KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli akan disiasat di bawah Akta Hasutan esok, 27 Ogos berhubung isu Selangor.
Beliau diminta memberi keterangan pada jam 3 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.
Perkara itu disahkan Pengarah Guaman KEADILAN, Latheefa Koya.
Menurut Latheefa, siasatan terhadap Rafizi yang juga Naib Presiden KEADILAN itu adalah berkaitan kandungan kenyataannya yang disiar akhbar The Edge Malaysia.
Laporan tersebut bertajuk ‘Will Rafizi Quit if Selangor is not toppled?’.
“Beliau akan disiasat berhubung temubualnya mengenai isu Selangor, dan selepas ini berkemungkinan besar Rafizi akan didakwa di bawah Akta Hasutan.
“Bukan Rafizi sahaja, malah hari ini Khalid Samad juga didakwa di bawah akta yang sama.
“Sebelum ini N Surendran turut dikenakan pendakwaan serupa. Di sini kita nampak dengan jelas bahawa Barisan Nasional di bawah pimpinan Najib Razak sangat aktif menggunakan akta ini terhadap pemimpin Pakatan Rakyat,” kata Latheefa ketika dihubungi.
Rafizi akan ditemani peguam Lawyers for Liberty (LFL), Eric Paulsen. #sumber






Tiada ulasan:
Catat Ulasan