Sumber kerajaan negeri berkata, permintaan yang disampaikan melalui orang tengah itu dipercayai bertanya sama ada PAS bersedia untuk menamakan seorang calon Menteri Besar jika krisis berhubung jawatan tertinggi tidak diselesaikan segera.
"Mesej ini telah diserahkan kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang," kata sumber itu.
Abdul Hadi yang juga Presiden PAS turut dimaklumkan bahawa istana menolak pilihan PKR yang menamakan Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar.
Difahamkan bahawa Sultan Sharafudin Idris Shah amat terganggu dengan kemelut politik di Selangor tanpa penyelesaian yang jelas dan memberi kesan terhadap kebajikan dan kemajuan rakyat Selangor.
Kemelut politik Selangor makin berpanjangan berikutan keengganan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk berundur sebagai Menteri Besar.
Lebih merumitkan bahawa PKR tetap berkeras untuk menamakan Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal bagi jawatan Menteri Besar.
Sehubungan itu pihak istana dipercayai akan beralih kepada PAS sebagai jalan penyelesaian jika PKR gagal menyelesaikan isu partinya sendiri.
Sebelum ini Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata partinya menghormati persetujuan bahawa jawatan Menteri Besar adalah hak PKR.
Walau bagaimanapun, parti itu masih belum bersetuju supaya Dr Wan Azizah dilantik ke jawatan itu.
Mustafa mengesahkan bahawa Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dimaklumkan mengapa PAS tidak menyokong isterinya itu.
Bagaimanapun satu keputusan perlu dibuat esok apabila Jawatankuasa PAS Pusat mengadakan mesyuarat untuk membincangkan perkara itu.
Difahamkan bahawa parti itu kini menjurus ke arah untuk mencadangkan nama lain dari PKR - mungkin Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali atau wakil rakyat Ijok, Dr Idris Ahmad.
Cadangan nama itu akan dibentangkan kepada istana bersama-sama dengan Dr Wan Azizah. #sumber







Ini adalah berita rekaan untuk menegak benang basah di pihak PAS. Apa tuanku Sultan Selangor tu tak skolah ke tak tahu yang baginda tidak mencemar duli bermain politik murahan.
BalasPadamsalam...
BalasPadammgkn ada benarnya Sultan X maukan Dswa sbagai Mb.Sultan ada power gak weh. rujuk kes di teganu n Perlis.
sene citer, tukar calon Mb...X pyh pening2. full stop