script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Peniaga Dalam Talian Tak Terkecuali Daripada Membayar zakat


SHAH ALAM - Peniaga dalam talian tidak terkecuali daripada kewajipan mengeluarkan zakat berikutan terdapat transaksi melibatkan wang dalam perniagaan mereka.

Ketua Pegawai Penyelaras Lembaga Zakat Selangor (LZS) Abdul Basith Hamid berkata, zakat yang perlu dijelaskan adalah pada kadar 2.5 peratus untuk pendapatan yang telah cukup haul, iaitu telah berlalu satu tahun ke atas harta yang dimiliki.

"Perniagaan online ini masih tertakluk kepada pengeluaran zakat kerana ada transaksi melibatkan wang dan tetap ada untung rugi. Apabila lengkap transaksi dan cukup haulnya setahun, peniaga kena buat kiraan.

"Jika pendapatan positif, mereka kena juga keluarkan zakat 2.5 peratus mengikut kaedah pengiraan had kifayah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Muzakarah Zakat Kebangsaan 2018 di sini, hari ini.

Turut hadir pada program anjuran bersama LZS dan Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu adalah Timbalan Pengerusi LZS Profesor Datuk Dr Aizuddin Ahmad dan Timbalan Naib Canselor UiTM Profesor Dr Zaini Abdullah.

Bertemakan 'Zakat di Era Digital Ekonomi' muzakarah itu menghimpunkan perwakilan dari pelbagai sektor, khususnya yang berkaitan dengan pengurusan zakat di Malaysia, sarjana Islam, penuntut institusi pengajian tinggi dan ahli akademik terutama pakar dalam bidang zakat termasuk orang perseorangan.

Sebanyak 60 kertas kerja dibentangkan pada program dua hari itu.yang mengupas topik berkaitan pengurusan zakat terutama pembangunan asnaf serta pembudayaan filantropi Islam, di samping membincangkan isu-isu kontemporari zakat supaya pelaksanaannya memenuhi tuntutan syarak serta memberi motivasi dan impak positif kepada institusi zakat di Malaysia.

Mengenai sambutan pembayaran zakat oleh peniaga dalam talian, Abdul Basith berkata buat masa ini LZS tidak mengesan mereka secara individu, kecuali jika mereka mengisytiharkan pendapatan masing-masing.

"Selalunya pembayar zakat akan bayar zakat pendapatan sahaja. Kita tidaklah terlalu memperincikan sangat mengenai pendapatan itu, cuma kita akan temu bual sama ada pendapatan itu sumbernya halal atau tidak halal.

"Namun, jika mereka tidak mahu istihar sama ada mereka buat perniagaan online atau perniagaan lain, kita tidak memaksa," katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.