script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Zuraida Tegaskan Wan Azizah Akan Jadi MB Yang Lebih Baik


SHAH ALAM: Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin menegaskan yang presiden mereka, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menjadi menteri besar yang jauh lebih baik dan berkesan daripada Tan Sri Khalid Ibrahim, jika diberi peluang.
Katanya, Dr Wan Azizah mempunyai pengalaman lebih 16 tahun sebagai pemimpin parti dan memainkan peranan yang sangat penting dari hari pembentukannya sehinggalah ke hari ini.
Dan beliau melakukan tugasnya dengan penuh berkesan walaupun dari semasa ke semasa dibelenggu dengan kes-kes mahkamah yang melibatkan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tegas Zuraidah.
"Barang diingat Wan Azizah adalah ketua pembangkang wanita yang pertama di Dewan Rakyat, jadi soal kemampuannya memimpin tidak perlu dipersoalkan lagi," ujarnya kepada para pemberita ketika ditemui selepas pembukaan persidangan sayap wanita pada kongres parti itu yang ke-10 di sini Jumaat.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar turut mempertahankan keputusan partinya untuk mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar.
Tambahnya, soal setuju atau tidak setuju adalah sebahagian daripada asam garam dalam mana-mana gabungan atau pakatan politik. #sumber
Share:

2 ulasan:

  1. Salam,
    Sepanjang penglibatan saya dalam PKR(dah keluar parti sejak pilihanraya semula kajang) Zuraidah dan wanita angkatan nya tak pernah tunjuk hormat pada Presiden Parti pun.
    Tetiba kali ini menjulang tinggi nama Presiden Parti! Presiden Parti harus ada keberanian utk berkata yang benar!!!

    BalasPadam
  2. Sekarang ekonomi tengah teruk. tak ada kerja.Harap-harap lepas ni ehem...ehem!

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.