
KUANTAN, 27 Jan - PAS Pahang menggesa Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) membatalkan hasrat untuk membeli Hotel MS Garden dan lebih mengutamakan kemaslahatan ummah. Demikian kenyataan yang dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (foto) ketika mengulas isu kontroversi ini dalam posting terbaru di blog peribadinya semalam. Kata beliau, tinjauan awam mendapati rata-rata rakyat Pahang tidak bersetuju dengan tindakan walaupun tidak menggunakan wang zakat. Tindakan segera YDP MUIP, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah memberikan penjelasan segera terhadap isu ini harus dipuji. Baginda bertitah urusan pengambilalihan hotel itu oleh MUIP akan dibuat menerusi pinjaman, tetapi sama ada akan menggunakan wang zakat bagi urusan itu belum dimuktamadkan."Bagi saya masa untuk selesaikan hal kewangan ini dahulu dan kita akan pastikan cuba tidak gunakan wang zakat," titahnya (dipetik dari Sinar Harian). Dalam keadaan masih ramai umat Islam berada di tahap kemiskinan tegar, sebahagian besar rakyat Pahang sangat mengharapkan isu-isu utama dapat diselesaikan terlebih dahulu. Kegagalan kerajaan negeri untuk memastikan seluruh institusi agama berjalan dengan sempurna telah menyebabkan banyak urusan pentadbiran masih berhadapan dengan pelbagai kepincangan. Antara kepincangan yang dimaksudkan ialah seperti kegagalan melantik hakim Mahkamah Tinggi Syariah, hakim Mahkamah Rayuan Syariah, pendakwaraya, Pengetua Kuliah Sultan Abu Bakar, Pekan dan puluhan kekosongan naib Qadhi dan wali hakim. Kesemua ini telah membawa kesusahan kepada masyarakat Islam di Pahang. Apakah hujah kerajaan negeri Pahang dalam membeli hotel di tengah kota ibu negeri Pahang? Jika keutamaannya adalah untuk meninggikan imej MUIP, bukankah lebih baik selesaikan ratusan kes syariah seperti perceraian, tuntutan harta dan lain yang masih tertunggak akibat kekurangan pegawai daripada membeli hotel. Beliau turut menegaskan ketika ini, rakyat Pahang masih menunggu tindakan kerajaan negeri untuk melaksanakan hasrat KDYMM Sultan Pahang bagi mewujudkan sekolah agama Bestari di Pahang. Bahkan, rakyat Pahang sedang tertunggu-tunggu usaha kerajaan negeri untuk mengatasi pelbagai kekurangan kemudahan di sekolah-sekolah agama yang tidak lagi kelihatan, daripada pengumuman untuk membeli hotel mewah.
[Rata-rata rakyat berharap kerajaan negeri Pahang dapat mengunakan puluhan juta wang zakat yang terkumpul kini bagi meninggikan syiar Islam terutamanya bagi memajukan bidang pendidikan. Alangkah baiknya kalau setiap sekolah agama diperuntukan RM200,000 bagi membaikpulih kerosakan dan penyediaan kemudahan pendidikan, bantuan pendidikan kepada para pelajar miskin serta menigkatkan bayaran bantuan kepada pelajar agama di Timur Tengah kerana Pahang antara yang paling sedikit bantuan berbanding negeri-negeri lain. Selari dengan tuntutan dan hasrat rakyat, PAS Pahang menyarankan kerajaan negeri Pahang khususnya MUIP untuk membatalkan hasrat membeli hotel mewah sebanyak RM50 juta itu. Dana tersebut sepatutnya digunakan untuk perkara yang lebih bermanfaat kepada rakyat Pahang dan Islam itu secara keseluruhannya].
[Rata-rata rakyat berharap kerajaan negeri Pahang dapat mengunakan puluhan juta wang zakat yang terkumpul kini bagi meninggikan syiar Islam terutamanya bagi memajukan bidang pendidikan. Alangkah baiknya kalau setiap sekolah agama diperuntukan RM200,000 bagi membaikpulih kerosakan dan penyediaan kemudahan pendidikan, bantuan pendidikan kepada para pelajar miskin serta menigkatkan bayaran bantuan kepada pelajar agama di Timur Tengah kerana Pahang antara yang paling sedikit bantuan berbanding negeri-negeri lain. Selari dengan tuntutan dan hasrat rakyat, PAS Pahang menyarankan kerajaan negeri Pahang khususnya MUIP untuk membatalkan hasrat membeli hotel mewah sebanyak RM50 juta itu. Dana tersebut sepatutnya digunakan untuk perkara yang lebih bermanfaat kepada rakyat Pahang dan Islam itu secara keseluruhannya].






