script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Fuziah Salleh, Sedia Berdebat Dengan MB Pahang Tentang Lynas Anjuran Sinar Harian Februari Ini

KUANTAN, 19 Jan - Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh (foto) bersedia untuk berdebat dengan Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob mengenai isu kilang Lynas yang mendapat perhatian umum khususnya masyarakat di sini. Fuziah berkata, beliau sememangnya bersetuju dan menyambut baik saranan Adnan untuk bersemuka dalam satu sesi perbincangan atau debat secara ilmiah berhubung perkara itu. Menurutnya, pasti ia adalah medan terbaik bagi orang ramai membuat pernilaian terhadap persoalan Lynas tersebut. Katanya, pihaknya kini menunggu kata putus dari Kerajaan Negeri Pahang berhubung perkara itu. "Saya menyatakan persetujuan untuk berdebat apabila diajukan Sinar Harian dan menyambut baik persetujuan Adnan dalam perkara ini. Sinar Harian yang mempunyai pengalaman dalam mengadakan sesi perbahasan seperti Wacana Sinar Harian juga bersetuju untuk bertindak sebagai penganjur. "Program ini dijangka diadakan di Kuantan pada minggu pertama atau kedua Februari ini," katanya. Difahamkan sesi perdebatan itu akan menyentuh mengenai soal sama ada wajar atau tidak Lynas diberikan kelulusan untuk memulakan operasinya di Kuantan. Fuziah berkata, program tersebut akan mempertemukan dua pihak iaitu pihak yang bersetuju serta menentang dan pihaknya akan mengemukakan hujah selain fakta termasuk bukti kukuh yang disokong pakar luar. "Perdebatan itu juga akan memberi kesempatan kepada rakyat Kuantan untuk memahami isu Lynas dengan lebih lanjut. "Apa yang kita perkatakan selama ini adalah untuk kebaikan rakyat Kuantan," ujarnya. Beliau turut menyentuh mengenai keputusan Kerajaan Negeri Pahang yang tidak melanjutkan tempoh meneliti dokumen permohonan lesen peringkat pengendalian sementara syarikat Lynas Malaysia Sdn Bhd sebagai tidak relevan. Tegasnya, dokumen lebih 100 muka surat penuh aspek teknikal itu perlu dikaji secara teliti dan tidak boleh semudahnya diputuskan dalam tempoh yang singkat.

[Kesediaan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh untuk berdebat secara terbuka dengan MB Pahang dalam isu Lynas ini sepatutnya disambut dengan tangan terbuka oleh Adnan Yaakob. Tidak perlu sebarang alasan lagi, jika merasakan Kerajaan Negeri Pahang menerima Lynas itu adalah benar belaka. Ini kerana rakyat melihat, kemasukan projek itu penuh dengan unsur-unsur yang mencurigakan dan kontroversi. Tambahan pula ketika itu, adik Adnan Yaakob sendiri merupakan orang kuat agensi yang terbabit untuk memberi khidmat nasihat membawa masuk projek itu ke negara dan negeri ini. Lantaran itulah, rakyat bangkit dan terus mendesak projek itu dibatalkan demi keselamatan rakyat. Apa jua alasan yang diberika sudah tidak boleh diterima lagi oleh rakyat sebenarnya. Ini kerana, mereka membawa masuk Lynas secara diam-diam dan sekarang baru mahu mengadakan penerangan ketika kilang itu sudah berdiri megah di kawasan perindustrian Gebeng di Kuantan. Kini, rakyat boleh menilai, jika MB Pahang takut berhadapan dengan Fuziah maka sahlah mereka semua "cakap tak serupa bikin". Rakyat wajar menolak UMNO BN pada Pilihanraya Umum ke-13 ini jika mahu Lynas dihantar balik ke Australia. Jika tidak, mereka akan menanggung derita dan sengsara buat selamanya].
Share:

12 ulasan:

  1. SYABAS YOU KAK FOZI...
    YOU SANGGUP MENCARI APA YG TERSEMBUNYI DISEBALIK KEBAIKAN/KEBURUKAN "LYNAS' INI...
    BAGI LAH PENDUDUK SEKITAR KUANTAN NI BUAT PENILAIAN..
    KOT NANTI DITAKDIRKAN ALLAH TAALA BERLAKU "KECUAIAN MANUSIA" /MUSIBAH YG TAK DIINGINI,.. SENANG CLAIM DGN. TOK NAN/STATE OF PAHANG/PIHAK INSURAN...
    ADA BERANI KA YON NAN ???.
    Kita digula2kan yg baik baik saja, yg pahit,masam disorok.. mengapa??
    Kasi sema tahu laaa.. gentlement!!!

