script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Pelajar "Tingkatan Lima Di Siasat" Mengikut Akta Hasutan !


NIBONG TEBAL: Seorang pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah menengah di sini disiasat mengikut Akta Hasutan berikutan tindakannya menekan butang 'Like' I Love Israel di laman sosial Facebook yang mencetuskan kontroversi di kalangan warga sekolah itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, setakat ini polis telah merekod keterangan lima orang, termasuk guru pelajar berusia 17 tahun itu.

"Semalam kami ambil keterangan pelajar berkenaan dan hari ini (Rabu) kami ambil keterangan tiga lagi rakannya berusia 17 tahun dan seorang guru berusia 40-an bagi membantu siasatan kes itu," katanya ketika dihubungi, di sini, Rabu.

Beliau berkata, tindakan pelajar berkenaan menekan butang 'Like' itu menarik banyak komen antaranya daripada guru sekolah itu yang meluahkan rasa kecewa dan terdapat juga komen yang mengecam dan mencadangkan agar pelajar itu dibakar.

Shafien berkata, keadaan itu menyebabkan pelajar berkenaan berasa bimbang untuk ke sekolah berikutan menerima kecaman daripada guru dan rakan-rakan sekolahnya selepas tindakannya itu.

Beliau berkata, pelajar berkenaan yang berasa bimbang dengan keselamatannya membuat laporan polis di Balai Polis Tasek Mutiara dan menutup akaun Facebook miliknya.

Shafien berkata, pelajar lelaki itu mendakwa tindakan menekan butang 'Like' itu dilakukan secara tidak sengaja.

"Siasatan terbahagi kepada dua aspek iaitu mengapa pelajar itu menyokong laman berkenaan yang mencetuskan perbalahan dan berhubung ancaman yang diterimanya," katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.