script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Ahli Perniagaan J.R.Deepak Jaikishan Saman Najib & Rosmah !


KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan, J.R.Deepak Jaikishan, memfailkan saman menuntut ganti rugi lebih RM600 juta terhadap bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri serta dua lagi berhubung dakwaan tort konspirasi sehingga beliau mengalami kerugian.

Deepak Jaikishan, 46, memfailkan saman itu Jumaat lepas di Mahkamah Tinggi Sivil di sini melalui Tetuan Haniff Khatri dengan menamakan Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Boustead Holdings Berhad dan Bakti Wira Development Sdn Bhd sebagai defendan pertama hingga keempat.

Mengikut penyataan tuntutan, plaintif mendakwa beliau adalah bekas pengarah dan pemilik saham majoriti syarikat Astacanggih Sdn Bhd dan pemilik saham minoriti di syarikat Awan Megah (M) Sdn Bhd manakala Bakti Wira Development adalah anak syarikat Boustead Holdings.

Beliau mendakwa beliau mengambil tindakan itu untuk  menuntut pelbagai kerugian yang dialaminya akibat tort konspirasi dan pengaruh tidak wajar semua defendan.

Plaintif mendakwa melalui perjanjian penswastaan pada 8 Jun 2005, Awan Megah memasuki perjanjian dengan kerajaan dan Syarikat Tanah Dan Harta Sdn Bhd (STH) untuk membina Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS).

Plaintif mendakwa  pembinaan itu akan dilaksanakan di dua tanah milik kerajaan Selangor di Kapar, Klang serta di Bukit Raja, dan Awan Megah menawarkan Astacanggih untuk membeli tanah itu dengan harga RM118,573,500 melalui perjanjian perolehan yang ditandatangani kedua-dua pihak pada 16 Mei 2007.

Beliau mendakwa, sebagai balasan Astacanggih perlu membayar deposit RM13 juta kepada Awan Megah.

Katanya  Awan Megah melalui Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah iaitu Pengarah dan pemilik saham terbesar Awan Megah  perlu memasuki Perjanjian Pegangan Saham antara pemegang saham Astacanggih iaitu dengan plaintif, Datuk Ikhwan Salim Sujak dan Mohd Shukri Abdullah di mana saham 20 peratus iaitu bernilai RM4 juta akan diberikan kepada Raja Ropiaah di dalam Astacanggih.

Plaintif mendakwa pada masa itu, Raja Ropiaah merupakan Ketua Wanita UMNO Selangor dan merupakan rakan baik dan/atau proksi dan kroni kepada Najib dan Rosmah.

Deepak mendakwa, Raja Ropiaah gagal mematuhi perjanjian perolehan dan gagal memberi geran asal bagi semua tanah itu untuk dipindah milik kepada Astacanggih menyebabkan tanah itu tidak dapat ditukar hak milik kepada Astacanggih sehingga kini.

Deepak mendakwa akibat semua daripada konspirasi itu beliau mengalami kerugian hampir RM510 juta dan  oleh itu beliau  memohon ganti rugi am RM600 juta,  teladan RM50 juta, ganti rugi berpanjangan RM26 juta dan kos serta relif lain yang difikirkan wajar  oleh mahkamah. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.