TEMERLOH, 23 Jan - BN Pahang yakin mampu merampas semula semua kerusi yang ditawan pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 nanti. Menteri Besar Pahang
Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) berkata berdasarkan angin perubahan politik semasa, BN yakin dapat merampas semula kerusi terbabit walaupun mengakui ia sedikit sukar.
"Kerusi parlimen Kuantan sedikit sukar kerana isu Lynas tetapi Parlimen Indera Mahkota kita tidak ada masalah. "Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semantan, Beserah juga tiada masalah, malah Triang dan Tras juga boleh kita rampas jika kita bekerja keras dan bersatu padu, kesemuanya boleh kita rampas kembali," katanya ketika berucap pada perjumpaan dengan 3,000 jentera pilihan raya Wanita BN di sini semalam. Adnan berkata
pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri yang merupakan sayap kanan parti perlu sentiasa turun padang mendekati rakyat dan mendengar serta mencari jalan membantu menyelesaikan masalah mereka.
"Kesilapan masa lampau perlu dijadikan pengajaran dan kali ini kita perlu bekerja kuat untuk menang di mana segala kelemahan perlu diatasi. "Kita jangan persoalkan siapa calon atau komponen parti, yang pentingnya kita perlu menang dan segala janji rakyat akan kita tunaikan," katanya. Sehubungan itu, beliau mengingatkan anggota parti supaya mengetepikan perkara remeh temeh yang boleh gugat keutuhan parti menjelang PRU-13.
Sokongan rakyat terhadap isu Lynas yang diperjuangkan oleh Fuziah
jadi alasan BN tidak yakin untuk rampas kerusi yang diwakilii beliau [Walau apa jua situasinya, ramai pemerhati politik meramalkan BN akan terus berkuasa di Pahang selepas PRU-13 ini nanti. Ia berlandaskan kepada fakta mereka mendapat sokongan padu dari kalangan pengundi "tegar" saluran satu di kawasan Felda, perkampungan orang asli dan sebagainya. BN cuma akan kehilangan banyak kerusi DUN di kawasan bandar kali ini. Ia berdasarkan kepada mood pengundi kaum Cina yang akan "spin" pada PRU-13 untuk memberi sokongan kepada pembangkang selepas melihat kerajaan BN gagal membela nasib mereka dalam isu Lynas. Lantaran itu jugalah BN akur dengan kekuatan Fuziah Salleh di kerusi Parlimen Kuantan kali ini. Bagi Parlimen Indera Mahota pula, harapan BN untuk merampasnya dilihat pada tahap 50-50. Itu pun jika benar, pembangkang pilih orang luar untuk jadi calon mewakili parlimen itu. Faktor anak tempatan jadi penentu dan pembangkang harus berhati-hati memilih calon mereka kali ini, jika tersilap pasti kehilangan Parlimen Indera Mahkota].
SEDAP TUH.. TOK NAN SEDANG BERMIMPI!!!
BalasPadamAPA DIA INGAT SEMA ORANG SOKONG DIA.. kahkahkahkah...
LE NIE ORANG KAMPONG YG DAPAT RM500.00 JE, SOKONG KAT DIE, MAK2 JANDA, WARGA TUA (YG TAK SEDAR DIRI), TOKCIK2 NELAYAN YG DAPAT RM200.00 DAN MAT2 YG BERBAYAR/KAWIN NKONTRAK.
hehehehehehe...
TUAN BERAHIM TUAN MAN (N/P -PAS)PUN DAH JANJI...
BalasPadamKALU PAHANG NIE MENANG... SAH DAPAT TANAH LOT/LOT RUMAH UNTUK RAKYAT..
LAGI HEBAT..CAYA LAH PD ALLLAH TAALA YG BERKUASA.
NIE YG DITUNGGU2 DAN NAK DENGAR NIE.. BUKAN RM100/RM200/RM500 -ONE OFF MASA MENGUNDI JE.. PASTU DIA TIBAI BALAK/BIJIH/TANAH ETC.
SEMUA PEGAWAI2 KERAJAAAN 100% SETUJU SBB DIA ORANG TAKDE SEKEPENG TANAH PONG WLAU KHIDMAT HINGGA PENCEN MEMBANTU NEGERI INI...
woiiii, sedar,sedar,sedar......!!!
Lepas ni apa pulak...keluar Racun Lyanas dah keluar...Bijih Besi dah keluar...gasak Balak hutan simpan dah keluar...harap orang UMNO keluar juga sertai DAP,PAS,PKR....!ha....ha...
BalasPadamkeluar jgn tak keluar kome dah tak sabor dah nak tgk BN jatuh kat pahang ni..kita tukaar kereta baru..negeri kaye tapi rakyat mesekin juge..
BalasPadamnegeri kaya raykat miskin..tp pemimpin kaya.bn gulung tikar pasni depa boleh tido la dalam lombong besi masing2.
BalasPadam