script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Krisis MB Selangor: Azizah Calon Tunggal, Azmin Tarik Diri !


SUBANG JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak keputusan PAS untuk mencalonkan Mohamed Azmin Ali sebagai calon kedua menteri besar Selangor.


Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu berikutan pendirian Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR untuk kekal menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal yang dicadangkan PKR sebelum ini.

"Mohamed Azmin Ali menegaskan bahawa beliau kekal menyokong keputusan parti (PKR) untuk menamakan Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar baharu Selangor.

"Maka dengan ini Pakatan Rakyat akan meneruskan proses untuk menyembahkan keputusan ini kepada Tuanku Sultan Selangor," katanya pada sidang media di sini, Ahad.



Azmin muncul sebagai calon kedua menteri besar Selangor selepas Jawatankuasa PAS Pusat yang bermesyuarat pada Ahad memutuskan supaya beliau turut dipertimbangkan sebagai calon berpotensi.


Sementara itu Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, parti itu akur dengan keputusan untuk hanya menamakan Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar.

"Setelah bermesyuarat, YB Azmin patuhi partinya. Jadi kita akan teruskan (sokong Dr Wan Azizah)," katanya ringkas. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.