    BalasPadam
  2. Mari kita sama-sama pangkah PR. Hanya PR je boleh settle masalah kita. Pasni pasti kita tak payah bayar cukai tanah, cukai pintu dan segala macam jenis cukai. Parking tak payah bayar, boleh taruk mana suka. Sampah boleh buang mana suka sebab takdak orang berani saman. Api, air, road tax, ptpn, tol, sekolah anak semuanya free. Mana-mana yang ada saman masa BN perintah, automatik terbatal. Kilang-kilang haram atau tak haram yang berbahaya sama-sama kita tutup. Semua kerajaan PR boleh tanggung. Fuyoh...seronoknya!!!! Dah tok sabor nok tunggu PRU13 ni.

    BalasPadam
  3. Pahang/Malaysia ni kalau betul2 bersih/ 100% Telus..
    Lebih dari itu pun dapat, malah elaun penganggur pun dapat.
    Allah bagi kat Malaysia ni negara paling kaya/berharga di dunia.
    Semua benda ada, salji je tak de.. tu pun boleh gi kat Bukit Cerakah.
    Buat la sembahyang hajat banyak2 dibukakan hati pemerintah Malaysia ni jadi orang baik2 (macam TGNA)

    BalasPadam
  4. aku rasa kalau PR perintah pun LYNAS still on..same lah kilang arak kat selangor..nape tak tutup kilang yang dah terbukti keharamannya..

    BalasPadam
  5. nape YB Fuziah nk debat dgn Tok Nan? bukan kan lebih baik debat dgn wakil Lynas...

    BalasPadam
  6. biasalah..dah jadi isu politik Lynas ni..makin glamour la lynas pas ni..nak kaji isu radioaktif tanya MB memanglah tak terjawap mamat ni..kalo nak repair kete takkan nak gi kedai motor plak..bijok la skit..guna akal yang dikurniakan ALLAH s.w.t tu..

    BalasPadam
  7. Wooooo...
    Kita berdebat dengan pemakan CILI bukan PENJUAL CILI.
    Penjual CILI BEBAS nak jual kat sape-sape..
    Pembeli/pemakan CILI ni.. nak rasa PEDAS yg lebih@lebih.
    Betoi kan??

    BalasPadam
  8. dah tu pemakan cili dapat dari mana cili tu kalau bukan penjual cili..kalau taknak makan cili debat dengan penjual dan penanam cili terus..selesai masalah..

    BalasPadam
  9. bg aku lah..Fuziah & Adnan ni sama2 x tahu sgt pasal2 radiasi nie..sbb 2 byk fakta kedua2 org nie x btl sgt..diaorg pn rujuk pada pakar2 yg menyokong diaorg jgk..klau Fuziah bwk 10 pakar jd Tok Nan kena la bwk pakar2 dia jgk..jd tak ade ape yg nk ditakutkan biar pakar2 kedua2 blh pihak jee yg berckp..

    BalasPadam
  10. Mari kita sama-sama pangkah PR. Hanya PR je boleh settle masalah kita. Pasni pasti kita tak payah bayar cukai tanah, cukai pintu dan segala macam jenis cukai. Parking tak payah bayar, boleh taruk mana suka. Sampah boleh buang mana suka sebab takdak orang berani saman. Api, air, road tax, ptpn, tol, sekolah anak semuanya free. Mana-mana yang ada saman masa BN perintah, automatik terbatal. Kilang-kilang haram atau tak haram yang berbahaya sama-sama kita tutup. Semua kerajaan PR boleh tanggung. Fuyoh...seronoknya!!!! Dah tok sabor nok tunggu PRU13 ni.

    BalasPadam
  11. Mari kita sama-sama pangkah PR. Hanya PR je boleh settle masalah kita. Pasni pasti kita tak payah fikir nak bayar cukai tanah, cukai pintu dan segala macam jenis cukai. Parking tak payah bayar, boleh taruk mana suka. Sampah boleh buang mana suka sebab takdak orang berani saman. Api, air, road tax, ptpn, tol, sekolah anak semuanya free belaka. Mana-mana yang ada saman dan waran mahkamah masa BN perintah, automatik terbatal. Kilang-kilang haram atau tak haram yang berbahaya sama-sama kita tutup. Semua kerajaan PR boleh tanggung semuanya. Barulah negara kebajikan namanya. Fuyoh...seronoknya!!!! Dah tok sabor nok tunggu PRU13 ni.

    BalasPadam
  12. Kerana DUIT sangup RACUN Rakyat.....!pemerintah Haprak...Hampass...!

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Ambil Keterangan Rakan Serumah Bagi Membantu Siasatan Kes Seorang Penuntut Wanita Maut Dibunuh Teman Lelaki Di Kuantan

KUANTAN: Polis mengambil keterangan tiga individu bagi membantu siasatan kes seorang penuntut wanita maut dipercayai dibunuh teman lelakinya...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.