[Ketika berjenaka sesama mereka, penduduk menggelarnya "Hutan Simpan NAN". Itulah Hutan Simpanan Kekal Kemasul yang terletak dalam DUN Pelangai yang diwakili oleh MB Pahang sendiri, Dato' Sri Diraja Adnan Haji Yaakob. Dalam kunjungan kali kedua ini, penduduk tempatan menceritakan kemusnahan dan malapetaka yang mereka alami akibat penebangan berleluasa di hutan simpan ini. Puluhan lori balak sarat muatan kini beroperasi pada waktu malam. Kesan kerosakan kepada jalan raya semakin jelas. Mujurlah dengan demam pilihan raya yang melanda negara ketika ini, ia lebih kerap ditampal. Ancaman gajah dan monyet kepada ladang peneroka amat serius kini, setelah binatang-binatang liar tersebut hilang sumber makanan dari hutan simpan yang telah digondolkan. Tinjauan pertama kami beberapa ketika dahulu boleh ditonton di pautan berikut: http://www.youtube.com/watch?v=UAPw1KA3voo]
Aston Villa humble Liverpool to secure Champions League qualification
-
A commanding 4-2 victory sends Aston Villa into next season's Champions
League, which leaves the Reds still at risk of missing out on Europe's
elite compet...
55 minit yang lalu






Sedih melihat senario Manusia Tamak: 1) Bijih Besi
BalasPadam2) Balak
3) Emas
Semua ni mengenyangkan pihak tertentu. Klu Hasil dikongsi utk kebanjikan negeri banyak dah manfaatnya utk rakyat tapi hanya KENYANGKAN golongan tertentu. Tengok saja lombong Luit. Di tengah hutan siap adalah kawalan bersenjata lagi kat pos. Firman Allah (surah Rum: 41)- " Jelas kerosakan di daratan dan lautan kerana tangan manusia"... Lihat ayat seterusnya.. Allah beri rasa atas kerosakan itu bagi sesetengah mereka yang melakukan moga2 mereka bertakwa.