KUALA LUMPUR, 8 Jan - Parti Islam SeMalaysia (PAS) membuat keputusan memecat pemimpin kontroversinya Datuk Hasan Mohd Ali (foto) sebagai anggota parti itu berkuatkuasa serta merta. Keputusan terhadap Exco Kerajaan Negeri Selangor itu dicapai dalam mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu lebih tiga jam di Kuala Lumpur hari ini. Dalam kenyataannya, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pemecatan itu dibuat berdasarkan Fasal 82(9) perlembagaan PAS. "Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Datuk Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan PAS," kata Abdul Hadi. Pengumuman itu juga disiarkan di tvpas.com. Pemimpin kontroversi itu menimbulkan keresahan pelbagai pihak khususnya di kalangan anggota dan penyokong Pakatan Rakyat kerana mengambil pendirian bercanggah dengan partinya dan pembangkang. Antaranya mempersoalkan konsep dasar negara kebajikan yang dterajui PAS. Hasan sebelum ini mengecam golongan bukan ulama dalam PAS dan menuduh parti itu telah menyeleweng daripada perjuangan Islam. Terbaru, Hasan mempersoalkan kewajaran ahli dan penyokong PAS yang diminta hadir pada perhimpunan ‘Bebaskan Anwar’ pada 9 Januari (esok) yang telah dipersetujui oleh Abdul Hadi dan timbalannya, Mohamad Sabu. Beliau juga mencadangkan supaya Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia jika Anwar Ibrahim didapati bersalah dalam kes bicara liwatnya.[Keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan tertinggi PAS ini adalah sesuatu yang sungguh mengejutkan kita semua sebenarnya. Namun, mungkin PAS ada alasan tersendiri untuk mengambil tindakan drastik terhadap Hassan gara-gara tindakan dan kenyataannya yang jelas mencabar kewibaan parti. Hassan Ali dalam pada itu menyuarakan rasa sedihnya kerana dipecat daripada anggota PAS oleh jawatankuasa pusat parti itu berkuatkuasa serta merta pada hari ini. Beliau juga terkejut dengan tindakan yang diambil oleh AJK (anggota jawankuas) PAS Pusat itu kerana perjuangan Islam yang dipeloporinya sejak sekian lama dibalas sedemikian rupa oleh PAS. Namun, keputusan sudah dibuat dan Hassan wajar bermuhasabah diri dan menerima ketentuan yang telah ditetapkan olehNya. Jika PAS berani memecat seorang ADUN dan Exco Kerajaan Negeri sehebat Hassan Ali, maka sepatutnya UMNO juga mengambil tindakan yang sama untuk memecat pemimpin mereka yang khianat kepada rakyat seperti Sharizat Jalil dan yang lainnya. Di sini, kita boleh menilai mana yang lebih jujur dalam perjuangan terhadap memartabatkan Islam dan rakyat Malaysia sebenarnya. Begini akhirnya nasib Hassan Ali].






setiap parti ada medium menyuarakan suara, kalau dah guna suara pembangkang gini la jadinya...
BalasPadamAllahuakbar
Orang seperti Dr Hassan Ali memang tak ada temppat dalam PAS. Sebaliknya jika orang itu pintar merapu dan mahir mencarut, pasti tempatnya dalam PAS memang terjamin, malah 'AUTOMATIK' dijamin masuk 'syurga' buatan PAS.
BalasPadamTak begitu...?
DAPHUAKHBAR!
AMBIGAHUAKHBAR!
"Sapa tak sedih Hassan Ali dipecat tapi kelakuannya kebelakangan ini sangat mengecewakan kita semua. Memang patut PAS mengambil keputusan tersebut..."
BalasPadamtak perlu hasan ali bersedih dn berdukacita kerana di pecat sabagai ahli PAS.hasan ali kena cermin diri dan perhatian akan tindak tanduk beliau terhadap parti.Semua keputusan memecat hasan ali bukannya di buat olih TGHA seorang.keputusan ini adalah keputusan JK pusat parti satelah melihat dan menkaji mendalam tanggungjawab dn kesetian ahli kapada parti.Marilah kita mendoakan kehadrat ALLAH semoga hasan ali mahasabah diri dn meneruskan cita cita dn perjuangan yg beliau laungkan selaMA INI
BalasPadamSekarang semua parti di dalam PR ada semua kaum....tetapi di dalam B end terbahagi kepada parti perkauman......
BalasPadamanoy 6:54..awok faham ke erti kalimah HU dlm ayat awok tu.....Daphuakbar tu apa?jgn jadi bodoh...
BalasPadamAnon Sunday, January 08, 2012 8:30:00 PM...
BalasPadamJangan jadi pintar bodoh. Kenapa tak tanya 'nabi' anda nik aziz?
saya penyokong pakatan, tpi kecewa tindakan pas singkir hassan ali, inilah tanda-tanda kejatuhan Pas dan sekutu...
BalasPadamtindakan PAS memecat dr hasan ali adalah tindakan ke belakang. dalam parti perlu ada insan yang berani dan telus memaparkan pandangan kedua. jasanya juga sangat besar dalam menarik rakyat massa dekat ke pejuangan pas terutama golongan atas pagar dan juga masyarakat bukan Islam supaya menyokong pas.nampaknya umpan utusan malaysia mengena pada pas kali ini.
BalasPadamAnon 6:54:00 PM adalah syaitan kepala manusia senarai tugasnya sama seperti setan dn iblis mengajak manusia ke neraka bersama sama puak puak yang sama sama menyokong perjuangan pemerintah dajal haramjadah yang menjaja liwat zina mempelopori menghalalkan rasuah sesama sendiri di sokong oleh sprm dan bajingan2 seangkatan...
