script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Protes Aman Di Luar Bangunan SUK Gesa Khalid Berundur


SHAH ALAM: Kumpulan kecil yang terdiri daripada ahli beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), mengadakan demonstrasi di bangunan SUK di sini pada Jumaat menggesa Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berundur.

Kumpulan itu, yang menggelarkan bantahan itu sebagai "Kempen Kembalikan Selangor" melakukan bantahan di luar pintu pagar utama bangunan itu dengan berkata memandangkan Khalid bukan lagi ahli PKR, beliau perlu meletak jawatan dan membuka jalan bagi Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengambil alih kedudukan menteri besar.

Seorang wakil kumpulan itu, Ng Yap Hwa, berkata Dr Wan Azizah telah mendapat sokongan daripada 30 wakil rakyat pada Khamis, jadi jelas sekali Khalid tidak mempunyai sokongan untuk kekal sebagai menteri besar.

Dia juga mendakwa pemecatan lima anggota exco dibuat tanpa mengikut nilai-nilai demokrasi.

"Beliau (Khalid) memecat ahli exco tanpa meminta persetujuan PKR dan DAP. 

"Ini adalah bertentangan dengan demokrasi kerana rakyat Selangor mengundi untuk parti dan bukan dirinya seorang," katanya semasa mengadakan protes.

Kumpulan itu telah dihalang daripada memasuki bangunan oleh pengawal.

Ahli-ahli kumpulan itu kemudian mengikat reben hitam di pintu utama untuk menunjukkan bahawa demokrasi yang dinyatakan telah mati. #sumber
Share:

2 ulasan:

  1. apa pasal buat demo di luar pejabat TSKI? tupai duduk kat pokok lain la kawan.

    BalasPadam
  2. Sedarlah dswa bukan anak selangor.
    Percayalah segala tuduhan mereka terhadap tski adalah fitnah. Inilah fitnah akhir zaman yg Nabi saw minta kita elakkan. Jgn mudah terpedaya.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.