KUALA LUMPUR, 31 Jan - Pakar perlembagaan dan bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Abdul Aziz Bari (foto) hari ini berkata beliau sedih dengan gelagat UIA yang didakwa jelas menjadi "alat orang lain" dengan mengeluarkan kenyataan memalukannya, hanya kerana pertanyaan sepucuk surat pembaca "yang jahil" tentang ilmu dan gelaran profesor. Beliau menegaskan, dia tidak kisah gelaran sama ada gelaran profesornya ditarik balik oleh atau tidak kerana kepakaran yang dimiliki tetap bersamanya. "UIA boleh tarik gelaran itu tapi UIA tak boleh ambil ilmu saya. Kepakaran saya akan terus bersama saya. "Saya tidak boleh sekat orang panggil saya profesor; apa pun saya saya tidak kisah ada gelaran atau tidak. Saya tetap saya," katanya. Beliau dilaporkan tidak boleh lagi menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik setelah menamatkan perkhidmatan dengan UIA. "Nampak macam UIA hendak ikut sama memalukan saya supaya saya sukar menghadapi hari-hari yang mendatang. "Negara sudah tahu saya tidak lagi berkhidmat di UIA; jadi perlukah UIA membuat kenyataan begitu?" katanya. Dr Aziz juga berkata, secara faktanya, ramai "profesor pencen" masih dipanggil profesor kerana orang yakin dan hormat dengan ilmunya dan setakat ini tidak ada universiti di Malaysia yang membuat kenyataan umum seperti UIA itu. Beliau juga berkata tidak kisah atas tindakan itu kerana kegiatan akademik awamnya bermula sejak saya belum bergelar profesor lagi. "Dengan itu apa yang mereka lakukan tidak akan memberi kesan kepada saya," katanya. Menurut Dr Aziz juga berkata, gelaran profesor itu pun dipohonnya sebelum ini atas permintaan UIA sendiri melalui surat rasmi daripada rektor sepuluh tahun lalu. "Tidak seperti orang lain saya tidak memohon, Saya diminta oleh pihak UIA, hujung 2002, untuk memohon jawatan profesor. "Mungkin kerana ketika itu tulisan dan autoriti saya mengatasi rakan-rakan lain dalam fakulti dan mereka mahu saya 'masuk' dulu," tambah beliau lagi.
[Tindakan UIAM menarik gelaran "profesor" Dr.Aziz Bari ini sebenarnya satu isu yang cukup memalukan dan amat kebudak-budakan sebenarnya. Ternyata nampak benar, UIAM kini sudah menjadi alat kepada politik pemerintah. Mereka sanggup lakukan apa saja demi menjaga nama baik, sedangkan mereka lupa rakyat melihat apa yang dilakukan. Apapun, syabas dan tahniah kepada Dr.Aziz Bari kerana berani untuk mempertahankan kebenaran. Sudah menjadi dasar, apabila ada mana-mana tokoh akademik dan individu yang didapati mengeluarkan kenyataan yang tidak selari dengan kerajaan maka akhirnya mereka akan dicop sebagai pengkhianat. Sedangkan, mereka yang menjadi mangsa itulah sebenarnya yang benar-benar jujur dalam perjuangan. Kini, Dr.Aziz Bari lebih bebas untuk mengeluarkan pendapat dan pandangan beliau terhadap isu politik tanahair selepas dirinya meninggalkan UIAM. Semoga masa depan beliau akan lebih cerah hendaknya selepas ini bila bersama rakyat].

Spesis umno ini tidak kira di mana-mana institusi tetap dengan sikap bodohnya. Lebih memalukan mereka yang mencari makan di menara gading sanggup melakukan perkara yang kurang wajar demi ingin mendapat perhatian "bos" di atas. Saya cadangkan kalau sekiranya Pakatan Rakyat berjaya dalam PRU nanti, tolonglah bersihkan dan nyahkan spesis ini dari universiti...buat malu aje.
BalasPadamKepada Prof. Aziz Bari, rakyat mengakui keintelektualan prof dan tetap memanggil tuan dengan panggilan prof.
DULU AKU CIKGU.. SEKARANG TAK LAGI.
BalasPadamTAPI SEKARANG PUN MASIH PANGGIL AKU CIKGU LAGI.. MALU AKU,KERJA LAIN DA.!!
PROFESOR LAGI TINGGI DARJAT DARI AKU, SO MEMANGLAH TAK AKAN HILANG GELARAN TU.. PROF TETAP PROF LAH!!
JANGAN IKUT SANGAT BANGANG-BANGANG KAT LUAR TU.. DEPA BUKAN ADA TITLE/KELULUSAN PUN BELUM TENTU SEBAIK PROF!!
WE LOVE U PROF!!!
Banyak IPTA dan IPTS dalam dan luar negara. Kalau pemimpin risau kehilangan intelektual yang mengaji luar negara tak balik-balik..yg dalam negara pun dilayan begini, bagaimana nak melahirkan jiwa ilmuan Melayu yang besar dan merdeka. Sedih kesarjanaan diperkotak-katikkan. Maka hilanglah satu Profesor Melayu.
BalasPadamApa nak sedih..
BalasPadamSpesis umno ni memang suka rakyat setiasa bodoh, sebab golongan inilah yang banyak mengundi mereka.
Kita tengok kes NFC lembu, satu ekor umno pun tak marah walaupun wang rakyat RM250 juta hancur..
Ada aku kesah, kata mereka..
Apa2 jadi dalam malaysia ni semua salah UMNO..
BalasPadamApa otak kepala lutut punya Pakatan Rakyat...