script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

MB: Adun PAS Kawasan Morib Kekal Sokong Dr.Wan Azizah


PETALING JAYA: Walaupun dikecam kerana bertindak membelakangi parti, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS kawasan Morib, Hasnul Baharuddin tidak berganjak dengan pendiriannya supaya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail diangkat sebagai menteri besar Selangor yang baharu.

Pendiriannya itu sekali gus menolak saranan PAS Selangor supaya beliau dan seorang lagi Adun PAS kawasan Hulu Kelang, Saari Sungib menarik balik keputusan mereka dalam tempoh 24 jam.

"Saya tegas dengan keputusan dan pendirian sebelum ini. Saya tak akan tarik balik. Inilah keputusan muktamad saya," katanya di sini, Jumaat.

Pada Khamis, Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman memberi tempoh 24 jam kepada Hasnul dan Saari supaya menarik balik pendirian mereka dan patuh kepada arahan parti supaya menyokong kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar sedia ada.

Gesaan itu berikutan pendirian kedua-duanya yang sedia meninggalkan parti dan menjadi wakil rakyat bebas jika pimpinan PAS menolak Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar yang baharu.

Mengulas lanjut, Hasnul sebaliknya berkata, PAS Selangor tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengambil sebarang tindakan disiplin terhadap mereka.

"Kesalahan yang dilakukan tidaklah begitu besar. Malah PAS Selangor tidak mempunyai locus standi untuk mengambil tindakan.

"Saya serah kepada PAS Pusat untuk tindakan lanjut berhubung pendirian saya ini," katanya.

Sementara itu, usaha  untuk mendapatkan komen Saari berhubung gesaan PAS Selangor supaya beliau menarik balik pendiriannya masih gagal. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.