script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Yusuf Haslam Saman Individu Sebar Rakaman Filem Munafik 2


KUALA LUMPUR - Penerbit filem Munafik 2, Datuk Yusof Haslam mengambil tindakan mahkamah terhadap individu yang menyebarkan rakaman karya arahan Syamsul Yusof itu tanpa kebenaran di media sosial.

Menurut Yusof, pihak mereka, Skop Production Sdn. Bhd. telah menghantar surat saman kepada pihak defenden yang mengguna nama Sasuke Kun di media sosial Facebook manakala Instagram, @muhammad_izwan_shah.

Katanya, tindakan tersebut dibuat bertujuan untuk memberi pengajaran kepada pihak yang tidak bertanggungjawab sekali gus membendung permasalah tersebut dalam kalangan industri tempatan.

"Saya tidak memandang perkara ini untuk kepentingan peribadi kerana ia adalah kebaikan kepada semua penggiat seni tempatan dan masa depan industri.

"Golongan seperti ini perlu diberi pengajaran agar tidak akan berlaku pada masa akan datang tidak mengirasa sama ada karya terbitan atau penerbit lain," katanya ketika ditemui di Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) petang tadi. 

Defenden, Muhammad Izwan Shah Kamal Shah, 30, yang merupakan seorang kakitangan syarikat pereka grafik.

Pada masa sama, Yusof turut memberitahu pihaknya masih dalam proses mengenal pasti sama ada defenden merupakan individu yang bertanggungjawab merakam visual secara tanpa kebenaran dan menyebarkannya kepada khalayak. 

“Segalanya akan diketahui apabila sebutan kes pertama disebut pada 22 Oktober di Mahkamah Tinggi Taiping nanti," jelasnya.

Filem Munafik 2 yang dibintangi oleh Syamsul, Maya Karin dan Nasir Bilal Khan mula ditayangkan pada 30 Ogos lalu selain berjaya meraih kutipan sebanyak RM43 juta menerusi tayangan di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.