script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Dr Mahathir Perlu Hentikan Budaya Berunding Dengan Penjilat


PETALING JAYA: Budaya mengadakan rundingan dengan pertubuhan “penjilat” yang selama ini diamalkan dari zaman Barisan Nasional perlu dihentikan sekiranya Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tulus ingin menyelesaikan masalah teksi, kata Persatuan Gabungan Teksi Se-Malaysia.

Ketuanya, Kamaruddin Hussain berkata Dr Mahathir perlu bertanggungjawab menyelesaikan masalah itu kerana beliau merupakan individu bertanggungjawap melantik Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri ke-6 sebelum ini.

“Pelbagai peraturan dikenakan kepada teksi demi keselamatan penumpang telah dipermudahkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada zaman pemerintahan Najib dan kini ia diguna pakai sepenuhnya oleh Kementerian Pengangkutan bagi memastikan aktiviti kereta sapu berjaya menguburkan teksi.

“Jika perkara tersebut tidak dipandang serius oleh Dr Mahathir, percayalah kedua-dua ketetapan yang diumumkan oleh perdana menteri sama sekali tidak akan mampu menyelesaikan masalah dihadapi seluruh warga pemandu teksi.

“Satu mesyuarat rasmi perlu diadakan di antara Gabungan Teksi Se-Malaysia bersama Kementerian Pengangkutan dengan dipengerusikan Dr Mahathir sendiri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, majlis perjumpaan Dr Mahathir bersama persatuan pemandu teksi di Langkawi hari ini kecoh seketika apabila beberapa anggota persatuan bertindak keluar majlis dan berteriak kerana tidak setuju dengan pandangan beliau berhubung perkhidmatan e-panggilan, Grab.

Kekecohan itu berlaku sekitar 2 minit dan selepas keadaan reda, Dr Mahathir berkata beliau sebagai perdana menteri hanya cuba untuk membantu golongan pemandu teksi untuk memulihkan kembali pendapatan mereka.

“Saya bukan hendak jadi perdana menteri. Saya bersara dah tapi orang panggil balik. Sebab itu saya datang. Kalau tak nak saya jadi perdana menteri hari ini pun saya letak jawatan. Tak ada masalah bagi saya,” kata Dr Mahathir.

Kamaruddin berkata, kesilapan Dr Mahathir suatu ketika dahulu perlu diperbetulkan, bukan sekadar memberi jawapan seperti “saya pernah membangkitkan perkara ini dalam mesyuarat Kabinet, tetapi sehingga kini tiada kemajuan langsung”.

“Saya berharap perdana menteri tidak melepaskan tanggungjawab menyelesaikan isu teksi atau menggadaikan nasib warga teksi kepada menteri pengangkutan yang mengamalkan budaya pemerintahan BN.

“Kami harap Dr Mahathir akan memberi perhatian khusus serta mempengerusikan mesyuarat di antara kami dan Kementerian Pengangkutan. Kami mempunyai banyak cadangan yang mampu membantu kerajaan menyelesaikan isu ini serta memacu industri teksi ke arah yang lebih baik,” katanya.

Dalam pertemuan itu Dr Mahathir mencadangkan 2 syarat ke atas perkhidmatan Grab iaitu menggunakan kenderaan yang diluluskan oleh kerajaan dan dikenakan cukai serta bayaran insurans yang sama seperti perkhidmatan teksi. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.