script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Krisis MB: ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail Cabar Di Pecat !


PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Tiga, Rodziah Ismail masih berdolak-dalik mengenai pendirian berhubung kedudukannya sebagai ahli exco kerajaan Selangor.

Rodziah yang kini menjadi exco tunggal daripada PKR dalam kabinet Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagaimanapun hanya menegaskan untuk akur kepada keputusan parti yang dianggotainya.

Beliau yang baru tiba di tanah air pada lewat malam Rabu selepas menghadiri kursus politik di Bangkok, Thailand tidak menyatakan keputusannya sama ada mahu melepaskan jawatan dalam kerajaan negeri atau terus bersama Abdul Khalid.

"Saya akan akur kepada keputusan parti yang saya anggotai.

"Keakuran saya itu, saya percaya adalah untuk menunaikan amanah memelihara mandat yang telah diberi oleh rakyat pada PRU ke-13 lalu kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir Selangor," katanya menerusi kenyataan pada awal pagi Khamis.

Selasa lalu, Abdul Khalid yang kini merupakan wakil rakyat Bebas memecat kelima-lima exco daripada PKR dan DAP yang tidak menyokong pentadbirannya.

Katanya sebab utama pemecatan itu adalah kenyataan bersama mereka yang bercanggah dengan 10 Akujanji dan Sumpah Kesetiaan ketika dilafaz semasa mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor sebelum ini.

Lima Exco yang terlibat adalah tiga daripada DAP iaitu Datuk Teng Chang Khim, Ean Yong Hian Wah dan V. Ganabatirau manakala daripada PKR ialah Elizabeth Wong Keat Ping dan Dr Daroyah Alwi.
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.