script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Isu Menteri Besar Selangor, Ke Mana Haluan PAS Agaknya !


KUALA LUMPUR: Kemelut politik Selangor kini tertumpu kepada mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang dilihat sebagai penentu nasib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk diangkat sebagai menteri besar.

Lebih daripada itu, mesyuarat yang dijadualkan bermula kira-kira pukul 10 pagi Ahad ini juga akan dijadikan penunjuk kepada masa depan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) bersama DAP dan PKR.


Seawal pukul 8 pagi, sekumpulan penyokong PAS mula berkumpul di hadapan Pejabat Agung PAS di sini dipercayai bagi menyokong Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Kumpulan berkenaan dilihat memegang 'playcard' bertulis 'We are PAS members and we #supportourpresident'.

Penyataan sokongan itu dilihat merujuk kepada pendirian Hadi sebelum ini bahawa parti itu tetap menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor selaras perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.



Turut senada menolak cadangan untuk menjadikan Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar ialah Majlis Syura Ulama PAS dan Dewan Ulama PAS Pusat.

Kira-kira pukul 9.45 pagi Ahad, Hadi yang tiba di pekarangan Pejabat Agung PAS disambut dengan laungan takbir sebagai tanda sokongan.



Sebelum itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dilihat tiba bagi menhadiri mesyurat penting itu kira-kira pukul 9.40 pagi.

Hadir sama ialah pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang tiba-kira pukul 9.50 pagi. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.