KUANTAN 14 Jan - Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Pahang sentiasa bersiap sedia untuk menangani apa jua krisis, kecemasan dan bencana yang berlaku di negeri ini. Pengarahnya, Kolonel Che Othman Hussin (foto) berkata, persediaan itu termasuk kemungkinan berlakunya banjir gelombang kedua ekoran hujan lebat yang berterusan selama empat hari sejak Selasa lalu. Menurutnya, JPAM Pahang kini memiliki 43,326 Anggota Sukarelawan Pertahanan Awam (ASPA) terlatih yang sentiasa bersiap sedia untuk digerakkan sekiranya berlaku bencana. "Kami (JPAM Pahang) tidak hadapi sebarang masalah, dengan kelengkapan logistik dan anggota yang ada, kami sentiasa bersiap sedia menghadapi apa jua bencana termasuk banjir di negeri ini. "Kami juga mempunyai bilik gerakan yang beroperasi selama 24 jam di Kuantan dan Temerloh dan sekiranya apa-apa berlaku, anggota di dua daerah inilah yang pertama akan bergerak sebelum dimaklumkan kepada anggota lain sekiranya bantuan diperlukan," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan kenderaan operasi JPAM Pahang tahun 2012 di sini hari ini. Pada majlis tersebut, JPAM Pahang menerima enam kenderaan baru iaitu sebuah lori lima tan dan lima buah pacuan empat roda serta dua van yang diubah suai menjadi ambulans. Che Othman berkata, melalui statistik Sistem Respons Kecemasan Malaysia 999 (MERS 999) bagi 2011, sejumlah 6,432 kes kecemasan ditangani JPAM Pahang dengan mangsa diselamatkan seramai 3,874 orang. "Ini jelas menunjukkan JPAM begitu dekat di hati rakyat manakala anggota pasukan pertahanan awam pula mempunyai ruang yang lebih luas untuk mencurahkan khidmat bakti kepada negara," katanya. Beliau juga berkata, pada tahun ini pihaknya sasarkan pengambilan ASPA seramai 18,000 orang.
KKM cadang wajibkan insurans untuk pelarian, pemohon suaka
-
Langkah ini bagi menampung kos rawatan, bendung tunggakan bil perubatan
pesakit bukan warganegara, kata timbalan menteri.
34 minit yang lalu






Baguslah. ko orgpun bukan ada keje pun.
BalasPadam