BalasPadamsyaitan adalah musuh manusia yg nyata tiada tempat utkmu selain neraka jahanam
Eloklah Pas pecat Hassan Ali,peluang utk Pas tumpas lagi besar.Yang sesat patut hancur kerana kesesatannya tu.Tak sesat cam mana,kalau berdemo utk membebaskan pesalah sodomi di 'fatwakan' jihad dan di sama kan pula ibadat sembahyang menyembah Allah 5 kali sehari.Itu ertinya menghina perentah Allah,kerana ibadat sembahyang adalah wajib,mulia,teratur dan tawadhu terhadap Allah.Apa punya mangkuk tok garu dalam Pas ni.
BalasPadamSecara peribadi sy warga selangor mengharagai sumbangan Dato Hasan Ali dlm memperkasakan JAIS dan juga Lembaga Zakat Selangor dgn memperkenalkan skim zakat express dan sbgainya demi kebaikan umat Islam di Selangor...apapun dr sudut politik Dato Hasan Ali bukan saja tidak bijak malah menganggap dirinya terlalu istimewa dalam membuat perhitungan politik, tindak tanduk beliau sgt membingungkan dan keputusan PAS memecat beliau adalah keputusan terbaik demi PAkatan Rakyat...beliau bukan ahli politik yg hebat malah tidak mempunyai penyokong2 yg benar2 setia spt Dato Seri Anwar,apapun syabas Pas kerana telah membuang duri yg akan menyakitkan semua pihak dalam PR .....Ketua Pemuda Pas Cawangan Petaling Jaya Selatan.
BalasPadamAnon Monday, January 09, 2012 12:11:00 AM...
BalasPadamAnda sama goblok dan bacul dengan nik aziz dan anwar.
itulah ketentuan Allah pada Hasan Ali.HA patut redha an pasrah.mungkin beliau seorang pemidato yg baik namun bukan seorang ahli politik yg mahir dlm rencah suasana politik di Msia.Selamat berjaya Dato!
BalasPadamBenda paling mudah pun Hassan Ali tak boleh buat...apatahlagi yang besar....iaitu Hormat dan rujuk pada ketua...bukannya cakap ikut suka aja.....
BalasPadamAnon January 08, 2012 6:54:00 PM adalah satu contoh pemimpin UMNO yang tak hirau diri rosak akidah.
BalasPadamAKU SOKONG PAS REJECT HASAN ALI...!!!!JENIS TALI BARUT UMNO PORNO !!!
BalasPadamAkibat terlalu pandai bercakap....tak peduli apa Ketua cakap.....akhirnya jadi Hang Jebat....!
BalasPadamkita tunggu ustaz nasa pulak kena pecat, sabo je lah...lagi lagi bila aljuburi ni dah terlepas siksaan dunia, ramai lagi kena pecat nanti...
BalasPadampuak umno menang suka fitnah..fitnah jadi darah daging dah..aku sedap mulut kata aljuburi lah..apa ko dah kena liwat ker...pada hasan ali..lu boleh join ibrahim ali..cakap riak gila macam dia sorg ada PHD..apa2 pun islam terbela kerana kamu seorg kat malaysia ni...kerja darwah ada tak bising2...buat malu jer lah ko hassan...hahaha
BalasPadamaku ingat puak munafik UMNO jer curi duit rakyat..ustaz UMNO lagi teruk curi duit zakat..kahakahakahkah...apala sengkek sangat ustaz nie...lagi nak sokong UMNO ka? porahhhhh citttttt...memalukan islam jer..
BalasPadamHassan Ali dah kena Pecat...apa pun terjadi kotakan janji mu utk pertahankan 1) Islam 2) Bangsa 3) Raja. Oleh itu.....1) Islam : pastikan Hukum Hudud menjadi undang2 di Malaysia kerana Islam menuntutnya. Hassan kau bincanglah dgn UMNO utk buat Hudud...sampai Kiamat jwbnya. Nanti hudud utk rakyat miskin..pemimpin UMNO kaya...lepas.
BalasPadam2) Bangsa : Demi menyelamatkan bangsa kau hassan....suruhlah bangsa-bangsa kau yg jadi tokey judi dan arak agar bertaubat...bincanglah dgn anak mahatir & Tun Hanif Genting.
3) Raja : Nasihatkanlah pemimpin2 & bini2 raja agar menutup aurat...ada berani ke??? Hasan hoi....Agong ketua agama la.....berani???
elok lah dato hassan ali berehat dulu..tenang kan fikiran dato hassan ali dulu..fikir kan lah apa yg dato dah buat silap tu..beri lah peluang kepada mereka yg betul2 berjuang untuk PAS.umno(BN)cuma memperguna kan dato aje..yg merugikan dato sendiri..kerana perjuangan PR dah hampir ke puterajaya bersama rakyaat yg menderita selama ini yg di tindas angkara UMNO..fikir kan lah dato..sedih sy dato rasa nk gelak pun ada..he,he,he,,,
BalasPadamTimbalan Presiden PAS ialah org yg memberikan gelaran aljuburi kepada nuar kaki jubur tuu, dah lupa ker...nanti aku link dia punya ceramah.
BalasPadamPAS BIRO AGAMA DAP
BalasPadamKapsul herba 30biji terbaik untuk kesihatan zakar lelaki, menambah nafsu, memberi kekuatan dan keaktifan mani lelaki. Merupakan produk jenama dunia yang banyak memberi manfaat kepada lelaki seluruh dunia. Kesan dan tindakbalasnya sangat natural. Selamat digunakan untuk lelaki semua peringkat umur. Gunakan paling kurang 30 hari & rasailah sendiri kehebatannya!!
BalasPadam