawasan hutan tersebut terletak di dalam DUN yang diwakili oleh MB Pahang itu.
[Difahamkan juga, PAS Pahang telah mendapat aduan penduduk sekitar bahawa aktiviti pembalakan sudah berjalan kira-kira dua bulan lepas dan lori yang membawa kayu balak keluar mengikut jalan Kampung Chemomoi dan FELDA Kemasul - Triang termasuk pada waktu malam. Penduduk tempatan juga mengadu mengenai keadaan air Sungai Pertang dan Sungai Triang yang begitu keruh sejak beberapa bulan berkemungkinan kesan daripada aktiviti pembalakan tersebut. PAS Pahang menggesa pihak kerajaan menarik balik sebarang lesen pembalakan jika ada dikeluarkan kepada mana-mana pihak dan mengambil tindakan segera hentikan sebarang aktiviti penjarahan hasil hutan di kawasan Hutan Simpan Kemasul sekali gus diikuti tindakan segera untuk Pemuliharaanya demi untuk sediakan kawasan tadahan air bersih kepada generasi akan datang].
[Difahamkan juga, PAS Pahang telah mendapat aduan penduduk sekitar bahawa aktiviti pembalakan sudah berjalan kira-kira dua bulan lepas dan lori yang membawa kayu balak keluar mengikut jalan Kampung Chemomoi dan FELDA Kemasul - Triang termasuk pada waktu malam. Penduduk tempatan juga mengadu mengenai keadaan air Sungai Pertang dan Sungai Triang yang begitu keruh sejak beberapa bulan berkemungkinan kesan daripada aktiviti pembalakan tersebut. PAS Pahang menggesa pihak kerajaan menarik balik sebarang lesen pembalakan jika ada dikeluarkan kepada mana-mana pihak dan mengambil tindakan segera hentikan sebarang aktiviti penjarahan hasil hutan di kawasan Hutan Simpan Kemasul sekali gus diikuti tindakan segera untuk Pemuliharaanya demi untuk sediakan kawasan tadahan air bersih kepada generasi akan datang].









Kena tanya juga berapa juta RM hasil balak yang tak masuk dalam akaun kerajaan negeri.
BalasPadambulan lepas aku melintasi kws tersebut bulan lepas....
BalasPadamterlalu byk balak dilonggokkan di tepi2 jalan menunggu diangkut keluar...
di situ aku lihat ada satu projekk pusat latihan polis yg hampir siap...mungkin mereka menggunakan alasan projek itu untuk mencuri balak2 dikawasan itu....
aku cuma terfikir dalam hati...projek tu hampir siap..tapi kenapa balak masih hebat dikeluarkan... letih aku memikir tanpa jawapan maka aku membuat tafsiran yg sama sebelum ini... kalau ada kawasan hutan simpan maka luluskan apa2 projek kat situ...pastu boleh sapu habis balak kws itu.... walaupun kawasan projek itu hanya sedikit....
pilihan raya makin dekat...jadi tok nan perlukan peruntukan yg besar untuk pru 13 nanti... duit itu akan ditabur merata2 untuk membeli undi...
selagi mereka memerintah...selama itu hasil balak akan di perah hngga titisan terakhir..tak kira hutan simpan atau dara.. tapi apa hasil yg rakyat dapat?... piliihanraya nanti dapatla 2-3 ratus sorang jika undi umno/bn...
lama dah aku terfikir cam tu......
Kenapa Rakyat Pahang ni takut sangat nak buat "DEMO" macam kat UPSI.
BalasPadamAda sebab "Tak Pelu Takut", jemput "Human Right",Hak Asasi,Alam Sekitar ,NGO dan lain2nya.
Mana Rakyat BERA, TRIANG - tunjukkan "GARANG" mu sikit.
Jangan biarkan gerombolan2 ini memijakkan kepala kamu.. kamu lah panglima sebenarnya.
Inilah yg dikatakan "MENJAGA KETUANAN MELAYU'...kahkahkahkah.
INI LAH YANG UMNO SANGAT-SANGAT NAK JAGA ' KETUANAN MELAYU... BETI,BETOI,BETOI,BETOI...
BalasPadamBOLE HENTAM APE SAJE.. BETOI,BETOI,BETOI..
PRU13 dah x lama lagi, bersedialah untuk perubahan. Kawan dan dapat kertas/slip suruh undilah BN. Tanda2 dah dekatlah tu.