betul-betul betul.... sekolah agama kat Pahang ni begitu daif, cuba tengok asrama-asrama diorang satu almari kena kongsi 2 orang, katil nak roboh, ada yang x de almari, prasarana tak cukup.. bila tanya pengetua diorang kata tak dapat peruntukan dari kerajaan untuk baikpulih kerosakan di sekolah dan asrama.. kerajaan hanya menjaga sekolah cina dan sekolah tamil tapi sekolah agama dianaktirikan... jom lah orang-orang melayu beragama ISlam jangan la korang duk pangkah dacing lagi pada PRU 13 ni...sedar-sedarlah...
BalasPadamAmat bersetuju dengan pandangan Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.Antara kepincangan yang dimaksudkan oleh Dato Tuan Ibrahim Tuan Man ialah seperti kegagalan melantik hakim Mahkamah Tinggi Syariah, hakim Mahkamah Rayuan Syariah, pendakwaraya, Pengetua Kuliah Sultan Abu Bakar, Pekan dan puluhan kekosongan naib Qadhi dan wali hakim. Isu semudah melantik wali hakim pun mengambil masa bertahun-tahun sehingga menyusahkan Ibu bapa mencari wali hakim daripada luar kariah/kawasan mereka menetap. Apa masalah atas perlantikan ini. Nak siasat sampai lubang cacing agar yang dipilih bukan dari kalangan ahli pembangkang atau anti UMNO. Cara UMNO bertindak adalah parti lebih dashyat daripada komunis. Sayang Parti komunis China pun sudah beralih. Lihat perkembangan dinegeri CHINA yang pemimpin UMNO berlumba-lumba kesana waktu nak tarik minat masyarakat china tempatan kepada UMNO/BN. Berbalik kepada isu pembelian hotel MS Garden, kami rakyat akan tentang habis-habisan atas pembelian ini.8 Asnaf yang jelas termaktub pun MUIS tidak dapat nak selesaikan, ini apa benda nak masuk hartanah komersial. Jangan2 ada perkara lebih dashyat disembunyikan. Kami berapa orang2 MUIS yang berkuasa penuh jangan bersekongkol dengan pihak2 tertentu. Ingat ALLAH itu maha mengetahui. Kalau setakat mencari rezeki, ada dimana-mana cuma susah senang saja tapi kalau kita punyai prinsip, Insyallah tidak mustahil. Jadi kena tegas lah dalam hal2 yang berlawanan dengan hukum syarak.
BalasPadamJANGAN TAK FAHAM...
BalasPadamSEKOLAH AGAMA TANGGUNG KERAJAAN NEGERI, DARI HASIL2 NEGARA, (CUKAI2,TERMASUK INCOME-TAX ETC.) UTK PEMBIAYAAN NYA...
ZAKAT... DARI POKET UMAT ISLAM (YG WAJIB KENA BAYAR), UTK GOLONGAN TERTENTU. DAH NYATA, ALLAH TAALA KATA BEGITU.
ITULAH TUGAS PEMERINTAH......
TAHU YG HAK DAN YG BATHIL....
TAK FAHAM2..NAK KHILAS/KIAS APA LAGI???
muis??....hahahakkkk...
BalasPadamjangan tak faham. Zakat ada lapan asnaf je.... Beli hotel tu asnaf ke sembilan...ha ha ha..Muip sekarang da banyak pecahan asnaf....
BalasPadamnak kata bodoh, nampak cerdik... tpi cerdik tak leh pakai.... takkan lah untuk bantu kerajaan dan masyarakat Islam dengan menggunakan wang zakat untuk sek Agama jadi tak boleh... Tanggungjawab pemerintah juga ada pada wang zakat...Klu susah sangat nak bantu sek Agama Kerajaan....Bantu je sek Agama Rakyat. Bukan Banyak sangat sek agama Rakyat dan sek Tahfiz pesendirian kat pahang ni...
