script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

UMNO Pahang Menyatakan Sokongan Kepada Ahmad Zahid !


KUANTAN - UMNO Pahang menyatakan sokongan penuh kepada Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dikehendaki melaporkan diri ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mewakili seluruh anggota parti itu di negeri ini turut menyatakan kesetiaan serta pendirian untuk terus berdiri teguh bersama-sama kepimpinan Ahmad Zahid dalam menempuh keadaan yang mencabar.

“Kami juga berdoa kepada Allah, agar beliau dikurniakan kesabaran dan ketabahan yang tinggi dalam melalui saat-saat yang menggetirkan ini,” menurutnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada media di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Wan Rosdy turut menyarankan semua anggota dan penyokong UMNO supaya terus berdoa dan menganjurkan solat hajat, memohon pertolongan Allah bagi memudahkan urusan pemimpin tertinggi parti itu.

Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diminta hadir ke SPRM Putrajaya untuk diambil keterangan – buat kali keenam – berhubung siasatan kes seleweng dana sebuah yayasan. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.