script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Tengku Abdulah Titah Agar Pilih Institusi Kewangan Islam !


KUANTAN: Pembeli rumah khususnya umat Islam diingatkan supaya memilih institusi kewangan Islam untuk membiayai pembelian rumah mereka.

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, ini kerana, menerusi institusi kewangan Islam, urus niaga kewangan mereka bebas daripada riba atau faedah selain mempunyai perlindungan takaful atau insurans.

Baginda berpendapat, institusi kewangan Islam di negara ini mampu menyediakan kaedah pembiayaan pemilikan rumah yang mematuhi syariah dan kompetitif.
"Di antara kaedah yang popular ialah Bai Bithaman Ajil (BBA) dan kontrak perkongsian Musyarakah Mutanaqisah (MM).

"Kaedah ini telah diluluskan oleh Majlis Penasihat Syariah, Bank Negara Malaysia dengan merujuk kepada jualan barangan di mana penjual membayar kepada pembeli harga jualan secara tangguh berserta dengan suatu margin keuntungan yang dipersetujui, sama ada secara sekali gus atau secara ansuran," titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika menyempurnakan perasmian Seminar Pendidikan Fatwa (Muamalat) peringkat negeri di sini baru-baru ini.

Seminar anjuran bersama Jabatan Mufti negeri dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) itu adalah kali kedua dianjurkan bertujuan mendedahkan kepada umat Islam di negeri ini berkaitan isu pembiayaan perumahan dan pelaburan kewangan berlandaskan hukum syarak.

Pada majlis berkenaan, Tengku Abdullah turut berkenan melancarkan kitab Usul Al-Tahqiq yang diterbitkan oleh Jabatan Mufti negeri.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas negeri, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad, Timbalan Yang Dipertua Muip, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan dan Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman.

Tengku Abdullah bertitah, dalam merancang pembelian rumah, banyak elemen perlu diambil kira antaranya struktur isi rumah, tarikh pembelian, deposit, tempoh pinjaman dan pembayaran balik serta jumlah ansuran bulanan.

Baginda bertitah, pengiraan secara teliti harus dilakukan supaya tidak mempengaruhi perancangan perbelanjaan lain.

"Hari ini membeli rumah melibatkan kos yang besar, boleh dikatakan majoriti pembeli memilih untuk mendapatkan pembiayaan daripada institusi kewangan untuk membiayai pembelian rumah mereka.

"Maka di sinilah, pembeli khususnya pembeli muslim perlu membuat keputusan tepat dengan memilih institusi kewangan Islam," titahnya. #sumber

Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.