KUANTAN, 25 Jan - Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (foto) akan berbincang dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mencari jalan penyelesaian memerangi gejala rasuah bola sepak dan mengatur perlawanan di negara ini. Menurut Tengku Mahkota Pahang, isu rasuah dalam kalangan pemain bola sepak akan diberi keutamaan kerana jika ia dibiarkan menular, kredibiliti sukan itu dan imej pasukan bola sepak negara akan terjejas. "Setakat ini saya tidak akan buat apa-apa kenyataan sehingga berjumpa dengan PDRM. Usaha membanteras gejala rasuah ini kita akan tingkatkan sebab kita tak mahu disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga...sebab seorang dua, rosak nama sukan bola sepak negara. "Walaupun susah kita nak atasi tapi kita akan lakukan demi memajukan sukan ini ke tahap lebih tinggi," katanya kepada pemberita di Sungai Isap di sini hari ini selepas melawat keluarga dua beradik yang mati lemas ketika mandi di Pantai Sepat di sini Ahad lepas. Tengku Abdullah turut kesal sekiranya isu itu melanda pemain-pemain muda yang telah diberikan peringatan serta tahu implikasi daripada perbuatan rasuah terhadap diri mereka serta kepada sukan bola sepak negara. "Kita berharap polis dapat beri pandangan (dan) sekiranya undang-undang yang ketat perlu dilaksanakan, kita akan buat," katanya. Katanya lagi, gaji bukan faktor yang menyebabkan gejala itu berlaku kerana imbuhan yang diterima pemain adalah setimpal dengan prestasi mereka.
[Dikala pasukan negara kembali ke persada antarabangsa, kini kita tiba-tiba dikejutkan pula dengan insiden rasuah yang sungguh memalukan. Umum masih ingat, ketika maruah bolasepak negara merudum gara-gara isu ini dulu. Namun, apakah ia harus terjadi lagi ketika pasukan negara kini mula gah dan digeruni oleh pasukan lawan terutamanya dari negara Asia Tenggara?. Justeru, Tengku Mahkota Pahang selaku Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) diharap dapat mencari jalan untuk memulihkan kembali imej sukan itu yang semakin tercalar sekarang ini. Mereka yang terlibat perlulah diambil tindakan dan dibawa ke muka pengadilan. Jika amalan ini terus dibiarkan, maka kita khuatir peminat tidak akan memercayai lagi sukan bola sepak secara keseluruhannya nanti].






" MASIHKAH KAU INGAT, SEWAKTU MASA DULU".....
BalasPadamINILAH LAGU YG AMAT TERGURIS HATI PEYOKONG2 TEGAR PAHANG SEWAKTU KALAH DITANGAN SELANGOR DALAM "PIALA MALAYSIA" DISAAT2 AKIR (5minit)PIALA DALAM GENGGAMAN..!!!
BERPULUH-PULUH BUAH BAS PULANG LONGLAI MELALUI SEMPADAN PAHANG-SELANGOR YG HAMPIR MENCETUSKAN RUSUHAN SEWAKTU PERJALAN PULANG..
..." inilah akibatnya....