script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Ketua Audit Negara Kesal Sikap NFC Dan Perkasa Persoal Integriti Serta Kreadibiliti Tugas Mereka!

KUALA LUMPUR, 26 Jan - Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang (foto) kesal dengan Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFCorp) dan Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang mempersoalkan integriti dan kredibiliti juruaudit-juruaudit jabatannya menjalankan tugas. Beliau berkata, jabatannya mahu menekankan bahawa kerja-kerja mengaudit ke atas projek NFC dijalankan secara profesional dan bebas tanpa sebarang prejudis kepada mana-mana pihak. "Jabatan Audit Negara (JAN) menjelaskan bahawa pengauditan terhadap projek NFC ini telah dibuat secara bebas dan profesional tanpa sebarang prejudis kepada mana-mana pihak. "Sebarang kenyataan yang mempertikaikan kewibawaan dan integriti juruaudit JAN adalah dikesali," kata Ambrin dalam satu kenyataan. Baru-baru ini, pengerusi NFCorp, Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail menegaskan bahawa entiti perniagaan yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 tiada kaitan dengan NFCorp. Sebaliknya, tegas Mohamed Salleh, ia adalah Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikendalikan oleh Kementerian kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA). Mohamed Salleh dilaporkan berkata, berlaku kekeliruan antara NFCorp iaitu sarikat persendirian, dengan NFC, syarikat kepunyaan MoA. Sementara itu, Perkasa pada Ahad lalu mencabar NFCorp mendedahkan kelemahan yang dilakukan pegawai-pegawai yang mengendalikan urusan Laporan Ketua Audit Negara 2010 sehingga merosakkan reputasi syarikat berkenaan dan menjejaskan imej kerajaan. Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, laporan itu sesuai diguna pakai dalam kementerian dan agensi kerajaan tetapi tidak untuk syarikat swasta. Beliau berkata, pegawai yang membuat audit mungkin keliru dengan beberapa perkara, antaranya, National Feedlot Corporation atau NFCorp adalah milik Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail manakala NFC adalah dimiliki syarikat kerajaan dan pada masa yang sama mengusahakan ladang satelit.

[Ekoran laporan Ketua Audit Negara 2010, Pakatan Rakyat sebelum ini mendedahkan dana RM250 juta yang diberikan kepada syarikat NFC milik suami Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil untuk projek penternakan lembu disalah guna. Ianya termasuk pembelian dua kondominium mewah di Bangsar, Kuala Lumpur, dan dituduh menggunakan dana kerajaan untuk perbelanjaan peribadi keluarganya. Pakatan Rakyat turut mendakwa keluarga Shahrizat menggunakan sejumlah RM600,000 daripada dana NFC bagi membiayai pembayaran bil kad kredit mereka pada 2009. Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli mendakwa suami Wanita Umno itu dan anak-anaknya yang menjadi lembaga pengarah NFC, menggunakan dana daripada RM250 juta untuk projek berkenaan bagi membayar bil kad kredit yang berjumlah melebihi RM10,000 sebulan sepanjang tahun tersebut. Namun begitu, pentadbiran NFCorp menepis dakwaan tersebut dan menegaskan penggunaan kad kredit tersebut adalah bagi tujuan kegunaan perniagaan].
Share:

6 ulasan:

  1. tahniah TS Ambrin di atas kenyataan mempertahankan integriti dn kredibiliti Jabatan Audit Negara.Memang spesis MALAUN ni merasakan mereka ni tidak melakukan kesalahan atas perkerjaan keji membalun harta dan duit rakyat.Begitu juga terdapat manusia yg mencari kesempatan MEMbuncit perut , menjual HARGA diri dn glamor .......AKU LAH PEMBELA RAKYAT. kOT,kot..... da pulus mari mai.......

    BalasPadam
  2. ibrahim al kataki dan salleh al lembuhi punya spin lebih ligat dari spin washing machine... kurang2kan la bercakap... tak de lanampak sangat kesalahan dan kebodohan awak tuh !!???..


    kudean

    BalasPadam
  3. NAK TIDUR PUN TAK SENANG KAN KAK IJAT (ADATLA DAH BUAT SALAH).ADILI MEREKA.HUKUM JIKA MEREKA DIDAPATI BERSALAH.JANGAN BANYAK SPIN.RAKYAT DAH RAMAI YANG MUAK DENGAN PEMBELA RAKYAT KONON.APATAH LAGI VETEREN2 UMNO DAN RAMAI AHLI2 YANG KESAL DENGAN KERAKUSAN PEMIMPIN MEREKA NI.

    BalasPadam
  4. ORANG YANG TERLEBIH PANDAI INI, MANA NAK MENGAKU BERAK TEPI JALAN.
    BILA KITA BAKAR KEMEYAN KAT TAHI DIA, BARU JUBUR DIA GATAL, BERAIR.
    PAHAM SANGAT PERANGAI/ DASAR "PEROMPAK" NI, AKU SIMPAN KAU, KAU SIMPAN AKU.
    KAU BONGKAR AKU,AKU BONGKAR KAU,
    ..CUKUP2 FAHAM..

    BalasPadam
  5. memang wajar pun PERKASA dan Datuk Salleh mempersoalkan integriti dan kredibiliti Audit...kerana beza NFC yang dipunyai kementerian Pertanian dan NFCorp kepunyai keluarga Datuk Saleh pun tak tahu...kedunguan pihak Audit menyebabkan NFCorp, Datuk Shahrizat dan kerajaan dituduh menyelewengkan wang rakyat....

    BalasPadam
  6. Hello, Saya Puan Sandra Ovia, wang pemberi pinjaman swasta, adakah anda dalam hutang? Anda memerlukan rangsangan kewangan? pinjaman untuk merancang untuk tahun baru, untuk memenuhi sehingga bil anda, mengembangkan perniagaan anda pada tahun ini dan juga untuk pengubahsuaian rumah anda. Saya memberi pinjaman kepada syarikat-syarikat tempatan, antarabangsa dan juga pada kadar faedah yang sangat rendah sebanyak 2%. Anda boleh menghubungi kami melalui E-mel: (sandraovialoanfirm@gmail.com)
    Anda dipersilakan untuk syarikat pinjaman kami dan kami akan memberikan anda perkhidmatan yang terbaik kami.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Ambil Keterangan Rakan Serumah Bagi Membantu Siasatan Kes Seorang Penuntut Wanita Maut Dibunuh Teman Lelaki Di Kuantan

KUANTAN: Polis mengambil keterangan tiga individu bagi membantu siasatan kes seorang penuntut wanita maut dipercayai dibunuh teman lelakinya...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.