BalasPadamInilah cara duit segera untuk UMNO sejak dulu.....takda orang nak bom lori balak yang keluar masuk?..Elok Perkasa yang lakukan kerana perkasa amat sensitif kepada kehancuran alam sekitar....ha ha ha
BalasPadamKayu api semuanya...!
BalasPadam1. Presiden parti manakah yang telah menyerahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew?
BalasPadamA. Presiden DAP B. Presiden PAS C. Presiden UMNO
2. Siapakah yang menyerahkan hak milik tanah Melayu di Genting Highland selama 999 tahun kepada Lim Goh Tong, dan menukar hutan hujan di situ kepada lubuk
judi?
A. DAP B. PAS C. UMNO
3. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap kehilangan 50 bilion saham bumiputera sejak merdeka?
A. DAP B. PAS C. UMNO
4. Siapakah yang menyusutkan keluasan tanah rezab Melayu yang ditinggalkan British hampir 50% sejak merdeka?
A. DAP B. PAS C. UMNO
5. Siapakah yang telah menyerahkan Pulau Batu Putih / Tanjung Pagar kepada Singapura baru-baru ini?
A. DAP B. PAS C. UMNO
6. Siapakah yang memberi arahan supaya membunuh orang-orang kampung di Memali, Kedah pada 19 Nov 1985?
A. DAP B. PAS C. UMNO
7. Negeri manakah peniaga / ekonomi Melayu lebih besar dari bangsa lain?
A. Negeri UMNO B. Negeri PAS (Kelantan)
8. Siapakah yg menghilangkan RM 28 bilion setahun dgn audit negara mencatat audit yg pening kepala ?
A. UMNO/BN B. PR
9. Siapakah yg me'lego' telaga minyak pada Berunai berjumlah 300 billion ?
A. PAS B. DAP C. UMNO
10. Siapakah merampas Perak ala samseng dan mafia ?
A. PAS B. DAP C. UMNO
11. Siapakah yg memberi arah supaya menyumbat ke dalam ISA MP dan rakyat dalam operasi lalang dahulu ?
A. Presiden PAS B. Presiden DAP C. Presiden UMNO
12. Siapakah yg selalu menaikan harga barang ?
A. PAS B. DAP C. UMNO
13. Siapa yg menolak hukum islam selama ini ?
A. PAS B. DAP C. UMNO
14.Siapakah yg memberikan subsidi insentif pada kroni IPP, RM 19 billion tetapi pada rakyat subsidi mahu di hapuskan terus ?
A. PAS B. DAP C. UMNO
15. Siapakah yang menghapuskan kekebalan dan kuasa Raja Raja melayu sehinggakan boleh dibicarakan Raja2 di Mahkamah?
A. PAS B. DAP C. UMNO
Dan soalan cepu emas siapakah bela lembu dalam kondo
A. Anwar B Nik Aziz C Kak Ijat
16. Siapakah yang menukar wang Royalti kepada wang Ehsan pada tahun 2000 apabila PAS berjaya merampas negeri Terengganu dari tangan BN dalam PRU 1999? (Negeri Terengganu itu majoriti penduduknya adalah Melayu)
17. Siapakah yang menghalang kerajaan kedua-dua negeri bermajoriti 95% Melayu (Kelantan dan Terengganu) menikmati hasil royalti Petronas, sedang negeri-negeri seperti Sabah dan Sarawak tidak dikenakan tindakan sama?
Parti Islam SeMalaysia (PAS) Negeri Pahang menggesa Kerajaan Negeri pimpinan Dato' Sri Adnan Yaakob..Elok beno tu..
BalasPadamSelain tu jugak siasat gak Jabatan Perhutanan mane le tahu kot2 jd mcm kat negeri Perak tau2 dlm acc ado juta-juta$.....yg perak ado rm700k dlm telekung bini..mane tau hak negeri pahang simpan dlm kain pelekat pulak...siasat la weh.
La ni org2 yg keje ngan jabatan perhutanan pun nmpk kayo rayo..ubah suai umah bagai nk rak..mane hasil nya tu..kalu ank buah guna kulit balak......yg otai2 mahu guna isi balak......meriah tu..
Elok suruh istiyhar harta ..baru tahu berapa duit mrk semua ni dok ada..
Sila le jelaskan......
Kat Akhirat nnt..pokok pun blh BERCAKAP.........jago-jago ada yg merati...