BalasPadamharapkan pagar, pagar makan padi...
BalasPadamRamainya jadi musang berbulu ayam...
Pagar TUA dan MUSANG KETOT...hihihi
gah pada nama nye..tp sistem nyaaaaa hancur..
BalasPadamIni ada udang sebalik batu....Shahzan Inn sape punya...Hyatt sape punya....MS Garden bakal sape punya....hehehehe. Zakat rakyat punya untuk 8 asnaf itu tidak termasuk beli bangunan komersial khususnya hotel yang menempatkan segala tempat maksiat. Boleh ke MUI jamin hotel bebas dpd maksiat. Hotel tidak hanya bergantung atas penyewaan bilik...mcm sekarang di MS Garden ada PREMIS2 MENJUAL ARAK, DISKO, DANGDUT, PUSAT 'MASSAGE' RESTORAN ???? PERNIAGAAN HOTEL HANYA MEREKA YANG MAHIR SAJA BOLEH BUAT BUKAN MUIS. Nak tadbir MUIS pun ta dapat...sampai hari ini pejabat2 agama daif dalam serba serbi,sampaikan wali hakim pun tidak dapat dilantik bvertahun lamanya sampai menyusahkan Ibu bapa pasangan yang mahu mendirikan rumah tangga. Mengapa pengusha hotel nak menjualkan hotel sekiranya ia membawa keuntungan kepadanya????? Jawab soalan itu dulu. Taukeh mana akan jual lombong emas kalau masih menghasilkan emas??? Nak tanya pada MUIS. Nanti dapat beli MS Garden nak bagi kroni mana membuat pengurusannya. Adakah akan jadi senasib macam hotel yang dibeli oleh LKPP, anak syarikat kerajaan NEGERI PAHANG, dipantai Balok. Apa jadi pada projek itu. Tanya LKPP berapa kah keuntungan yang didapat setiap tahun. Untung kah RUGI KAH tolong bagitahu rakyat. Kalau dah syarikat tanam sawit jual sawit ushakan saja ler tanah sawit ni pergi beli hotel nape?? Ada udang sebalik batu gak tapi itu cerita lama. Tapi kena lah jadikan teladan. Ini nak buat lagi!!! Harap PDO buat siasatan....cabaran untuk PDO.
BalasPadamPermohonan derma siswa bukan main canggih lagi kena minta secara online tapi nak dapatkannya kena tunggu setahun...sebab sistem yang dibangunkan terlalu canggih..ingatkan apabila habis tempoh permohonan boleh la dapat tetapi lambat..tau tau dok nak beli Hotel MS Garden 50j...ooooo
BalasPadamKuantan ramai suku/ setengah jutawan petroleum..duit zakat tahun lepas berapa juta diorang bayar. Ada rakan-rakan yang tahu.
BalasPadamminta dato2/ex yb isytihar harta dan bayar zakat tu ok.income sorang hasil perut bumi pahang cecah 800k-1M..takkan makan sorang jer kot.jangan sampai harta yang dapat tu ditelan bumi disebabkan ambil hasil perut bumi tamak sorang2.betul tak tok nan mesti tau sapa kan..jangan tipu berdosa tau heh..gajah depan mata boleh sorok..tapi kuman depan mata rakyat pun tau
BalasPadamkorang duk komen sini ada bayar zakat ke?
BalasPadambayar lah..kewajipan membayar zakat...bayar lah kat mana-mana negeri tau tempat yang tau memanfaatkan duit kat asnafnya...
BalasPadampdo ce tayang gambor orang yang beli hotel tu...
BalasPadamtu...dah tayang...gambar peg ekonomi...apalah..
BalasPadamya lah... takkan dia sorang....bukan macam beli goreng pisang 50sen je. mesti dia ada boss???? kan????
BalasPadamEmmm dulu MUIP pernah larang Tazkhirah semasa solat tarawih.... entahlah....
BalasPadammacam2..apalh nak jadi...abih duit zakat duit baitulmal buat niaga untuk untung sendiri. klu untuk Klu buka bazar untuk orng islam niaga abih 50j aku songkong, ramai dapat manfaatnye.....
BalasPadam