script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Exco: 15,000 PR1MA Dibina Akhir Tahun Ini Di Negeri Pahang


KUALA LIPIS: Sasaran kerajaan negeri untuk membina 50,000 unit rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun berada pada landasan tepat dengan sehingga kini 14,000 unit telah dibina di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, menjelang akhir tahun, 15,000 unit rumah mampu milik akan dibina berasaskan permintaan yang meningkat daripada penduduk di semua tempat.

"Kita sudah menyediakan 29 buah tapak projek berkenaan di setiap daerah dan sasaran pembinaan sebanyak 15,000 unit kediaman mampu milik mampu dicapai berasaskan sebanyak 14,000 sudah dibina sehingga pertengahan tahun ini.

"Pada keseluruhannya, setiap daerah sudah ada tapak untuk projek PR1MA dilaksanakan mengikut jadual dan harapan kerajaan negeri dapat menyediakan kediaman yang selesa dengan harga berpatutan untuk manfaat mereka yang sudah berkeluarga," katanya kepada pemberita selepas majlis rumah terbuka Aidilfitri UMNO Bahagian Cameron Highlands, di Sungai Koyan, dekat sini baru-baru ini.

Yang hadir sama Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk Seri G. Palanivel dan Penghulu Mukim Jelai, Asyhar Amin Ahmad.

Sempena majlis itu, Wan Rosdy menyampaikan sumbangan kepada 300 penerima kurang berkemampuan terdiri daripada ibu tunggal dan anak-anak yatim di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai yang masing-masing menerima wang tunai bernilai RM200 setiap seorang.

Menurut Wan Rosdy, projek PR1MA amat bertepatan untuk golongan yang baru berkeluarga memiliki kediaman sendiri dengan kos kira-kira RM150,000 seunit berbanding harga pasaran yang mampu mencecah RM300,000.

Bagaimanapun, katanya, projek PR1MA yang akan dilaksanakan di kawasan Cameron Highlands mungkin mencapai kos melebihi RM150,000 selain rumah berkenaan adalah daripada jenis apartmen.

"Kerajaan perlu memilih alternatif projek PR1MA di pusat pelancongan tanah tinggi itu dalam bentuk apartmen berikutan kekurangan tapak akibat kepadatan penduduk dan kegunaan tanah untuk pertanian.

"Saya yakin penduduk Cameron Highlands mampu membiayai rumah mampu milik kerana keperluan kediaman berasaskan harga yang masih relevan berbanding projek yang sama dijual oleh pemaju swasta di sana," katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga sudah menyediakan tapak di Kuala Lanar, Jelai dan Padang Tengku di Lipis untuk membina rumah mampu milik di bawah program PR1MA yang dijangka bermula tidak lama lagi.

Wan Rosdy yang juga Ketua UMNO bahagian Cameron Highlands berkata, kerajaan negeri juga akan memastikan harga rumah yang ditawarkan berpatutan selain telah menyediakan tapak perumahan kepada pemaju terbabit.

Tambahnya, projek PR1MA antara manifestasi kerajaan negeri untuk penduduk yang mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM5,000 dan telah bermastautin di Pahang melebihi lima tahun layak membuat permohonan membeli rumah berkenaan. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.