SHAH ALAM: Enam anggota Exco PKR dan DAP yang dipecat oleh Tan Sri Khalid Ibrahim dari jawatan tersebut hari ini mendesak menteri besar itu meletak jawatan.
Kumpulan itu diketuai bekas exco kanan, Datuk Teng Chang Khim yang berkata, mandat Khalid untuk terus kekal sebagai menteri besar kini semakin terhakis.
"Mandat yang diberikan rakyat Selangor pada pilihan raya lalu adalah kepada Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS.
"Selepas itu, beliau diberi mandat oleh PKR dengan persetujuan Pakatan.
"Setelah kehilangan sokongan daripda parti dan dipecat PKR, maka dia telah kehilangan mandat untuk teruskan tugas sebagai Menteri Besar," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita di bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. #sumber







Tiada ulasan:
Catat Ulasan