script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Syed Saddiq Mahu NGO Belia Contohi Model Pergerakan ABIM


NILAI: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) belia disaran untuk mencontohi model pergerakan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), yang bukan sahaja menjadi suara lantang anak muda tetapi juga kekal relevan selama 47 tahun sejak penubuhannya.

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata Abim ialah antara pertubuhan yang mengangkat dan menerajui gerakan Islam yang progresif dan moderate, selain berjaya melahirkan ramai pemimpin yang disegani di Malaysia.

“Abim telah mendapat penarafan 5 bintang daripada Kementerian Belia dan Sukan dan kita memang mahu memberi penghargaan menerusi bantuan kewangan kepada pertubuhan itu.

“Sebagai menteri, saya bertanggungjawab untuk memberi apa sahaja bantuan dan dalam masa sama menjadikan pertubuhan ini sebagai contoh kepada NGO belia yang lain,” katanya kepada media selepas Majlis Makan Malam Relawan Malaysia di sini malam tadi.

Syed Saddiq berkata Abim perlu sentiasa komited menjadi benteng dan gerakan utama mempertahankan nasib anak muda, walaupun landskap politik di negara akan sentiasa berubah. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.